Want your
own Fotopage?









 
Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 6-Mar-2009 04:16 Email | Share | | Bookmark
Tutup

Dah 5 tahun di FP ni. Every good things must come to an end. Dengan ini, fp ini telah ditutup dan berpindah ke rumah baru di strozze.blogspot.com. Sila berkunjung ke sana untuk perkembangan terkini.

++ selamat berpindah ke rumah baru

++ love ur review

++ insya-allah, sye akan berkunjung ke sana
Mon 16-Mar-2009 06:35
Posted by:HoneY  - [Link]
Thu 16-Apr-2009 13:08
Posted by:korok  - [Link]
Tumpang Iklan-KAIN SULAM BUKIT TINGGI
STOK BARU

"BOLEH BAYAR 2 KALI, APA TUNGGU LAGI===> ALL ARE FREE DELIVERY"

Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Untuk persiapan hari raya ANDA,hantaran perkahwinan, hadiah, majlis pertunangan!!!
selain kelainan penampilan
Tidak mahu manik....boleh guna sulam..
Sulam di jahit dengan manik pun menarik juga
STok harga promosi masih ada lagi
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....
Mon 29-Jun-2009 04:05
Posted by:limau merahlimau2@gmail.com
View all 4 comments Add comment


Friday, 27-Feb-2009 07:46 Email | Share | | Bookmark
Sarawak Trip Part VIII - Bazaar

Terletak berdekatan dengan Waterfront adalah bazaar. Di sinilah tempat popular untuk para pelancong luar membeli kraftangan Sarawak terutamanya tikar Sarawak. Harga di sini jauh lebih murah kerana di sini memang tempat asalnya. Harga tikar yang dijual tidak termasuk kos penghantaran.

Kalau naik MAS dan masih ada lagi baki berat bagasi 20kg itu, bolehlah dilipat dan didaftar masuk.. Tetapi aku ini memang dah sarat bawa barang, terpaksalah Poslaju saja.. Masa diaorang nak hantar ke rumah, aku pula tiada, terpaksalah pergi ambil sendiri.. Dah la panjang, nak kena bukak seat belakang lagi.. Takpela.. tikar Sarawak punya pasal..

Di bazaar juga ada dijual kek lapis Sarawak. Harganya bergantung kepada kualiti. Kalau nak yang lebih murah, boleh pergi sendiri ke kampung seberang sungai menghala ke Pengkalan Haji Salleh iaitu tempat pembuatan kek-kek ini..

Ini adalah entri terakhir untuk Sarawak Trip..

Jom berkunjung ke strozze.blogspot.com.

Lebih banyak foto di sini.

Nak tahu peta di mana gambar-gambar di bawah ini diambil, sila klik di sini.
















Ishkk3 color kueh tu sama color ngan baju yg tergantung jual... x sanggup nak makan.. uols x dapt snap langsung ye ulam/sayuran yg unik2 kat Sarawak ni... Tue 3-Mar-2009 05:42
Posted by:Layman  - [Link]
alamak........
kek nie yang buat i tak tahan nak tgk lama-lama...
sedapnyer..........
tahun lepas berbuku2 i beli kek ni...
kirim ngan member kat sarawak...
siap charges tiket kapal terbang lagi tu...
bi%#$! nyer member...
Tue 3-Mar-2009 06:29
Posted by:yushasnita md yunos sayanghasni@gmail.com  - [Link]
nak kena jugak ke Sarawak satu hari nnti..... bulan berapa yg paling sesuai..tak byk hujan ?
cantik sungguh tgk kek lapis tu berwarna warni
Wed 4-Mar-2009 11:53
Posted by:~niza et sofia~  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Friday, 20-Feb-2009 06:30 Email | Share | | Bookmark
Sarawak Trip Part VII - Kuching Waterfront

Sungai atau laut merupakan nadi utama sesebuah tempat and di sinilah semua orang tertumpu. Begitu juga di Kuching di mana Sungai Santubong menjadi penghubung penduduk di sini.

Untuk memodenkan tebing sungai ini, Waterfront telah dibangunkan. Di sinilah pelbagai aktiviti dijalankan. Selain menjadi pengkalan bot penambang, di sini juga diadakan kawasan lapang untuk pameran, kawasan pejalan kaki, tempat makan dan bazar yang menjual hasil kraftangan dan juadah tempatan juga terletak tidak jauh dari sini.

Jom berkunjung ke strozze.blogspot.com.

Lebih banyak foto di sini.

Nak tahu peta di mana gambar-gambar di bawah ini diambil, sila klik di sini.


Bangunan DUN yang terletak di tebing Sungai Santubong yang masih dalam pembinaan.


