|
|
| Friday, 9-May-2008 07:54 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Cameron Highlands Revisited Part II
|
 |
|
Strawberi
|
|
 |
|
Kaktus
|
|
 |
|
Kaktus panjang dan berbulu..
|
|
 |
|
Lagi strawberi
|
|
 |
|
Ladang Teh Bharat
|
|
 |
|
Lagi Ladang Teh Bharat
|
|
 |
|
Lagi-lagi Ladang Teh Bharat
|
|
|
Bahagian kedua - kebun strawberi, kaktus dan ladang teh Bharat.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 27-Apr-2008 22:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Cameron Highlands Revisited Part I
|
 |
|
Ladang Teh Sungei Palas
|
|
 |
|
Pandangan dari puncak Gunung Brinchang
|
|
 |
|
Menara pemancar di puncak Brinchang
|
|
 |
|
Nombor telefon kecemasan
|
|
 |
|
Ros di Rose Valley
|
|
 |
|
Lagi Ros
|
| | View all 11 photos... |
|
Kali terakhir ke sini pada tahun 2000 dahulu. Pada masa itu masih belajar dan kami tinggal di Rumah Rehat Pahang yang harganya diberi diskaun. Kini, tidak banyak yang berubah. Masih sama saja, cuma Rose Valley nampak run down dan tidak terjaga. Cerita penuh di sini.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 8-Apr-2008 13:58 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pengantin Lama
|
|
Gambar-gambar kahwin orang tu...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 16-Mar-2008 15:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Senja di Johor Bahru
|
 |
|
Mentari senja memantul di Selat Tebrau
|
|
 |
|
Dataran Bandaraya sewaktu senja
|
|
|
Gambar lama yang belum dimuat naik... Senja di JB. Tak cun sangat, tapi bolehlah...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 29-Jan-2008 17:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ada Udang Di Sebalik Mi (Mi Udang Sungai Dua)
|
|
Semasa ke Pulau Pinang tempoh hari, memang mengidam nak makan Mi Udang Sungai Dua yang terkenal ini. Biarpun meredah panas, sesat jalan dan tersekat di dalam kesesakan lalulintas, hajat mesti dipenuhi.
Sebelum pulang ke KL (yang selepasnya tersekat di lebuhraya berhampiran Bukir Berapit kerana tanah runtuh hari itu), aku bersama seorang teman pergi ke sana untuk makan tengah hari.
Mi Udang ini disediakan dalam dua jenis iaitu goreng dan rebus. Yang goreng bagaimanapun agak biasa rasanya, namun yang rebus memang sedap! Ditambah pula dengan air kelapa muda, ummm...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 16-Jan-2008 12:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Panorama di Holiday Inn Melaka
|
 |
|
Panorama Bandaraya Melaka 1
|
|
 |
|
Panorama Bandaraya Melaka 2
|
|
 |
|
Panorama Bandaraya Melaka 3
|
| | View all 5 photos... |
|
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 9-Jan-2008 03:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Holiday Inn, Melaka
|
 |
|
Katil yang telah diterjah
|
|
 |
|
TV skrin rata dan Internet percuma (pada masa itu)
|
|
 |
|
City view - Dataran Pahlawan
|
| | View all 7 photos... |
|
Hotel ini merupakan hotel terbaru di Melaka. Aku menginap di sini hujung tahun lepas. Pada masa itu, ada promosi. Harganya lebih murah daripada biasa tetapi harga semalam di sini adalah agak mahal jika dibandingkan dengan hotel-hotel lain di Melaka. Aku lupa berapa harganya.
Selain daripada hotel yang baru yang kelengkapannya masih baru, kolam renang di sini unik dan cantik kerana terletak di tingkat atas dan mengadap Selat Melaka. Selain itu, pada masa itu, kemudahan Internet adalah percuma. Cuma juga skrin rata tapi kecil. TV Singapura boleh ditonton di sini (macam di Equatorial juga).
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 30-Dec-2007 11:41 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Singapore Trip - Boat Quay
|
|
Boat Quay terletak di tebing Sungai Singapura, tidak jauh dari muara sungai yang menempatkan Merlion. Di seberang Boat Quay, ada patung Sir Stamford Raffles, pengasas dunia moden Singapura, yang terletak di depan Asian Civilisations Museum.
