Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 12-Dec-2008 00:50 Email | Share | | Bookmark
Sarawak Trip Part I - Sungai Rajang

Pemandangan kawasan Endau-Rompin sewaktu perjalanan
Sungai Rajang mula kelihatan
Sungai yang berlengkang-lengkuk dan beranak pinak
View all 8 photos...
22 Julai 2008, KL-Sibu

Dalam banyak-banyak negeri di Malaysia, ada satu lagi negeri yang tak pernah aku jejak walaupun aku sudah ke luar negara iaitu Sarawak. Entahlah, mungkin tiada peluang ataupun tiada tarikan utama yang mampu membawa aku ke sana.

Hari itu, aku mendapat tahu yang aku kena pergi ke Sarawak. Teruja habis! Destinasi pertama ialah ke Sibu dan seterusnya ke Kuching.

Kalau sebut Sibu di depan kawanku yang tinggal di Sarawak, tempat ini bukanlah menarik sangat. Bukan apa, susah nak cari makanan halal di sini. Majoriti orang di sini ialah orang Iban dan orang Cina Foochow. Adalah sikit-sikit orang Islam seperti Melayu dan Melanau.

Sibu terletak di tebing sungai yang terpanjang di Malaysia iaitu Sungai Rajang. Pemandangan sewaktu sebelum sampai ke lapangan terbang sangat menarik. Sungai-sungai yang berlengkang-lengkuk yang dikelilingi hujan menghijau sangat cantik. Di sesetengah tempat nampak ada jeti untuk membawa balak melalui sungai, sesuai dengan hasil ekonomi utama.


Pemandangan kawasan Endau-Rompin sewaktu perjalanan


Sungai Rajang mula kelihatan


Sungai yang berlengkang-lengkuk dan beranak pinak


Sungai yang kuning dan kehijauan alam


Sebuah jeti balak


Pandangan lebih dekat sebuah jeti balak


Menghampiri bandar Sibu


Bandar Sibu dan Sungai Rajangnya


Friday, 5-Dec-2008 15:40 Email | Share | | Bookmark
Bandung Trip Part IX

Pandangan selepas pintu masuk di Kampung Daun
Air terjun di Kampung Daun
Laluan ke pondok-pondok makan di Kampung Daun
View all 8 photos...
Setelah turun dari puncak Tangkuban Parahu, pemandu teksi itu membawa kami ke Kampung Daun pula. Sebelum ke sana, kami berhenti sebentar di sebuah kawasan perhentian bas pelancong yang di sana ada sebuah kedai cenderahati. Apabila melihat tanda harga di situ, ternyata harganya jauh lebih murah daripada yang di atas puncak tadi. Pun begitu, kami tak terfikir pula untuk membeli kerana dah banyak cenderahati yang dibeli di kota Bandung.

Setelah melalui beberapa simpang sebelum ke Kampung Daun, kami melalui kawasan yang boleh dikatakan mewah di Indonesia. Banyak banglo didirikan di sini dan ada yang dimiliki oleh orang Malaysia. Tanahnya agak luas. Mungkin kebanyakannya dimiliki oleh orang-orang kaya Jakarta yang selalu datang bercuti ke Bandung.

Setelah beberapa minit, kami sampai ke Kampung Daun. Kampung Daun bukanlah sebuah kampung seperti yang ada di Malaysia. Kampung Daun merujuk kepada sebuah tempat makan yang agak besar kawasannya.

Apabila kami sampai, seorang pelayan di situ menyambut kami dan seterusnya membawa kami masuk. Suasana di sini sungguh tenang dan mendamaikan. Terdapat satu laluan pejalan kaki dan di kiri kanan laluan tersebut didirikan pondok-pondok untuk menjamu selera. Di setiap pondok ada beberapa lampu yang tidak berapa terang tetapi tidak pula malap yang mampu menaikkan suasana romantik. Juga terdapat sentuhan lembut langsir-langsir putih yang bergantungan di tepi-tepi pondok.

Para pelanggan makan dengan duduk bersila atau bersimpuh di sini. Ala-ala Jepun gitu. Disediakan juga bantal-bantal untuk bersandar dan juga tilam nipis buat menghilangkan lenguh di kaki. Kalau dah kenyang nanti, boleh tertidur di sini..

Di sesetengah pondok, ada anak sungai mengalir di bawahnya dan di tempat-tempat tertentu ada air terjun kecil. Terasa nyaman di sini dengan suasana sejuk dari air sungai tersebut di samping rimbunan hijau pokok-pokok. Bunyi air sungai yang mengalir itu umpama halwa telinga buat kami menghilangkan penat setelah berjalan jauh.

