Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  10  11  12  13  14  15  16  [17]  18  19  20  21  22  23  24  >  >>]    [Archive]
Monday, 4-Dec-2006 04:07 Email | Share | | Bookmark
KLCC Part 2

KLCC sewaktu gerimis.
Inilah pandangan di KLCC sewaktu hujan gerimis.



Quote:
Yati, Hellikonia, Mypokcik, Muni, Alchemist, dR Ali, Nabliashad, F&Z, Yanina - terima kasih
Cheeca, Nn, Ais-Putih, Tuah - tgh hujan mmg best ambil gambar. Ada effect...
Rossya - boleh, print je..
Ishzah - meh nak belanja.. Tapi laksam di Pantai Timur lebih sedap...
Najib - terima kasih. Mmg selalu ke sini, sbb tu selalu jadi subjek.
MFR - ni ambil masa duduk kat Traders Hotel..
Za+Za - terima kasih. Tak boleh nak besarkan lg sbb fp limit saiz ni je..
Zakiah - takpe.. ni ambil kat dalam bangunan. Tak basah...


Wednesday, 29-Nov-2006 00:08 Email | Share | | Bookmark
KLCC Part 1

KLCC di waktu siang
KLCC di waktu malam
Kuala Lumpur Citu Centre (KLCC) - satu terma yang selalu disalahertikan. Ramai orang merujuk bangunan berkembar tertinggi dunia itu adalah KLCC. Sebenarnya kurang tepat. Bangunan itu sepatutnya dipanggil Menara Berkembar Petronas atau Petronas Twin Towers. Manakala KLCC merujuk kepada kawasan persekitarannya. Maka, bangunan-bangunan lain yang terletak berdekatan masih terletak di KLCC, seperti Menara Maxis, Hotel Mandarin Oriental, Hotel Impiana KLCC, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Menara ExxonMobil dan juga beberapa kondominium yang sedang rancak naik. Taman KLCC juga sebahagian dari KLCC.



Quote:
Intan Azim, KNizam, Ciksue, Rossya, Mun, Edoras, Yanina, MamaFami, Ayu, CiPoi, Farafauzana - terima kasih.
Ciksue, Semutaro - boleh.. print gambar ni, buat poskad.
Cneo - ajarlah camne nak buat..
d/u/s/y/u/m, Kuchai - tak, ini dari Hotel Traders. Kalau dari Menara Esso, mmg centre betul tapi takleh nak ambil dari situ...
Ishzah - dtglah sini. Ada Year End Sale (YES). Saya plak nak gi Spore - Orchard Rd. Nak ambil gambar, tapi takde kaki plak. Kalau ada kaki, siap hampar tikar, pasang tripod.. he he..
Alchemist - terima kasih bebanyak. Jgn puji lelebih..


Friday, 24-Nov-2006 14:17 Email | Share | | Bookmark
Traders Hotel, KLCC

Ada cermin sebelah katil...
Meja tulis yang menarik.
Plasma TV - Daniel dlm Hitz Final
View all 6 photos...
Lihatlah ruang dalam bilik di Traders Hotel, KLCC. Hiasan dalamannya sungguh moden dan menarik. TV plasma akan dibisukan apabila membuat/menerima panggilan supaya tak mengganggu perbualan. Ada cermin besar di sebelah katil buat menutup ruang bilik yang kurasa agak kecil. Paling kusuka pencahayaan bilik yang moden dan kondusif untuk lebih-lebih lagi tidur...







Quote:
Zura - dah buang gambar Daniel tu... nampak spoil plak...
Gezzeg - terima kasih
KNizam - ya, kat atas convention centre.
Ecah, Phalinn, Cibilzsonic - ya, saya mmg suka bilik ni, esp. Internetnya free..
Irwan - tempah boleh, bayar sendiri..
IYKM - kerja saya selalu travel, jumpa customer, meeting etc.
Kuchai - boleh tahan juga.. RM220 corporate rate. Kalau di KL ni OK lg sbb hotel lain RM300++
Kamerapinjam - ya, keterujaan yang mengujakan itu pasti tambah keterujaan. Eh, pening...
Mommy_d&d, Radinism - mmg sy recommend. Ya, bilik dia cuma agak kecil tapi interior dia cantik.


Tuesday, 21-Nov-2006 12:31 Email | Share | | Bookmark
Aku Hanya Serangga

Lalat
Belalang
Berbekal kamera dan tripod, aku duduk dalam semak (mungkin orang ingat aku ni pencuri kot...). Ambil gambar punya pasal, tak apa, nyamuk dan semut api menggigit aku tak kisah...