Sebuah bot sedang bergerak di hadapan bangunan DUN yang sedang dalam pembinaan.


Kawasan kampung di seberang sungai (tempat membuat kuih lapis..)


Kuching Waterfront berlatarbelakangkan Gunung Santubong.


Meja-meja minum di Waterfront.


Gerai-gerai di Waterfront.


Hotel Hilton Kuching di Waterfront.


Bangunan DUN dari dekat.

Waterfront kuching ni macam nak sama dengan waterfront di Mines Wonderland la..
**kucing-kucing tu bukan kembar tapi couple (yang hitam jenis himalayan dan putih jenis persian semi flat face)
Thu 26-Feb-2009 00:53
Posted by:Ainasara ainasarajefri@yahoo.com  - [Link]
ngeri tgk bangunan tepi2 sungai or laut... takut bah....
hehehehe tp mendamaikan....
Thu 26-Feb-2009 06:42
Posted by:iezah azizam  - [Link]
Dgr2 org cerita.. mcm seronok jgk ye.. ke S'wak ni..
Insya'allah.. 1 hr nanti.. akan jejak jgk ke sini..
Fri 27-Feb-2009 07:13
Posted by:Ezza  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Monday, 9-Feb-2009 15:17 Email | Share | | Bookmark
Sarawak Trip Part VII - Tugu Kucing

Terletak tidak jauh dari Kuching Water Front iaitu di persimpangan Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Abell, ialah Tugu Kucing atau Cat Statue. Dari nama kucing inilah Kuching mendapat nama. Mungkin juga daripada buah mata kucing yang terdapat banyak di tebing sungai ketika dulu. Tidak sah kalau ke Kuching tidak mengambil gambar di sini.

Jom berkunjung ke strozze.blogspot.com.

Lebih banyak foto di sini.

Nak tahu peta di mana gambar-gambar di bawah ini diambil, sila klik di sini.














Salam....

Cuba sign in secara PERCUMA dan bayar RM10 kepada penaja anda,
dan komisyen 100% terus ke akaun anda tanpa perlu membayar kpd admin.
Juz try.... Mungkin ini boleh menbantu anda...
http://www.duitmudah.com/?id=nuro
Fri 13-Feb-2009 16:06
Posted by:nuro  - [Link]
kalau tak silap,,,ada muzium kucing jugak,,,,
pun port sesuai untuk "menembak" kucing,,,,
Sat 14-Feb-2009 09:16
Posted by:Mohd Azhari Azizan  - [Link]
seronok pi s'wak??

cute kucing2 tu..
Thu 19-Feb-2009 10:03
Posted by:Ezza  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Tuesday, 3-Feb-2009 14:58 Email | Share | | Bookmark
Sarawak Trip Part VI - Hilton Kuching

Setelah hinggap di Kuching, duduk di Hotel Hilton. Lokasi hotel ini amat strategik kerana terletak di Waterfront. Bazaar tempat membeli tikar Sarawak serta pelbagai kraftangan lain dan tugu kucing juga tidaklah jauh dari sini.

Dari bilik, nampak jelas Sungai Santubong mengalir. Di seberang sungai kelihatan Fort Magherita dan Bangunan DUN yang masih dalam pembinaan (semasa gambar diambil). Di sana juga banyak perkampungan Melayu yang terkenal dengan Kek Lapis Sarawaknya.

Entah kenapa tidak terfikir pula semasa di sana untuk menaiki bot penambang ke kampung seberang sana. Di sana banyak juga tarikan seperti gerai makan yang menyediakan makanan tempatan yang sedap. Kadang-kadang kita selalunya terikut-ikut dengan tempat-tempat pelancongan yang dikomersilkan. Kampung-kampung juga merupakan satu tarikan kerana dapat mengenali cara hidup dan adat penduduk tempatan. Jadilah backpackers... dan jangan lupa jenguk WikiMapia untuk peta.. Lain kali kalau berkesempatan, boleh pergi ke sana..

Jom berkunjung ke strozze.blogspot.com.

Lebih banyak foto di sini.

Nak tahu peta di mana gambar-gambar di bawah ini diambil, sila klik di sini.