Menu-menu di sini agak standard berbanding dengan menu-menu di restoran-restoran Indonesia, hatta yang ada di Malaysia sekalipun. Aku memesan masakan kegemaranku iaitu ikan Gurame goreng yang dibelah dan setelah digoreng bentuknya macam kipas itu. Airen yang tak makan ikan air tawar pun berkata sedap ikan tu..
Gurame adalah ikan emas yang berwarna hitam. Ha ha.. orang kita tak tergamak makan ikan emas tu.. Tapi yang ini lain.. Ada juga menu Kangkung Balacan. Ini masakan Malaysia ni, dah sampai ke Indonesia...? Belacan dieja balacan.. Loghat Sunda ke ni?

Dapur masakan bukanlah berpusat (centralised) tetapi ada di merata-rata antara pondok-pondok tersebut. Ada yang bakar ikan, ada yang masak ayam dan ada juga yang masak makanan ringan untuk kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, rasa masakan di sini bukanlah hebat sangat. Harganya pun agak mahal macam makan di KL. Pun begitu, suasana yang membuatkan Kampung Daun unik daripada yang lain. Kalau dah ke Bandung tu, bolehlah datang ke sini sekadar untuk pengalaman, dah alang-alang datang jauh tu..

Kalau ikutkan kami, mahu kami duduk lama lagi di sini sambil melepak duduk di tilam dan bantal empuk di pondok tu. Tapi kerana kesiankan pemandu teksi yang menunggu lama, kami pulang dulu. Nanti nak cari hotel (bajet) lagi untuk menginap malam nanti.

Adios Bandung. Tamatlah cerita Bandung...

p/s: Malamnya kami dapat mencari hotel, malah lebih murah daripada yang sebelum ini..


Pandangan selepas pintu masuk di Kampung Daun


Air terjun di Kampung Daun


Laluan ke pondok-pondok makan di Kampung Daun


Lagi air terjun di Kampung Daun


Sebuah pondok di Kampung Daun


Sebuah pondok yang terletak bersebelahan air terjun


Pondok yang kami duduk makan di Kampung Daun


Pandangan dari dalam pondok di Kampung Daun


Thursday, 27-Nov-2008 11:09 Email | Share | | Bookmark
Bandung Trip Part VIII

Deretan kenderaan pengunjung di Tangkuban Parahu
Kabus di puncak Tangkuban Parahu
Kawah gunung berapi di Tangkuban Parahu
View all 19 photos...
Setelah puas beraktiviti di Sari Ater Hotspring Resort, kami daftar keluar dari hotel. Teksi yang membawa kami ke sini sudah awal-awal lagi sampai. Sebelum balik, aku 'menembak' beberapa shot yang tak sempat nak ambil sebelum ni..

Seperti yang telah dirancang dengan pemandu teksi itu, destinasi kami seterusnya adalah ke kawah gunung berapi yang sudah tidak aktif iaitu Tangkuban Parahu. Perjalanan turun lebih cepat daripada perjalanan naik. Jalan pun lebih lengang.

Sampai di suatu simpang, kami mula masuk ke jalan ke puncak Tangkuban Parahu. Perjalanan mendaki agak mencabar kerana banyak lopak di jalan. Hmm lantaklah, nasib baik bukan kereta sendiri.. Biasalah di Indonesia ni, dulu di Jogja, supir atau pemandu di situ selalu mengeluh ini adalah kesan korupsi. Malaysia tak, Malaysia maju.. Hmmm ye ke?

Di sebelah kiri kanan jalan, daun-daun pohon di hutan mula bertukar mengecil dan pokok bertambah renek, tanda kedudukan semakin tinggi. Cuaca pun semakin lama semakin dingin. Aku suruh pemandu teksi tu buka saja tingkap. Pakai aircond 'original'. Sesekali terpaksa pula tekup hidung apabila berselisih dengan van atau bas.. Hmmm

Sedang kami mendaki naik dengan teksi, kami lihat ramai orang, kebanyakannya budak-budak sekolah berjalan kaki naik ke atas. Kalau kami, 'masak' tu.. Tentu capek dong! Rupanya bas rombongan mereka itu tidak dibenarkan naik ke atas. Ada satu tempat untuk meletak bas dan semua bas mesti berhenti di situ. Bertanyakan pemandu teksi, dia berkata jalan ke atas agak sempit dan di puncak nanti, kawasan parking terhad. Kenderaan berat juga boleh menyebabkan jalan rosak seperti di bawah tadi. Jadi, kenderaan berat tidak dibenarkan naik.

