Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  11  12  13  14  15  16  17  [18]  19  20  21  22  23  24  25  >  >>]    [Archive]
Friday, 17-Nov-2006 10:29 Email | Share | | Bookmark
Kuala Sungai Baru, Melaka

Pantai memutih
Penahan hakisan
Barangkali tak ada orang...
View all 6 photos...
Tempoh hari, kubertemu satu pelanggan di Kuala Sungai Baru. Kuteruja untuk mengunjungi tempat ini kerana keindahan pantainya dan lebih-lebih lagi suasana keindahan kampung masyarakat Melayu Melaka yang sering menjadi lokasi penggambaran drama dan telemovie Melayu.

Masih lagi dengan suasana raya, rumah-rumah masih lagi menerima tetamu dan langsir raya kelihatan berterbangan di jendela apabila ditiup bayu laut. Ku sangat suka melihat senibina rumah tradisional Melaka yang masih dikekalkan walaupun kebanyakan rumah sudah digantikan dengan senibina moden.







Quote:
dR Ali, Steve, Razi - Frankly, I didn't realise that the beach was so clean until I saw the pictures... indeed it was.
AbdulHADI - ya, mmg byk. Tapi kadang2 malu nak shoot rumah org. Tak kenal pun...
Achemist - ya, sama-sama
Phalinn, Lutfiya Zahra, MamaFami - saya juga rindu suasana cam ni, lebih2 lg time raya...


Monday, 13-Nov-2006 14:52 Email | Share | | Bookmark
KL - Pandangan dari Hotel Maya

Panorama KL
Sedia...
Jalan...
Hari hujan tapi kubuka tingkap bilik hotel dan kuambil gambar-gambar ini. Pabila hujan, jalan mesti sesak, terutamanya Jalan Ampang itu...





Retro:

Lihat gambar interior Hotel Maya yang moden di sini.
(Bilik air yang boleh see through...)



Quote:
Arep, Ciksue, Onisuka, Wedding Door Gift, HR, Gezzeg - thanks
Otopan Otosan - orang Cina kata bo pien (tak leh nak buat apa)...
Fliffy - terima kasih bebanyak
Nabialishad - seksi gitu...
Za+Za - ya, mesti pergi..
Cneo - tu la, tapi public transport pun bukan boleh harap sgt..
Takteh - duk situ masa saya hadiri mesyuarat
Korok - saya yg biasa gi KL pun sesat juga...
Fadzliali - thanks tapi saya bukan duk KL, tapi JB..


Friday, 10-Nov-2006 00:33 Email | Share | | Bookmark
Morrocan Date Cake

 
 
 
Kalau ke KL, mesti kucuba kek ini. Sedap, lebih-lebih lagi kurma dia yang disalut coklat!







Quote:
Yati, Korok, Ishzah, Steve, Phalinn - thanks/ini mmg favourite saya - suka kurma bersalut coklat tu..
Bulan - thanks for the info
Axie - ya, kurma pun ada
KNizam - boleh didapati di Traders Hotel, KLCC
Rossya - yg tu raspberry
MamaFami - eh betullah Mama... tapi yg tu raspberry
Arep, Chenorms - sabar..


Sunday, 5-Nov-2006 02:41 Email | Share | | Bookmark
Bunga-Bunga

Bunga Tahi Ayam
Bunga Tahi Ayam yang menjadi buah
Bunga Semalu
Ni gambar yang kuambil di kampung tempoh hari. Belum sempat diupload sebelum ini kerana fail korup..

Mulai entri ini, kusiarkan kembali gambar-gambar berkaitan yang pernah dipos sebelum ini buat yang belum melihat ataupun yang terlepas tengok. Sekurang-kurangnya, boleh mengingat kembali memori sebelum ini. Sila lihat ruangan Retro di bawah.







Retro: Alam Ciptaan Tuhan




Quote:
Cibilzsonic, Cekya, Ellyn, Fadzliali, Fifi Fad, KNizam, Elia, Tuah, Arep - terima kasih.
Ida Natrah - thanks. Boleh, rekemenkan tempat-tempat menarik..
Turbovtec - ya, memang.
Kuchai, F&Z, Ira - saya pun tak sure sama ada bunga ni masuk kategori bunga taik ayam ke tidak.. Tapi daun dia sama je dgn bunga taik ayam..
Razi, Wedding Door Gift - Selamat Hari Raya juga


Friday, 3-Nov-2006 09:57 Email | Share | | Bookmark
Seberang Takir, Kuala Terengganu

 
 
 
View all 4 photos...
Ini gambar yang kuambil semasa mencari sotong goreng tepung @ celup tepung tempoh hari. Kawanku yang tinggal berdekatan membawaku ke sini untuk meninjau-ninjau keadaaan Kuala Terengganu sekarang. Kami juga pergi ke tempat penggambaran iklan Hari Raya Inai Kiara namun tak dibenarkan masuk. Akhirnya, ambil gambar ini saja. Pun begitu, pemandangannya juga cantik.



Quote:
Za+Za & Arep - gambar sotong tu actually ada kat post sebelum ni kat bawah tu. Tp itu tak proper. Nanti kalau ada can lg, boleh ambil gambar yg cantik skit..

Aliza - thanks for info. Kalau bahasa KL, panggil langsuir.

Korok - Harap jgn terpijak oranglah ye...

Alchemist - Ya, bangga org Trg sbb Sultan jadi Agong

Cipoi - betul tu

Ida - mmmg, makang ikang dalang pinggang...

Umaq Eiman - ada tapi masa tu gewe pergi beraya...

Gee - thanks


[<<  <  11  12  13  14  15  16  17  [18]  19  20  21  22  23  24  25  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net