Gambar-gambar di dalam bilik Hotel Hilton Kuching:









Bilik hotel dan kampung di seberang sungai kelihatan di luar:





Bangunan DUN yang masih dalam pembinaan ketika gambar diambil:



Fort Magherita:



Kampung di seberang sungai. Pengkalan Haji Salleh kelihatan:


great interior shot bro.. cool Mon 9-Feb-2009 09:26
Posted by:areteam  - [Link]
all this while tengok cm xde ape je kt kuching..tiap kali org tny apa best kt sarawak..sy xtau nk jwb pe..maybe sbb sy local dh jemu rsnye kot..tp pas tgk pic sume..x sanga eh..lawa gk kuching Thu 23-Apr-2009 08:36
Posted by:Amallynna sakuralili149@yahoo.co.uk
Tumpang Iklan

Jualan Pembukaan Kedai
jangan Lepaskan peluang untuk mendapatkan harga promosi sehingga 1 Jun 2009

Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Untuk persiapan hari raya
selain kelainan penampilan
Tidak mahu manik....boleh guna sulam..
Sulam di jahit dengan manik pun menarik juga
Harga promosi.... sehingga 1 Jun 2009
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....
Tue 12-May-2009 02:38
Posted by:limau merahlimau2@gmail.com
View all 24 comments Add comment


Saturday, 31-Jan-2009 10:51 Email | Share | | Bookmark
Sarawak Trip Part V - Terbang ke Kuching

Setelah di Sibu, terbang pula ke Kuching. Seperti dikenali umum, Sarawak memang banyak sungai. Dari atas, sungai-sungai ini nampak berbengkang-bengkok dan sangat menarik.

Jom berkunjung ke strozze.blogspot.com.

Lebih banyak foto di sini.

Nak tahu peta di mana gambar-gambar di bawah ini diambil, sila klik di sini.


Meninggalkan Sibu


Bandar Sibu dari atas.


Bandar Sibu dan Sungai Rajangnya.


Pandangan Bandar Sibu dari atas awan.


Muara-muara sungai di Sarawak.


Lagi gambar muara-muara sungai di Sarawak.


Mula terbang di ruang udara Kuching. Gunung Santubong sudah kelihatan..


Pemandangan Bandaraya Kuching dari atas.

memang sempoi gambaq yg dimabil dari atas kapal terbang nih,,,,,
ntah bila nak dapat peluang mcm nih,,,,
Sun 1-Feb-2009 19:15
Posted by:Mohd Azhari Azizan  - [Link]
salam,
check private message ye.

tq.
Wed 4-Feb-2009 08:14
Posted by:Ita  - [Link]
woaaaaaahhh .... bagai kan ular kena palu ...... Mon 9-Feb-2009 12:46
Posted by:korok  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Tuesday, 27-Jan-2009 14:24 Email | Share | | Bookmark
Sarawak Trip Part IV - Keunikan Sibu

Papan tanda berbahasa Cina di Sibu
Satelit untuk menerima siaran luar negara di Sibu
Sebuah kedai runcit di sebuah kilang di Sibu
View all 4 photos...
23 Julai 2008

Setelah agak lama tidak dikemaskini, kini aku sambung kembali (dan tengah mencari laman alternatif untuk album online aku ini - yang lain semua kena bayar kecuali Fotopages ini.. Hmm..)

Ada banyak keunikan Sibu sebenarnya namun tidak sempat kerana waktu yang singkat. Ada beberapa perkara tentang Sibu yang aku ingin kongsikan.

Jalan-jalan di sini ada tulisan Cina di samping tulisan Bahasa Malaysia. Ini yang menjadi kontroversi di Pulau Pinang tahun lepas kerana mahu diadakan tulisan Cina di papan-papan tanda jalan. Aku sebenarnya tidak bersetuju sangat dengan papan tanda pelbagai bahasa ini kerana kita hanya perlukan satu bahasa yang boleh difahami oleh semua orang. Lihat ada sesetengah negara, mereka tak pedulikan bahasa asing. Papan tanda mereka hanya dalam bahasa kebangsaan sendiri macam di Jepun, Perancis ataupun Jerman. Lantaklah pelancong tak faham. Nak faham, belajarlah bahasa-bahasa itu.

Di Sibu ini majoritinya penduduk berbangsa Cina. Banyak taman-taman bertemakan budaya Cina yang dibawa oleh para pendatang yang mula-mula sampai ke sini dulu.

Di Sibu juga banyak piring satelit di rumah-rumah. Pada mulanya aku ingat undang-undang di sini berlainan daripada Semenanjung namun menurut seorang yang kutemui, ini sebenarnya tetap salah namun tiada penguatkuasaan. Jadi, banyak rumah memasang piring-piring satelit macam di Indonesia. Mereka banyak menala piring mereka ke satelit-satelit dari China dan Taiwan untuk menerima siaran dari sana. Bankraplah Astro di sini...

Selain itu, di sebuah kilang yang kulawati, kutemui ada disediakan sebuah kedai runcit. Senang untuk para pekerja membeli barang keperluan di sini. Ada juga disediakan kuarters. Tidak susah lagi bagi mereka kerana jarak kilang dengan bandar agak jauh.

