Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 31-Jan-2009 10:51 Email | Share | | Bookmark
Sarawak Trip Part V - Terbang ke Kuching

Setelah di Sibu, terbang pula ke Kuching. Seperti dikenali umum, Sarawak memang banyak sungai. Dari atas, sungai-sungai ini nampak berbengkang-bengkok dan sangat menarik.

Jom berkunjung ke strozze.blogspot.com.

Lebih banyak foto di sini.

Nak tahu peta di mana gambar-gambar di bawah ini diambil, sila klik di sini.


Meninggalkan Sibu


Bandar Sibu dari atas.


Bandar Sibu dan Sungai Rajangnya.


Pandangan Bandar Sibu dari atas awan.


Muara-muara sungai di Sarawak.


Lagi gambar muara-muara sungai di Sarawak.


Mula terbang di ruang udara Kuching. Gunung Santubong sudah kelihatan..


Pemandangan Bandaraya Kuching dari atas.


Tuesday, 27-Jan-2009 14:24 Email | Share | | Bookmark
Sarawak Trip Part IV - Keunikan Sibu

Papan tanda berbahasa Cina di Sibu
Satelit untuk menerima siaran luar negara di Sibu
Sebuah kedai runcit di sebuah kilang di Sibu
View all 4 photos...
23 Julai 2008

Setelah agak lama tidak dikemaskini, kini aku sambung kembali (dan tengah mencari laman alternatif untuk album online aku ini - yang lain semua kena bayar kecuali Fotopages ini.. Hmm..)

Ada banyak keunikan Sibu sebenarnya namun tidak sempat kerana waktu yang singkat. Ada beberapa perkara tentang Sibu yang aku ingin kongsikan.

Jalan-jalan di sini ada tulisan Cina di samping tulisan Bahasa Malaysia. Ini yang menjadi kontroversi di Pulau Pinang tahun lepas kerana mahu diadakan tulisan Cina di papan-papan tanda jalan. Aku sebenarnya tidak bersetuju sangat dengan papan tanda pelbagai bahasa ini kerana kita hanya perlukan satu bahasa yang boleh difahami oleh semua orang. Lihat ada sesetengah negara, mereka tak pedulikan bahasa asing. Papan tanda mereka hanya dalam bahasa kebangsaan sendiri macam di Jepun, Perancis ataupun Jerman. Lantaklah pelancong tak faham. Nak faham, belajarlah bahasa-bahasa itu.

Di Sibu ini majoritinya penduduk berbangsa Cina. Banyak taman-taman bertemakan budaya Cina yang dibawa oleh para pendatang yang mula-mula sampai ke sini dulu.

Di Sibu juga banyak piring satelit di rumah-rumah. Pada mulanya aku ingat undang-undang di sini berlainan daripada Semenanjung namun menurut seorang yang kutemui, ini sebenarnya tetap salah namun tiada penguatkuasaan. Jadi, banyak rumah memasang piring-piring satelit macam di Indonesia. Mereka banyak menala piring mereka ke satelit-satelit dari China dan Taiwan untuk menerima siaran dari sana. Bankraplah Astro di sini...

Selain itu, di sebuah kilang yang kulawati, kutemui ada disediakan sebuah kedai runcit. Senang untuk para pekerja membeli barang keperluan di sini. Ada juga disediakan kuarters. Tidak susah lagi bagi mereka kerana jarak kilang dengan bandar agak jauh.

Berakhir sudah entri untuk Sibu. Nantikan entri di Kuching pula..

Senang-senang, lawatilah strozze.blogspot.com


Papan tanda berbahasa Cina di Sibu.Perhatikan longkang penuh dengan air tanah kerana baru saja dilanda banjir kilat.


Satelit untuk menerima siaran luar negara di Sibu


Sebuah kedai runcit di sebuah kilang di Sibu


Lapangan terbang Sibu


Friday, 9-Jan-2009 09:26 Email | Share | | Bookmark
Tawar Hati

Rasanya mungkin terhenti di sini saja. Tempat ini adalah tempat gelap. Laman ini mungkin ini berkait dengan kekejaman.

