Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Thursday, 15-Nov-2007 15:17 Email | Share | | Bookmark
Singapore Trip - Esplanade

Esplanade dari Boat Quay
Fullerton Hotel di sebelah kiri
Dari bawah jambatan di belakang Fullerton Hotel
View all 6 photos...
Walaupun kamera dah OK, tapi bateri pulak buat hal. Sekejap je bateri habis. Terpaksa pergi tebing Sungai Singapura dua kali. Dah la bawak kasut kerja yang "high heel" tu. Penat kaki, ditambah lagi dengan permukaan yang semuanya bersimen di sana.

Esplanade merupakan pusat seni Singapura di mana banyak kegiatan seni diadakan di sini. Kiranya di KL itu macam Istana Budaya lah. Kerana bentuk bumbung yang tajam seakan-akan durian, Esplanade juga dipanggil Durian.

Kalau nak ke sini, boleh turun di stesen MRT City Hall (Dewan Bandaraya)ataupun Raffles. Di Raffles Place, sebenarnya ada masjid di bawah tanah atau basement. Aku nak mencari tapi dah malam. Lain kali saja.













Monday, 29-Oct-2007 15:40 Email | Share | | Bookmark
Singapore Trip - Merlion

Visitors around
Panoramic view of Merlion
Closer view
Some commented the previous entry picture is too small. Yeah, nothing can be done as that is FP's limitation, even the picture was actually broader and was cut by FP. Anyway, these are other pictures of the same Merlion. Enjoy!







Sunday, 28-Oct-2007 02:38 Email | Share | | Bookmark
Singapore Trip - Up and Coming

Panorama Merlion
Dah lama rasanya tak shooting ni.. Hari tu tergerak hati nak baiki kamera sementara aku mencari kamera baru. Aku bawa pergi ke Canon service centre dan dia periksa rupa-rupanya connector di dalam kamera aku yang ada masalah. Dia baiki dan tak charge pun walaupun dia hantar kamera ke KL (aku gatal pergi service centre di JB walaupun duduk KL). Tu yang aku suka Canon...

OKlah, berbalik kepada FP aku ni, kali ini hajat aku untuk ambil gambar di tebing Sungai Singapura tercapai. Punyalah berat beg aku pergi Singapura sebab bawa tripod sekali.. Pun begitu, puas kali ni dapat ambil gambar di sana. Jadi, ini bahagian pertama gambar-gambar di sana. Enjoy!



Monday, 8-Oct-2007 23:33 Email | Share | | Bookmark
Kuih Raya Di Azhar Food

 
 
Seperti biasa, aku membeli kuih raya di Azhar Food. Ketika di Johor hari itu, aku sempat ke kedai yang terletak di Rengit, Johor ini. Harganya jauh lebih murah daripada yang dijual di bandar-bandar besar. Di sini, harga satu balang atau dipanggil telab di sini adalah sekitar RM14-15 berbanding RM20+ di KL. Kalau pandai menawar, harga itu boleh dikurangkan lagi.

Ini adalah entri terakhir sebelum raya, sekejap lagi nak balik kampung, jadi kuucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin





Sunday, 7-Oct-2007 22:29 Email | Share | | Bookmark
Pasar Ramadhan Larkin - Revisited

Aneka ramuan
Kesalahan frasa...
Sedang memotong ramuan-ramuan rojak
View all 5 photos...
Bulan puasa kali ini, sempat juga aku ke Johor Bahru (JB). Bukannya apa tapi rindu dengan juadah di sini. Jika dibandingkan KL dengan JB, memang jauh panggang dari api. Di KL, jual apa saja, sedap tak sedap, orang masih beli. Kalau di JB, dah lama bisnes lingkup. Aku pernah beli Nasi Beriani Gam. Promosinya bukan main - asli Batu Pahat la, apa la, setelah dirasa, memang tak ada rasa. Tawar! Dahlah bayar RM6.50 sebungkus...

OK, lupakan KL. Di Larkin, seperti tahun-tahun lepas, aku cari Rojak Asma dengan Air Kathira. Aku pergi awal, jadi dapatlah mengambil beberapa shot yang takkan dapat diambil tatkala ramai orang datang ke sini.











[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net