Berakhir sudah entri untuk Sibu. Nantikan entri di Kuching pula..

Senang-senang, lawatilah strozze.blogspot.com


Papan tanda berbahasa Cina di Sibu.Perhatikan longkang penuh dengan air tanah kerana baru saja dilanda banjir kilat.


Satelit untuk menerima siaran luar negara di Sibu


Sebuah kedai runcit di sebuah kilang di Sibu


Lapangan terbang Sibu

NAMPAK UNIK TEMPAT NI KAN

TERASA MACAM ZAMAN DEDOLU JEK

SYAHDU YAAAA
Fri 30-Jan-2009 11:01
Posted by:FAZARINA  - [Link]
teruskn jela fp ni bro
kite leh je kutuk MEREKA TU
bukan MEREKA TU phm pn
MEREKA TU mmg mengong
Fri 30-Jan-2009 11:55
Posted by:abby abby_gam3rz@yahoo.com  - [Link]
Aduh, setiap "shot" yang diambil begitu tulus dan ikhlas rakamannya. Tiada pura-pura dan ianya yang sebenar. Setiap yang tuan rakamkan berbicara sendiri malah ianya membangkitkan kemabali kejelasan rakaman dalam lensa nostalgiaku. Teruskanlah tuan merakam setiap sudut hari ini, kerana yang pasti ianya bakal menghangat kembali nostalgia di hari esok. You are not just "GOOD" but you are "GREAT". You have managed to capture the memory through your eyes. Tuan tengok dan tuan nampak dan tuan rakam. Terima Kasih kerana membangkitkan kembali nostalgiaku yang dah hampir terformat... Thu 26-Feb-2009 06:51
Posted by:Brianpedro
View all 7 comments Add comment


Friday, 9-Jan-2009 09:26 Email | Share | | Bookmark
Tawar Hati

Rasanya mungkin terhenti di sini saja. Tempat ini adalah tempat gelap. Laman ini mungkin ini berkait dengan kekejaman.

Laman ini yang telah kukemaskinikan beberapa hari lepas dengan sebuah tajuk berkenaan pemulauan laman ini namun telah dipadamkan oleh pemilik laman ini. Dibuatnya satu Fotopages khusus untuk kekejaman tersebut namun adakah ini hanya satu sandiwara sahaja? Dia memang berketurunan orang-orang yang melakukan kekejaman itu namun adakah dia menentang kekejaman tersebut? Orang dia ini kita kena berhati-hati, memang kadang-kadang tak boleh dipercayai.

Mari kita pulaukan. Bila tengok bendera negara di Fotopages paling sohor itu yang sepatutnya negara kita digantikan dengan bendera negara dia, terasa ada sesuatu yang tidak betul. Ada yang mahu diwar-warkan dan mahu mempengaruhi orang lain. Nampak sesuatu yang remeh namun dalam keadaan sekarang, itu satu perkara besar.

Kalau dia padam juga yang ini, tak tahulah. Aku dah tulis dengan perkataan semuanya berasal dari Bahasa Melayu kecuali Fotopages.

Walaupun gelap kita mesti memerangi pemikiran mereka dgn kesatupaduan umah.....

Marilah kita membina satu kelopok yg menggunakan FP sebagai bahan untuk kita bersatu padu bukan kalah dgn pemikiran mereka ....

Satu ketika Wak pun merasa terkilan dgn laknatullah,tapi sekarang asas kita berjemaah dgn kawan2 untuk bersatu dan kita muat turunkan unsur pendidikan islam semangat bersatu tegoh bercerai roboh.......

Sampaikan lah walaupun sepotong ayat sehari insha'Allah kita akan menang dgn jalan Allah yg maha Esa......

Apa kata Kawan2 FP Wak Kumis semua kalau Wak ajak Othman Hamzah bersama kita semua buat Gathering di Tasik Shah Alam
Mon 19-Jan-2009 15:46
Posted by:Wak Kumis  - [Link]
Really curious lah apa yang telah dipadamkan.. x sempat nengok haritu... Sat 24-Jan-2009 02:01
Posted by:Layman  - [Link]
ape yg diorang padam bro?
sorry sy baru cuti ni
x sempat nak tgk entry bro yg diorg pdm tu
Mon 26-Jan-2009 13:35
Posted by:abby abby_gam3rz@yahoo.com  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Thursday, 1-Jan-2009 05:58 Email | Share | | Bookmark
Sarawak Trip Part III - Panorama Bandar Sibu

Bandar Sibu dan Sungai Rejang
Pemandangan sebahagian bandar Sibu
Pemandangan sebahagian lagi bandar Sibu
View all 8 photos...
Selamat Menyambut Tahun Baru 1430 Hijrah dan 2009 Masihi.