Sampai di sana, kelihatan ramai orang di puncak yang diseliputi kabus dan dingin itu. Sekarang pula cuti sekolah, jadi ramailah yang ke sana. Jauh di bawah, nampaklah kawah yang sangat besar itu. Ada sedikit gas putih kekuningan keluar sedikit di hujung kawah itu. Namun tidaklah bahaya di atas ini. Kalau dekat memang berbau ammonia, macam bau hancing dan boleh pengsan kalau terhidu gas ni. Di Jogja dulu, memang pergi dekat habis. Nampak kawah menggelegak. Hiyyy...

Satu perkara yang tak best di Indonesia ialah semua orang mahu cari makan. Sang pramuwisata (ha ha...!) atau pemandu pelancong mahu mencari pelanggan. Aku buat tak kisah je. Malas nak layan. Dalam malas nak layan, aku dengar juga apa yang dia kata. Tangkuban Parahu itu berasal dari bentuk puncak di situ yang seakan-akan perahu. Jadi, dari situ namanya menjadi Tangkuban Parahu.

Ada kemudahan asas di sini seperti tandas, surau, kantin, menara peninjau dan juga gerai-gerai cenderahati. Barang-barang di sini memang mahal kalau dibandingkan dengan yang di bawah. Aku beli la satu topi dengan skaf buat kenang-kenangan walaupun mahal.. isk.. isk..

Setelah puas di situ, kami pun turun. Perut dah lapar ni. Jadi, destinasi kami seterusnya ialah Kampung Daun. Satu menu di situ adalah Kangkung Sambal Balacan.. Tunggu..


Deretan kenderaan pengunjung di Tangkuban Parahu


Kabus di puncak Tangkuban Parahu


Kawah gunung berapi di Tangkuban Parahu


Lagi gambar kawah Tangkuban Parahu


Gas keluar dari kawah di Tangkuban Parahu


Besarnya kawah gunung berapi berbanding saiz manusia...


Pagar daripada batang pokok yang cantik dan unik


Kawah dari celahan pagar kayu


Kawah, gas, orang dan barisan gerai di Tangkuban Parahu


Salah satu kawasan meninjau di Tangkuban Parahu


Informasi tentang Tangkuban Parahu


Pengunjung lalu lalang di celahan gerai di Tangkuban Parahu


Papan tanda Tangkuban Parahu (itu bukan kami...)


Kantin Tangkuban Parahu


Surau di Tangkuban Parahu


Siar kaki di Tangkuban Parahu


Tempat letak motosikal di Tangkuban Parahu


Panorama Tangkuban Parahu


Lagi panorama Tangkuban Parahu


Thursday, 20-Nov-2008 15:24 Email | Share | | Bookmark
Bandung Trip Part VII

Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Sari Ater
Aktiviti panjat tembok
Aktiviti berkuda
View all 13 photos...
Pagi itu selepas sarapan, apa lagi, kami pergi ke kolam air panas itulah! Kami rasa sudah awal tapi sudah agak ramai orang di situ. Orang Indonesia rupanya memang hari mereka bermula awal.

Kami sampai ke sana tapi aku terlupa pulak nak bawa goggle. Lalu aku balik bilik dulu berkeseorangan. Sampai saja di sana aku lihat Airen steady saja masuk dalam kolam panas itu. Aku pula terjengket-jengket kaki apabila menyentuh air panas itu. Tak tahan aku! Di sebelah aku pula ada beberapa budak kecil sudah pun berendam dalam air itu. Malulah aku macam ini. Aku cuba duduk tapi panas pula punggung ini.. Akhirnya dapat juga merendamkan badan.. Taktiknya, turun perlahan-lahan.. Memang rasa sensasi apabila di dalam suhu yang agak dingin, badan kita mula terasa panas air gunung berapi.. Setelah lama, aku cuba berenang tetapi memang cepat penat. Mungkin kerana air yang panas dan juga mungkin udara yang tipis di tanah tinggi.

Setelah puas berendam, kami balik bilik. Bilas badan dulu. Selepas itu kami ke kebun strawberi pula. Nak petik strawberi ala-ala Cameron Highlands hari itu. Rupanya percutian kami semuanya ala-ala tanah tinggi berhawa dingin..

Di sini, kebun strawberi ditanam di dalam karung guni yang diisi tanah dan diletak di atas tanah. Buah yang besar dan ranum merah nampak berjuntai di tepi-tepi karung itu. Tak macam di Cameron Highlands semua pokok strawberi ditanam di atas para. Di sini, gunting diberikan buat memetik buah strawberi. Sewaktu kami petik strawberi itu, matahari sudah hampir tegak dan terik. Lain pulak rasanya petik buah strwaberi di bawah terik mentari. Nasib baik ada disediakan topi..