Quote:
Die££a - ya, tajuk lagu tu pun diambil sbg tajuk entri ni...
ScHoePenToeTer - he he..
We DA - mmg...
Halamanku, Lessza, Ishzah, Shidah - terima kasih..
Umaq_eiman - a ah ya la..
Gelembai - mmg berguna..
Zack - mungkin ini langau kot. Ntahla.. Langau dia besar sikit kan...
Onisuka - InsyaAllah, ada kat sana nanti. C u..
Ciksue, Rossya - he he.. actually belalang tu boleh makan. Ulama pun kata belalang bukannya haram... Tapi jgn goreng yg di sebelahnya tu...


Sunday, 19-Nov-2006 05:50 Email | Share | | Bookmark
Recap - Menjengah Kebudayaan Jawa dan Bali

Ini adalah koleksi terdahulu semasa lawatan ke Indonesia - Solo, Jogjakarta dan Bali. Rasa sungguh puas hati selepas habis trip kerana kami melancong ala back packers dan kami sebelumnya tidak tahu langsung selok-belok untuk ke sana. Selepas menempah tiket AirAsia, yang kami mahu hanyalah untuk ke Borobudur, Prambanan dan seterusnya menaiki pesawat tambang murah Indonesia ke Bali. Sumber informasi kami hanyalah pemandu teksi, pengayuh beca dan juga pekerja hotel. Terima kasih banyak-banyak buat Mas Adi di Jogja dan Beli Made di Bali yang menjayakan trip kami dan menolong penuh ikhlas.

Hari Pertama - Solo & Keraton Kasunan




Hari Pertama - Sampai ke Jogjakarta




Hari Kedua - Menjejak Pusat Perabot




Hari Kedua - Prambanan




Hari Ketiga - Borobudur




Hari Ketiga - Dataran Tinggi Dieng




Hari Kelima - Keraton Ngayogyakarta




Hari Kelima - Jalan Malioboro




Hari Keenam - Tanah Lot




Hari Ketujuh - Uluwatu




Cerita-cerita lanjut:
1. Lawatan ke Indonesia II - Pra Lawatan - Cabaran Demi Cabaran
2. Lawatan ke Indonesia II - Keraton Solo
3. Lawatan ke Indonesia II - Jogja: Menjengah Desa Mencari Hasil Kerajinan Tangan & Candi Prambanan
4. Lawatan ke Indonesia II - Borobudur dan Dataran Tinggi Dieng
5. Lawatan ke Indonesia II - Putar-putar di Jogjakarta
6. Lawatan ke Indonesia II - Keraton Ngayogyakarta
7. Lawatan ke Indonesia II – Kuta & Tanah Lot
8. Lawatan Ke Indonesia II - Pasar Sukawati & Uluwatu
9. Lawatan ke Indonesia II - Hari Terakhir di Bali


Quote:
Mommy_d&d - mmg cantik tempat ni. Kat sana, kalau bawak baby, kena dukung selalu. Takde tempat nak tolak stroller. Lagipun suasana sana quite tough. Kalau tak biasa, susah juga kalau ada baby..
AbdulHADI - sebenarnya saya pergi sebelum gempa (nasib baik...). Prambanan ada runtuh sikit struktur atas dia. Semua jatuh bertaburan kat bawah. Malioboro mmg best nak shopping esp. CD Indon. Convert to Ringgit, l/k RM15 je...
MamaFami, Rossya, Ecah, Elin, Farah - mmg best. Cuma mungkin kita takde masa. Agak murah nak bercuti ke sana kerana duit kita lebih tinggi. Sing Dolar Rossya lagi la...
Leesza, Cneo, Ciksue - Indonesia mmg heaven utk backpackers. Byk hotel murah kat sana. Backpackers, buat yg tak tahu, stail ala kadar je, tak perlu duduk hotel mahal2 (asal boleh tido), transport arrange sendiri (kalau boleh termurah) dan tak perlu ikut guide. Jadi semua buat sendiri... Kalau next time nak pergi, nanti sy bagitau..
Icic - terima kasih. Ya, saya pasti akan ke sana kerana byk lg tempat2 menarik utk dikunjungi


[<<  <  10  11  12  13  14  15  16  [17]  18  19  20  21  22  23  24  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net