Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  12  13  14  15  16  17  18  [19]  20  21  22  23  24  25  26  >  >>]    [Archive]
Thursday, 2-Nov-2006 10:12 Email | Share | | Bookmark
Raya di Tepi Pantai...

Keropok Lekor
Sotong, Keropok Lekor, Jemput2
Ketika menelefon pelangganku tadi, dia berkata kenapa suaraku "boring" saja. Aku membalas, "Kenapa?" Dia berkata balik, "Suara cam orang malas nak kerja je. Tak habis raya lagi ke?" Inilah keadaanku sekarang...

Hari Raya lepas jarang kuambil gambar sebab leceh nak pegang kamera sambil makan. Lebih-lebih lagi ketupat dan lemang yang berminyak tu. Juga kucuba memecah tradisi untuk bertemu kawan-kawan di luar, tidak di rumah masing-masing. Kalau ke rumah, balik-balik makan kuih raya dan minum air sirap. Jadi, kami keluar mencari warung-warung di tepi pantai yang dah "tak beraya". Sebenarnya kukemaruk makan sotong goreng tepung yang seperti di Pantai Kemasik tu.

Namun, semasa trip pertama pada hari raya ketiga, sotong tidak kami ketemu kerana di musim raya, nelayan tak ke laut. Yang ada hanya keropok lekor dan ikan kembung goreng tepung. Itupun tak sempat menikmati ikan kembung goreng tepung kerana "excellent service" warung itu di musim raya begini.

Pada keesokannya, raya keempat, kukeluar dengan teman lain. Juga, mencari sotong goreng tepung lagi. Kali ini kami ke pantai lain. Kali ini bertemu tapi mak aih, mahal betul sotong dia. Satu pinggan RM5. Ada beberapa potong je dalam pinggan yang penuh dengan khapoh tu...

Tak apalah, masa raya, semuanya mahal...





Quote:
Knizam - tag tu diambil di Bali.

Fliffy - mmg best melantak sotong ni.. Sy beraya di KT juga.

Zakiah - samalah, lepas raya nak beli makanan pun malas... apa lg buat..

Rossya - mmg dah diet.. Lepas raya naik 3 kilo! Melantak nasi dagang... Belum kira meratah Almond London..

MamaFami - Kesiannya. Cuba lah buat kat sana...

Kuchai - Betul tu..

Fifi Fad - mmmg sedap...


Wednesday, 18-Oct-2006 13:54 Email | Share | | Bookmark
Makanan Bulan Puasa - Hari Kedua Puluh Lima

Nasi Gorengku
Hari ini, ke ke Pasar Ramadhan Taman Air Biru, Pasir Gudang. Walaupun kupergi ke tempat berlainan setiap hari, namun yang kutemui juadah yang sama saja. Lantas kukehabisan idea untuk membeli juadah apa hari ini. Nasi Ayam, Nasi Beriyani, Nasi Ambang, Nasi Kerabu, Murtabak, Air Kathira dan lain-lain lagi pernah kubeli. Mahu beli apa ya?

Akhirnya kumendapat idea! Apa kata kulakukan mix and match hari ini. Lalu kubeli Nasi Goreng dari sebuah gerai. Nasi Gorengku itu perlu berlauk, jadi kubeli Ayam Masak Merah dari gerai Nasi Beriyani. Di gerai Nasi Kerabu pula, kubeli Daging Salai dan Solok Lada. Entah apa nama Nasi Gorengku ini... mungkin Nasi Goreng Ayam Masak Merah dengan Daging Salai dan Solok Lada.. Panjangnya nama...

Rupanya ini juga entri terakhirku di bulan puasa ini. Esok sudah kumahu balik kampung. Ini juga Ramadhan terakhir buatku di Johor Bahru ini. Tahun depan akan kuditukarkan ke KL. Jadinya petang tadi tadi adalah iftarku terakhir di JB, terawihku tadi adalah terakhir.... Sedihnya selepas empat tahun lebih pelbagai suka duka pengalamanku di sini... Harapnya kudapat datang lagi ke sini di bulan puasa...

Sebelum kuundur diri di bulan puasa ini, ingin kususun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin jika ada tersilap kata dan tutur buat semua teman se-fp, yang selalu memberi komen dan juga para pengunjung. Selamat Hari Raya Aidilfitri, minal aidil wal faizin. Semoga selamat segalanya buat yang memandu.



Tuesday, 17-Oct-2006 14:37 Email | Share | | Bookmark
Makanan Bulan Puasa - Hari Kedua Puluh Empat

Nasi Tomato
Kuih Cara
Hari ini ku ke Kg Melayu dengan harapan untuk membeli popia S.S. Poppiah. Namun tidak kutemu. Kelihatannya tidak lagi berjualan di situ. Seperti biasa ku memang selalu early bird. Selesai urusan kerja, terus ke pasar Ramadhan untuk mengelakkan kesesakan lalulintas. Tetapi bila terlalu awal, ada gerai yang belum dibuka. Jadinya, pilihan agak terhad.

Setelah puas memilih, akhirnya kumembeli Nasi Tomato. Sedap rasanya! Juga kubeli beberapa kuih lain termasuk Kuih Cara. Airnya - seperti biasa - Air Kathira.





Quote:
KNizam - selamat hari raya, maaf zahir batin juga. Anuar & Elina ye... teringat zaman kecik2 dulu dgr lagu ni...

Kuchai - terima kasih. Mmmg sedap Nasi Tomato tu...

Amin - salam Aidilfitri juga... Tapi edisi kuih raya dah tak sempat... lain kali kot...


Gezzeg - Salam Aidil Fitri & Maaf Zahir Batin juga. Saya juga suka kuih tat..

Zakiah - bersamalah kita di raya ini...

Fliffy - saya balik Trg. Nanti bolehlah singgah Kuantan.. Sampul tak ada, duit ada...


Saturday, 14-Oct-2006 15:19 Email | Share | | Bookmark
Makanan Bulan Puasa - Hari Kedua Puluh Satu

Aneka kuih
Kuih
Dan kuih...
Hari ini, kupersembahkan kuih-muih. Tidak kutahu apa namanya. Yang kutahu hanyalah kuih cara dan kuih gulung...





Quote:
eF - Yg purple tu kuih lompang.

Elin - biasalah. Kalau ada depan mata, tak rasa apa2 tapi bila takde, barulah teringin...

KNizam - tak jugak, ada hari yg miss...

Kuchai -


Thursday, 12-Oct-2006 15:53 Email | Share | | Bookmark
Makanan Bulan Puasa - Hari Kesembilan Belas

Suasana restoran di tepi sungai
Pandangan ke arah restoran
Poyo je muka - nunggu org bagi ikan,,,
View all 10 photos...
Hari ini, ku ke Melaka atas urusan kerja. Untuk berbuka puasa, ku ke Gerai Ikan Bakar Alai. Kalau pergi ke Melaka, memang tidak sah jika tidak menikmati rangkaian makanan lautnya. Ramai orang ke Umbai namun bagiku terasa ada kekurangan dari segi kualiti hidangannya di sana.

Ada yang ke Muara Sungai Duyong yang lokasinya hampir dengan Bandar Melaka. Tempat ini popular baru-baru ini kerana rombongan AF4 pergi ke sana. Namun harganya agak tinggi sedikit.

Bagiku, di Alai adalah tempat terbaik pernah kupergi. Makanannya sedap. Lagipula, Pakcik tauke itu selalu memberi diskaun untuk pelanggannya. Ada satu lagi berhampiran jeti ke Pulau Besar namun itu agak jauh, menghala ke Muar. Pernah kucuba pergi sendiri namun kesesatan. Pun begitu, makanannya boleh tahan.













Quote:
Za+za - terima kasih. Saja nak berkongsi maklumat tentang makanan best2...

Cipoi - kenapa sampai satu famili tak sahur tu...?

Rossya - tempat ni mmg saya recommend

Ishzah - mmg sedap nasi lemak bungkus tu. Lebih lg makan dgn seafood tu

Korok -

KNizam - sy pernah makan siput sepahat tu tapi ari tu sakit perut. Tak tau lah kalau sbb sepahat tu...

Zakiah - sobar, sobar...

S@BRiN@ - mmg famous. Kalau weekend atau cuti sekolah, sure full. Kerang tu mmg sedap esp dibakar.

Fliffy - jgnlah merana... Nanti bawak gi sana OK...


[<<  <  12  13  14  15  16  17  18  [19]  20  21  22  23  24  25  26  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net