Nantikan entri seterusnya berkenaan lawatan ke gunung berapi dan romantik habis makan di Kampung Daun..


Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Sari Ater


Aktiviti panjat tembok


Aktiviti berkuda


Banyak kuda untuk ditunggang


Aktiviti zirafah?


Main bola pun boleh di Sari Ater...


Replika buah strawberi


Banner kebun strawberi


Jambatan buluh ke kebun strawberi


Kebun strawberi petik sendiri


Rupa kebun strawberi


Buka 8 pagi hingga 4 petang


Jus strawberi juga ada dijual

Quote:
Terima kasih buat semua yang telah komen. Kalau yang berkesempatan ke Bandung, memang saya rekemen habis tempat ini.

Azue - samala.. masam jugak..
CT - zirafah tu patung la.. he he..
Ziyyad - delman tu kereta kuda beroda dua.. (rujuk Kamus Dewan ni ha.. ) tapi yg ni ni setahu saya - wisata tu melancong, wisatawan - pelancong, pramuwisata - pemandu pelancong, pariwisata - pelancongan e.g. menteri pariwisata - menteri pelancongan..


Monday, 17-Nov-2008 09:37 Email | Share | | Bookmark
Bandung Trip Part VI

Pemandangan sewaktu naik ke Ciater
Hutan pain mula kelihatan sewaktu mendaki ke Ciater
Pintu masuk ke Sari Ater Hotspring Resort
View all 14 photos...
Setelah bersetuju dengan pemandu teksi itu, waktu itu juga kami terus bertolak ke Ciater. Katanya bakal mengambil lebih kurang satu jam. Sewaktu keluar dari kota Bandung, perjalanan mula mendaki bukit. Semakin terasa kedinginan udara di luar. Di Bandung sendiri memang sudah pun tanah tinggi, ini malah lebih tinggi. Sesekali terjumpa pekan-pekan kecil di tepi jalan. Semakin naik ke atas semakin banyak pokok-pokok teh ditanam.

Ciater ini umpama ke Cameron Highlandslah - udara dingin, ada pokok teh, strawberi tetapi ada satu keunikan iaitu hotspring atau air panas. Sebelum sampai ke Ciater, sebenarnya ada sebuah gunung berapi yang sudah tidak aktif yang dinamakan Tangkuban Parahu (nantikan entri seterusnya!).

Kami sampai di Ciater sudah agak petang. Ada banyak chalet murah di Ciater namun harus bayar lagi untuk ke kawasan rekreasi air panas yang terletak di Sari Ater Hotspring Resort. Jadi, cara terbaik dan lebih selesa sebenarnya walaupun bayar lebih sedikit ialah menginap terus di Sari Ater Hotspring Resort. Namun tidaklah mahal sangat dengan duit kita iaitu sekitar RM140 semalam untuk waktu hari bekerja. Hari minggu harganya lebih mahal.

Pelbagai aktiviti boleh diadakan di sini. Kira di sini sesuai untuk aktiviti-aktiviti team building. Yang paling menarik di sini adalah kolam air panas. Ada beberapa kolam disediakan untuk pengunjung di sini. Air panas itu berasal dari bawah tanah dan kalau mandi itu masih terasa belerangnya. Air ini bagus untuk penyakit kulit. Gatal kat perut aku sebab kulit menggelupas selalu duduk dalam aircond pun boleh baik.. Air panas ini juga disalurkan ke bilik-bilik air chalet. Jadi, tak perlulah pihak resort nak kena panaskan air macam hotel-hotel biasa tu..

Sila tunggu entri seterusnya untuk gambar-gambar aktiviti lain.


Pemandangan sewaktu naik ke Ciater


Hutan pain mula kelihatan sewaktu mendaki ke Ciater


Pintu masuk ke Sari Ater Hotspring Resort


Antara kemudahan di Sari Ater. Sepeda = basikal.


Unit kecemasan dan gerai ole-ole di Sari Ater


Masjid di Sari Ater Hotspring Resort


Jenis chalet yang kami sewa - chalet berasaskan rumah tradisional etnik Indonesia


Chalet yang kami inap


Kolam air panas di Sari Ater Hotspring Resort


Analisis kimia air panas di Ciater


Air terjun panas di Ciater


Bangunan Restoran Kimannis


Sarapan pagi di Restoran Kimannis


Antara juadah pagi di Restoran Kimannis


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net