Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 19-Sep-2007 22:19 Email | Share | | Bookmark
Juadah Bulan Puasa - Hari Ke-7

Restoran di tepi sungai
Otak-otak
Air tembikai aka timun cina
View all 8 photos...
Tahun ini, ingat nak meneruskan pemaparan gambar-gambar juadah berbuka puasa tetapi kamera masih belum baik lagi. Mulanya mahu menukar kamera baru, namun masih tertangguh. Kini, mula memikirkan untuk membaiki saja kamera yang rosak itu.

Hari-hari berlalu, tapi terlepas begitu saja. Nah, untuk melepaskan gian, kamera telefon pun jadilah. Cuma masalah ketika mengambil gambar dekat.

Kali ini, pulang ke Melaka lagi, ke tempat yang sama seperti tahun lepas iaitu Ikan Bakar Alai. Menunya masih sama. Namun, pastinya shot kali ini lain.













Saturday, 1-Sep-2007 23:20 Email | Share | | Bookmark
Ayam Bakar Wong Solo

Pandangan hadapan restoran
Papan tanda
Ruangan dalam
View all 7 photos...
Hari itu, aku melalui sebatang jalan di Kampung Baru, KL, terlihat pula sebuah restoran yang pernah kulihat di Solo, Indonesia - Ayam Bakar Wong Solo - Halalan Thayyiban. Jadi, aku ingin merasa masakan di situ. Satu hari, aku ke sana di waktu tengah malam tetapi sudah ditutup. Rupa-rupanya, waktu operasinya ialah dari jam 11.30 pagi hinggalah ke 11.30 malam.

Tidak puas hati dengan percubaan pertama, akhirnya aku dapat merasa menu di sini dengan pergi ke sana petang semalam. Lokasinya amat mudah untuk dicari, iaitu berhampiran Masjid Kg. Baru. Sebenarnya, cawangan Kg. Baru adalah cawangan kedua di KL. Yang pertama telah dibuka di Taman Dagang, Ampang.

Setelah bertanya kepada staf di situ, cawangan Kg. Baru ini sudah dibuka setahun lepas. Entah bagaimana, mungkin kurang promosi, kurang dikenali ramai. Walau bagaimanapun, makanannya tetap gurih dan lezat...


Pandangan hadapan restoran


Papan tanda


Ruangan dalam


Jus Avokado aka Apokat. Kalau di sana, air mineral mesti Aqua keluaran Danone.


Gado-gado


Empal Lembu


Set Ayam Penyet - ada nasi, tempe goreng, tahu goreng, sayur goreng, ulam salad dan air mineral.

----------------------------------------------------------------

Gambar-gambar terdahulu di Solo:







Gambar-gambar lain di Solo

Kisah perjalanan ke Solo


Saturday, 14-Jul-2007 10:24 Email | Share | | Bookmark
Air Kelapa Halia

 
 
 
Dah lama tak kemaskini FP ini, almaklum kameranya belum terbaiki @ dibeli baru.

Hari itu, semasa di Melaka, terasa sangat dahaga di petang yang panas. Ternampak pula satu gerai menjual air kelapa di Cheng. Pada mulanya, aku memesan air kelapa biasa namun ternampak pula ada menu air kelapa halia. Terus aku memesan. Sedap sungguh! Lima bintang. Kalau sesiapa yang dalam perjalanan ke Alor Gajah, memang patut singgah sebentar di gerai ini.







Saturday, 26-May-2007 11:59 Email | Share | | Bookmark
Arghhhh!!!!

 
Hari itu, pergi Putrajaya konon-konon nak ambil gambar. Siap caj penuh bateri kamera lagi. Bila buka saja kamera aku ni, inilah hasilnya... Arghhhh, tensionnya!!!!!!

Apa nak buat... Kamera aku dah rosak. Nampaknya sudah sampai waktunya untuk aku menukar kamera. Sudah sampai seru untuk aku berhijrah dari dunia kamera digital ke DSLR...

Ada sapa-sapa yang boleh recommend brand/model mana yang bagus dan harganya berpatutan?



Monday, 14-May-2007 22:55 Email | Share | | Bookmark
SMART Tunnel

 
 
 
View all 6 photos...
Finally Stormwater Management and Road Tunnel or SMART Tunnel has been opened to public starting today. This is a new architectural landmark of Kuala Lumpur and has featured in Discovery Channel. The 3-km long tunnel has dual purpose which is to mitigate flood and is also to serve as double-storey highway. There will no toll collected for the first month and for subsequent months, no rate has been determined yet (believe to be the highest ever...)

Full story.
Cerita lanjut.





Sorry for low quality pictures as they were taken using mobile phone.


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net