Dulu, dek ketidaktahuan seperti orang lain, seringkali aku menyebut Quay sebagai 'kuey', macam juga satu tempat lagi di sini iaitu Clark Quay menjadi 'Klark Kuey'. Quay sepatutnya disebut sebagai 'ki'. Kini di Bandar Sunway, Sunway turut membangunkan sebuah projek yang dinamakan South Quay. Tentu orang menyebut 'South Kuey'. Nama ini mencetus kontroversi kerana di situ, istilah Quay tidak tepat dengan keadaan tempat itu. Malahan ada yang mencadangkan supaya para pemaju hartanah di Malaysia menggunakan nama yang tidak 'fancy' dan perlu lebih mengutamakan nama tempatan.
Berbalik kepada Boat Quay, di sinilah dulu para pendayung sampan berlabuh dan berdagang. Kini kedai-kedai lama di situ menjadi deretan restoran. Ada sebuah restoran Minang di situ yang masakannya masih asli yang dipanggil Sinar Pagi. Namun restoran ini tidak mengadap sungai tetapi terletak di deretan kedai belakang di Circular Road. Penah kubawa seorang kawan dari Padang dan dia mengakui kualiti di sini sama seperti di tempat asalnya. Pemiliknya memang orang Padang yang telah lama menetap di sini. Kawanku itu cuba bercakap dalam loghat Minang dengan seorang anaknya tetapi dia tidak mampu bertutur kerana sudah membesar di Singapura.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 24-Dec-2007 11:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Grand Hyatt Singapore
|
|
This is one of difficult hotels to make reservation i.e. is always full. However, I had luck that day and managed to get a room although I made reservation only one day earlier than check-in date. As said by my friend before, this hotel was excellent in term of facilities and no doubt the best thing I liked was its DVD player. It played almost every format including DiVX and Windows Media. The TV that was attached to the wall also offered probably one of the most channels you've ever seen. All major languages' TVs were available including Yoga channel. Yoga mat was also available in the room should guests like to follow instructions from the channel. I tried once but had no 'feeling'..
Foods was not a problem here as its main restaurant, Straits Kitchen offered Halal food. I remembered one of its outstanding and 'hyperactive' Malay waitress there who liked to sing while guiding guests to assigned seats. One thing I didn't like was she thought I was an Indonesian. Sorry, Indonesian friends, I don't mean to insult but this is the reality that a lot of rich people from Indonesia like to go to Singapore and now Bahasa Indonesia is everywhere in Singapore, overriding its sister's dialect, Bahasa Melayu Singapura. Wonder why those rich people like to go to Singapore, not KL which on the other hand has become homes to thousand or perhaps millions of lower-income Tenaga Kerja Indonesia (TKI) or affectionately known to local as Mat Indon or Minah Indon. Probably KL is further and the airfare is more expensive.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 17-Dec-2007 13:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ayam Penyek
|
|
Ayam Penyek Surabaya merupakan satu makanan wajib apabila aku ke Orchard Road, Singapura. Selain halal, restoran Ayam Penyek ini terletak di lokasi strategik di Orchard Road iaitu di Lucky Plaza (tingkat 2), tempat di mana para pembantu rumah 'bersidaian' di hujung minggu, terutamanya dari Filipina. Selain itu, harganya relatif murah jika dibandingkan dengan restoran Indonesia lain yang lebih eksklusif seperti House of Sundanese.
Restoran ini boleh dikatakan sebagai 'Mini Indonesia' kerana selain masakan Indonesia, lagu-lagu popular Indonesia juga diperdengarkan di samping para pelanggan yang rata-ratanya terdiri daripada pelancong Indonesia ke Singapura.
Cuma kelemahan di sini ialah restoran ini agak sempit dan jarak antara meja adalah rapat. Terasa seperti tiada privasi. Aku mahu berkomunikasi dengan para pekerja termasuk bos di situ, namun kerana ketidaksamaan loghat menghambat perbualanku. Aku cakap Melayu, dibalasnya Bahasa Inggeris. Boring betul. Kenapa? Jawapannya di sini. Mereka lebih senang berbual dengan para pelanggan lain dari Indonesia dengan loghat pekat Jakartanya. Akhirnya, aku panggil seorang pekerja Melayu di situ, lebih senang aku hendak berkomunikasi.
|
|
|
|