Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Friday, 4-May-2007 11:53 Email | Share | | Bookmark
Jejantas Udara, Menara Berkembar Petronas

Panorama daerah bisnes pusat KL
Pandangan dalam jejantas udara
Senja di KL
View all 4 photos...
Kali terakhir aku naik jejantas udara Menara Berkembar Petronas (Petronas Twin Towers) adalah empat tahun lepas. Bulan lepas, ada naik ke tingkat 65 Menara 1, ingat nak berhenti di tingkat 41-42 untuk mengambil gambar, tapi jerebu pula.

Kali ini, disebabkan seorang Mat Salleh dari US datang ke sini, satu majlis makan malam diadakan di sini untuk meraikan beliau. Beliau memang kena buli semasa di sini - selepas makan, dia dibawa ke Bukit Bintang untuk makan durian (dan dia gosok gigi berkali-kali selepas itu untuk hilangkan bau durian ) dan pagi keesokannya, kena makan Nasi Lemak yang pedas sambalnya. Berkali-kali dia ke bilik air untuk basuh mulutnya. Walaupun mukanya nampak steady, di dalam hati aku tahu mungkin dia menyumpah seranah...









Monday, 30-Apr-2007 10:29 Email | Share | | Bookmark
Panorama Johor Bahru

Panorama Johor Bahru
Pusat Bandaraya JB
Muzium
View all 4 photos...
Disebabkan ada agenda lain, aku sengaja menginap di Puteri Pacific Johor Bahru. Biasanya aku menginap di Mutiara yang kedudukannya sangat strategik untuk kaki-kaki DVD sepertiku ini, namun kerana mahu ke Singapura, kali ini aku memilih Puteri Pacific.

Kalau dari Mutiara ke Tambak Johor, caj teksi mahal iaitu RM10 walaupun mengikut meter hanya sekitar RM5. Jangan harap pemandu teksi di sini nak ikut meter. Kalau nak cari yang ikut meter, alamat melangutlah di tepi jalan itu.

Jadi, duduk di Puteri Pacific adalah pilihan terbaik. Boleh parkir keretaku di sana dan berjalan kaki ke imigresen.

Untuk cerita lanjut ke Singapura, silalah klik di sini (dalam Bahasa Inggeris).









Saturday, 14-Apr-2007 01:40 Email | Share | | Bookmark
F1 2007

Bersiap untuk berlumba
Sedia!
Alonso - pendahulu perlumbaan
View all 12 photos...
Aku ini sebenarnya bukan peminat F1. Seperti biasa, tahun ini aku kena pergi lagi. Bermacam alasan kuberi namun kuterpaksa pergi jua.

Namun, aku positif. Boleh juga ambil gambar tahun ini. Lagipun, pemandu sensasi McLaren, Hamilton telah membuat kejutan di Melbourne. Hmm, boleh juga, tentu agak menarik.

Hari Khamis sebelum perlumbaan, aku memulakan kelas gim aku. Pelatih aku bukan main lagi mencabar aku untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berat. Katanya, perempuan boleh buat, kenapa aku tak boleh buat.

Setelah balik, tangan kananku sudah tidak boleh diluruskan lagi. Ah, sudah mengeras dan sakit! Kelakar pun ada sebab aku berjalan macam robot di Taman KLCC semasa hendak pergi makan tengah hari.

Malamnya aku main futsal lagi. Masa main tak rasa apa-apa pun. Tapi selepas bangun dari tidur keesokannya, wah, makin teruk tanganku ini. Kedua-dua belah sekarang tak boleh diluruskan.

Pagi itu, selepas seketika duduk di meja menaip di papan kekunci, tanganku semakin menjadi-jadi 'robot'nya. Aku tak tahan lagi lalu aku ke klinik. Doktor di situ semacam perli aku saja. "Nak jadi hero ke?" tanyanya. Aku tersengih saja. Dia beri aku krim sapu dan pil penenang otot.

Aku telan saja pil itu. Petangnya sakit itu masih belum hilang. Pada malamnya, seorang kawan mengajak makan di Taman Permata. Aku dengan tangan robot ini dengan selambanya memandu ke sana. Nasib baik ada 'power steering'...

Semasa makan, aku tak tahu kenapa aku asyik dahaga saja. Fikirku, mungkin sebab aku terlalu lebih 'exercise'. Tiga gelas air kupesan - Teh Halia, Horlick Ais, Air Suam. Sesudah makan, tanganku menjadi semakin sakit. Kini otot-otot lain juga sama sakit termasuklah otot peha dan perut.

Pagi besoknya, apabila aku bangun dari tidur, sakitku makin teruk. Jalan pun dah terbongkok sebab otot perutku tidak boleh diregangkan lagi. Aku buntu. Kenapa sampai macam ini? Takkan latihan sebegitu boleh buat aku jadi sebegini.

Tengah hari itu, aku rasa mahu ke bilik air. Kudapati air kencingku sudah pekat dan warnanya macam Teh Halia malam tadi. Aku risau. Macam-macam kufikir. Baru aku teringat, aku belum ke tandas lagi sejak dari pagi tadi walaupun banyak minum air!

Aku pun minum banyak air lagi supaya keluar semua toksin itu. Fikirku, mungkin badanku menolak pil penenang otot itu. Dua jag aku minum air. Berat badan pun naik empat kilo! Selang sejam, aku mulai kerap ke tandas. Kulihat air kencing sudah pun kembali jernih setelah banyak kali ke tandas.

Malam itu, aku berharap semua ini berakhir supaya aku dapat ke F1 keesokannya. Tadi pun kuberikan tiket untuk menyaksikan sesi kelayakan ke seorang rakan sepejabat.

Besoknya, aku berasa lega sedikit. Walaupun masih sakit, aku rasa dah boleh berjalan. Kebetulan rakan sepejabat semalam yang ambil tiketku tidak mahu ke perlumbaan sebenar pada Ahad, aku mendapat satu tiket lebih. Lalu aku telefon seorang kawan lain dan mengajaknya ke sana. Sebagai 'trade-off', kucadangkan dia saja yang memandu keretanya. Aku tidak sanggup bersesak di Sepang nanti. Lagipun, keretaku manual.

Kami sampai di sana walaupun bertolak lambat dan terperangkap dalam kesesakan hampir dua jam. Keputusannya sungguh menarik kerana McLaren mendapat dua tempat teratas dan paling manis dapat memotong Ferrari di selekoh pertama.

OKlah, tahun depan kalau ada rezeki datang lagi. Gambar pula tak banyak tahun ini kerana kondisiku ini...









Monday, 2-Apr-2007 11:19 Email | Share | | Bookmark
Sunrise at Kinta Valley

 
 
Mentari naik menyelinap dari Banjaran Titiwangsa dan menerangi Lembah Kinta, Perak.



Quote:
Ces.. kecik plak gambar ni.. dah tak cantik...


Re-uploaded:



Saturday, 10-Mar-2007 10:47 Email | Share | | Bookmark
Nyonya Food, Melaka

Air Limau Madu dan Keropok
Daging Rusa Lada Hitam
Udang Sambal
View all 7 photos...
Sudah bosan dengan makanan laut yang sama apabila ke Melaka, kali ini kucuba makanan Nyonya pula. Jika sebelum ini hanya meleleh air liur menonton Jalan-Jalan Cari Makan atau mendengar celoteh keluarga Baba di Arts Central, kini akhirnya kumendapat peluang menjamah makanan Nyonya.













Yang nak tahu di mana lokasi restoran ini, inilah alamatnya:



[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net