Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  14  15  16  17  18  19  20  [21]  22  23  24  25  26  27  28  >  >>]    [Archive]
Friday, 6-Oct-2006 12:04 Email | Share | | Bookmark
Makanan Bulan Puasa - Hari Ketiga Belas

Ikan Keli Masak Lemak
Nasi putih dengan kacang buncis, sayur goreng dan begedil
Hari ini, ku ke Pasir Gudang dengan harapan dapat membeli Nasi Ambang seperti tahun lepas, namun rupanya penjual itu tidak berniaga di situ lagi. Tidak tahu ke mana dia. Tempatnya digantikan oleh orang lain yang menjual kuih-muih.

Tiada pilihan, kubeli lagi Ikan Keli Masak Lemak yang pernah kubeli kelmarin. Sedap juga rasanya dan sebab itulah kubeli sekali lagi. Juga kubeli sayur kacang buncis, sayur goreng dan begedil. Kubeli lebih sikit supaya dapat disimpan untuk sahur nanti






Tuesday, 3-Oct-2006 22:11 Email | Share | | Bookmark
Makanan Bulan Puasa - Hari Kesepuluh

Roti Jala
Kari Ayam
Murah rezeki lagi hari ini. Alhamdulillah. Memang kubercadang untuk tidak membeli di luar hari ini kerana kumahu berbuka ala kadar saja. Cukup dengan kurma dan air. Ironinya, berat badanku menaik di bulan puasa ini, bukannya menurun! Bagaimana untuk menzahirkan six pack kalau begini?

Sedang kumenaip di papan kekunci, anak jiranku memberi salam. Hari ini dia membawa Roti Jala dengan Kari Ayam. Hmm, dapat juga kumerasa Roti Jala. Agaknya jiranku membalas muffin yang kuberikan kepadanya semalam. Sebenarnya kutakut muffinku itu tumbuh kulat lalu terbazir begitu saja (jangan beritahu jiranku... ). Kumembelinya di Jusco Tebrau City hujung minggu lepas namun tidak kuhabis makan kerana banyak sangat yang kubeli di sana.





Monday, 2-Oct-2006 11:24 Email | Share | | Bookmark
Makanan Bulan Puasa - Hari Kesembilan

Nasi Kerabu
Air Kathira
Kuih apa ni?
Hari ini selepas ke PTP (lihat foto PTP teman kita ini), kumelencong ke Stadium Larkin sebentar. Kumahu ke bazar Ramadhan di sana. Sudah lama kumengidam Nasi Kerabu Tepi Mahkamah, Air Kathira Abu Bakar dan Rojak Asma yang dijual di sana. Sebelum ini, tidak kuberkesempatan untuk ke sana. Kalau tiada tujuan, tidak kumahu ke sana kerana memikirkan kesesakan lalulintas yang bakal kuhadapi.

Selepas memarkir keretaku, detinasi pertama ialah Nasi Kerabu Tepi Mahkamah. Namun setelah kuberjalan agak lama, tidak kutemui kedai itu. Adakah sudah berubah tempat atau sudah ditutup? Kucari klu lain iaitu asap yang banyak dari tempat pembakaran ayam dan daging kedai itu.

Akhirnya kutemui satu kedai yang membakar ayam dan daging tetapi asapnya agak kurang. