Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  13  14  15  16  17  18  19  [20]  21  22  23  24  25  26  27  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 11-Oct-2006 14:27 Email | Share | | Bookmark
Makanan Bulan Puasa - Hari Kelapan Belas

Stik daging dan ayam BBQ.
Nasi Bohari dengan sotong, udang dan ikan bilis.
Dessert - kuih bulan, kek dan tat kurma.
Hari ini pula ke Hyatt JB. Orang belanja lagi. Walau bagaimanapun, tahun ini rasa juadahnya kurang sedap. Tidak seperti tahun-tahun lepas. Kelihatannya meja yang disediakan agak kurang. Scale down agaknya.

Malam ini mungkin malam malangku. Keesokannya kusakit perut. Mungkin juga sebab makanan di sini dan mungkin juga disebabkan Rojak Asma yang kubeli di Stadium Larkin sebelum ke Hyatt. Rojak itu tidak habis kumakan. Separuh kubuang.







Quote:
Steve - sure, I do! Come over here...

Rossya - boleh...

d/u/s/y/u/m - mmg best!

Fariborz - sure cool..

Ishzah - sabar...

Daniel Zain - Wslm. Thanks for the invitation.

KNizam - mmg over crowded kat sini. "Orang tak berkaitan" pun sibuk duk berebut makanan...


Tuesday, 10-Oct-2006 13:52 Email | Share | | Bookmark
Makanan Bulan Puasa - Hari Ketujuh Belas

BBQ time...
Melahap udang...
Dessert time...
Hari ini kudapat makan free. Ada orang belanja di Hotel Mutiara, JB. Juadah di sini boleh tahan rasanya dan harganya juga tidak terlalu mahal. Bila pergi buffet, habislah diet...

Dalam pada itu, penat juga mengambil gambar tanpa tripod ini. Dengan kamera cikaiku ini, gambar selalu blur. Jadi harus kuambil gambar banyak-banyak. Dalam lima keping, ada satu yang menjadi... Nak bawa tripod, kan mengganggu orang yang nak buka puasa pula. Ku yang asyik mengambil gambar tanpa tripod pun sudah menarik perhatian ramai. Tak tahulah apa orang sebelah tu fikir, Mamat ni nak buka puasa ke nak ambil gambar..?

Gambar 1 - BBQ - (ikut pusingan jam) sate ayam, sotong, kuetiaw, daging kambing dan daging rusa.

Gambar 2 - Nasi campur dengan udang goreng butter, sambal kacang goreng, kailan dan keropok.

Gambar 3 - Dessert - cheese cake dan chocolate cake







Quote:
MamaFami, Ishzah, Muhamatzaidi - mmmg sedap...

Rossya - mmg saya recommend tmpt ni. Sedap. Cuma kena dtg awal, parking selalu penuh. Kalau tak, parking kat Holiday Plaza ler..

Aliza - sama-sama

~F&Z~ - udang goreng butter...

Knizam - a ah, mmg tak pakai flash. Kalau pakai, gambar tak cantik.


Monday, 9-Oct-2006 14:42 Email | Share | | Bookmark
Makanan Bulan Puasa - Hari Keenam Belas

Nasi Beriani
Murtabak
Ayam Percik
Disebabkan semalam di SMart banyak pilihan juadah, kupergi ke sana lagi hari ini. Kumahu keluar awal supaya tidak kesesakan lalulintas nanti. Jam 4 sudah kukeluar, dengan alasan mahu menghantar kurier, dan selepas itu terus melencong ke sana.

Hari ini, juadahnya Nasi Beriani (kurasa ini bukan jenis gam). Juga kubeli ialah Murtabak yang sangat kucari-cari iaitu Murtabak yang disediakan dengan kuah bawang. Di Johor sukar dicari jenis ini kerana Murtabak selalu disediakan dengan kuah dal atau kari. Kadang-kadang terasa makan Murbatak bak makan Roti Canai saja.

Dek tergoda oleh bau ayam yang dibakar menusuk hidung, ditambah lagi warnanya yang kemerah-merahan, kumembeli lagi Ayam Percik hari ini... He he...







Quote:
Gezzeg - Jomlah turun Johor..

By-xura, Omaq - mmmg meleleh.. sejak kali pertama lihat di gerai yg jual tu lg...

Fliffy - kesian... Dulu masa saya pergi Kuantan selalu juga nampak Murtabak Mengkasar ni. Boleh tahan saiz dia...

Cipoi - tak sama. Yg ni lain... Cuma menu sama kot...

Takteh - Takkan dah tak daya kot...

Elin - murtabak isi sayur best jugak tu... Vege... tapi bab goreng minyak penuh sy pun tak setuju. Mesti melekit minyak dia...

Mommy_d&d - oh satu kelainan - kuah putih..


Sunday, 8-Oct-2006 10:29 Email | Share | | Bookmark
Makanan Bulan Puasa - Hari Kelima Belas

Nasi Dagang
Satar
Ayam Percik Kelantan
View all 4 photos...
Tadi lepas meredah crowd di Jusco Tebrau City, ku ke Pasar Ramadhan SMart, berhampiran Carrefour di Pandan. Rupanya, banyak juga pilihan di sini. Ada macam-macam juadah termasuk yang berasal dari Pantai Timur. Ku pula tidak pernah merasa lagi makanan dari Pantai Timur di bulan puasa ini.

Lalu kubeli Nasi Dagang berlaukkan Ikan Aya (Tongkol), Ayam Percik Kelantan seperti yang pernah kulihat di sini, Satar dan Popia Basah. Rasanya boleh tahan tapi tak sehebat rasa asli di Pantai Timur. Teringatku Satar di Kuala Kemaman (takak ikang di Kuale Kemamang...) yang kaya dgn rasa ikan . Popianya pula so-so saja. 11 malam sudah basi... Ini nak kena cari Popia S.S.Popiah asal Ipoh yang ada dijual di Kg. Melayu...









Quote:
Fliffy - tak sedap sgt tp boleh tahan...

Cibilzsonic, Arep, Nunu, Mynn - makanan2 ni mmg sedap (tp mungkin yg di Pantai Timur je kot...)

MamaFami - cari jgn tak cari.. Tapi Mama tak nak try buat ke...?

Rossya - Ayam Percik sini mmg sedap. Trylah Ayam Percik Kelantan, kat JB boleh jumpa.

Tuah - sy bukannya asal sini tp dah duduk lama kat sini. Kira org johor lah tu...
Kalau dtg sini, mesejlah saya..

Elin - buat jgn tak buat. Teringat plak Makcik Nasi Dagang kepala ikang kat Chendering tu.. Apa kabar makcik?

Ciksue - baguslah, makanan pun boleh mengubat rindu...


Saturday, 7-Oct-2006 03:19 Email | Share | | Bookmark
Makanan Bulan Puasa - Hari Keempat Belas

Ayam Percik
Air Kathira
Dah beberapa hari kumelihat gerai-gerai Ramadhan berderetan di Rosmerah. Mungkin perlu kucuba lihat kalau ada apa-apa yang menarik di sana. Jadi hari ini ku ke sana. Kukeluar awal sedikit supaya tidak ramai orang di sana nanti. Lagipun, hari ini hari Sabtu, telah ku"berhibernasi" sejak pagi tadi lagi. Perlu juga badanku disimbahi cahaya matahari.

Apabila sampai di sana, kudapati pilihan agak terhad. Banyak makanan yang diprasedia dijual. Agak kurang yang segar baru dimasak. Antara yang ada ialah Ayam Percik. Sedap rasanya. Juga dijual di kedai itu adalah Air Kathira.





Quote:
Mazrul, Cipoi, Ishzah, Mynn, Phalinn, Red, Za+za, - Ayam ni mmmg sedap dan juicy!

Fliffy, Kuchai - ntah sy pun tak tahu, yg tahu minum je , Anyway, boleh tgk kat fp Ishzah yg tunjuk cara buat air kathira: http://ishzah.fotopages.com/?entry=933926

Rossya - awk org Singapura rupanya. Rosmerah kat Johor Jaya. Actually makanan kat JB dgn S'pura l/k sama je. Cuma Kathira kat sini ada satu kaler je - hijau muda

KNizam - boleh...

Azmanshah, Aduka J - harap2 boleh update smpai akhir posa dan terjumpa menu2 baru..

Amin - cari jgn tak cari...

Gezzeg - he he.. sabar...


[<<  <  13  14  15  16  17  18  19  [20]  21  22  23  24  25  26  27  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net