22-23 Julai 2008

Rupanya bagunan tertinggi yang dilihat dari atas tadi merupakan hotel yang aku duduki. Dari hotel ini terserlah seluruh panorama Bandar Sibu yang terletak di tebing Sungai Rejang. Banjir kilat yang berlaku sebelum aku tiba tadi telah mulai surut. Namun warna Sungai Rejang masih kekuningan kerana membawa air hujan yang bercampur tanah.

Suasana kampung masih terasa di sini. Orang-orang di sini ramah-tamah. Apabila bertemu dengan aku yang pertama kali ke sini semasa di dalam lif, mereka menegurku seolah-olah sudah lama kenal.


Bandar Sibu dan Sungai Rejang


Pemandangan sebahagian bandar Sibu


Pemandangan sebahagian lagi bandar Sibu


Antara bangunan di Sibu


Stesen minyak Xcel di Sibu


Pelabuhan Rejang


Panorama Bandar Sibu dan Sungai Rejang


Panorama Bandar Sibu

Kalau di teliti badar Sibu tidak bagitu sebuk, agaknya waktu pagi lagi kut? Mon 5-Jan-2009 04:44
Posted by:badungcamp  - [Link]
Tahniah kerana dapat menaikkan imej Bandar Sibu. Saya sebagai orang Sibu berasa bangga dengan usaha saudara. Mon 12-Jan-2009 17:35
Posted by:Nirman myrayza@yahoo.com
tak pernah sampai ke Sarawak lagi..... cantik betul tmpat nya ye, nmpak cam tersusun je Thu 15-Jan-2009 22:59
Posted by:~ niza et sofia ~  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Friday, 19-Dec-2008 00:13 Email | Share | | Bookmark
Sarawak Trip Part II - RH Hotel, Sibu

Pandangan di dalam bilik RH Hotel
Katil di RH Hotel
Air mineral percuma di RH Hotel
View all 10 photos...
22-23 Julai 2008, Sibu

Setelah selamat sampai di Sibu, rupanya Sungai Rajang yang warnanya kuning macam teh tarik itu membawa makna. Sibu baru saja dilanda banjir kilat setelah dituruni hujan yang lebat. Nasib baik semasa pemandu teksi membawaku ke hotel, jalan sudahpun boleh dilalui.

Aku tinggal di Hotel RH, bangunan tertinggi yang boleh dilihat dari atas tadi. Di sini, tidak boleh mengharapkan hotel yang canggih-canggih tetapi hotel ini boleh tahan juga. Hotel ini juga terhubung ke kompleks membeli-belah di Wisma Sanyan yang terletak bersebelahan.

Di situlah aku makan KFC setelah tiada idea di mana hendak makan. Satu perkara unik di sini, kalau malam-malam itu orang-orang yang datang ke sini santai-santai saja. Ada budak-budak Melayu datang ke sini berbaju Melayu dan berkain pelikat setelah pergi bersembahyang di surau atau masjid. Sempoi la diaorang ni.. Di Semenanjung ada ke...?


Pandangan di dalam bilik RH Hotel


Katil di RH Hotel


Air mineral percuma di RH Hotel


Minum teh setelah kesejukan hujan?


Rekabentuk tandas yang moden (suka mozek kecil tu)


Barangan kegunaan peribadi di RH Hotel


Koridor di RH Hotel


Pandangan di luar dari RH Hotel


Lobi RH Hotel


Lagi gambar Lobi RH Hotel

wah dah maju la sibu la ni...dulu hotel tersohor pun only TANAHMAS...i like this series Wed 31-Dec-2008 02:11
Posted by:kyrol a.k.a kielliena  - [Link]
bila tengok gambar botol2 tu tetiba je rasa seperti pernah kulihat... Tue 10-Feb-2009 01:44
Posted by:yushasnita md yunos sayanghasni@gmail.com  - [Link]
Tumpang Iklan

Jualan Pembukaan Kedai
jangan Lepaskan peluang untuk mendapatkan harga promosi sehingga 1 Jun 2009

Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Untuk persiapan hari raya
selain kelainan penampilan
Tidak mahu manik....boleh guna sulam..
Sulam di jahit dengan manik pun menarik juga
Harga promosi.... sehingga 1 Jun 2009
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....
Tue 12-May-2009 02:28
Posted by:limau merahlimau2@gmail.com
View all 24 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.