Laman ini yang telah kukemaskinikan beberapa hari lepas dengan sebuah tajuk berkenaan pemulauan laman ini namun telah dipadamkan oleh pemilik laman ini. Dibuatnya satu Fotopages khusus untuk kekejaman tersebut namun adakah ini hanya satu sandiwara sahaja? Dia memang berketurunan orang-orang yang melakukan kekejaman itu namun adakah dia menentang kekejaman tersebut? Orang dia ini kita kena berhati-hati, memang kadang-kadang tak boleh dipercayai.

Mari kita pulaukan. Bila tengok bendera negara di Fotopages paling sohor itu yang sepatutnya negara kita digantikan dengan bendera negara dia, terasa ada sesuatu yang tidak betul. Ada yang mahu diwar-warkan dan mahu mempengaruhi orang lain. Nampak sesuatu yang remeh namun dalam keadaan sekarang, itu satu perkara besar.

Kalau dia padam juga yang ini, tak tahulah. Aku dah tulis dengan perkataan semuanya berasal dari Bahasa Melayu kecuali Fotopages.


Thursday, 1-Jan-2009 05:58 Email | Share | | Bookmark
Sarawak Trip Part III - Panorama Bandar Sibu

Bandar Sibu dan Sungai Rejang
Pemandangan sebahagian bandar Sibu
Pemandangan sebahagian lagi bandar Sibu
View all 8 photos...
Selamat Menyambut Tahun Baru 1430 Hijrah dan 2009 Masihi.

22-23 Julai 2008

Rupanya bagunan tertinggi yang dilihat dari atas tadi merupakan hotel yang aku duduki. Dari hotel ini terserlah seluruh panorama Bandar Sibu yang terletak di tebing Sungai Rejang. Banjir kilat yang berlaku sebelum aku tiba tadi telah mulai surut. Namun warna Sungai Rejang masih kekuningan kerana membawa air hujan yang bercampur tanah.

Suasana kampung masih terasa di sini. Orang-orang di sini ramah-tamah. Apabila bertemu dengan aku yang pertama kali ke sini semasa di dalam lif, mereka menegurku seolah-olah sudah lama kenal.


Bandar Sibu dan Sungai Rejang


Pemandangan sebahagian bandar Sibu


Pemandangan sebahagian lagi bandar Sibu


Antara bangunan di Sibu


Stesen minyak Xcel di Sibu


Pelabuhan Rejang


Panorama Bandar Sibu dan Sungai Rejang


Panorama Bandar Sibu


Friday, 19-Dec-2008 00:13 Email | Share | | Bookmark
Sarawak Trip Part II - RH Hotel, Sibu

Pandangan di dalam bilik RH Hotel
Katil di RH Hotel
Air mineral percuma di RH Hotel
View all 10 photos...
22-23 Julai 2008, Sibu

Setelah selamat sampai di Sibu, rupanya Sungai Rajang yang warnanya kuning macam teh tarik itu membawa makna. Sibu baru saja dilanda banjir kilat setelah dituruni hujan yang lebat. Nasib baik semasa pemandu teksi membawaku ke hotel, jalan sudahpun boleh dilalui.

Aku tinggal di Hotel RH, bangunan tertinggi yang boleh dilihat dari atas tadi. Di sini, tidak boleh mengharapkan hotel yang canggih-canggih tetapi hotel ini boleh tahan juga. Hotel ini juga terhubung ke kompleks membeli-belah di Wisma Sanyan yang terletak bersebelahan.

Di situlah aku makan KFC setelah tiada idea di mana hendak makan. Satu perkara unik di sini, kalau malam-malam itu orang-orang yang datang ke sini santai-santai saja. Ada budak-budak Melayu datang ke sini berbaju Melayu dan berkain pelikat setelah pergi bersembahyang di surau atau masjid. Sempoi la diaorang ni.. Di Semenanjung ada ke...?


Pandangan di dalam bilik RH Hotel


Katil di RH Hotel


Air mineral percuma di RH Hotel


Minum teh setelah kesejukan hujan?


Rekabentuk tandas yang moden (suka mozek kecil tu)


Barangan kegunaan peribadi di RH Hotel


Koridor di RH Hotel


Pandangan di luar dari RH Hotel


Lobi RH Hotel


Lagi gambar Lobi RH Hotel


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net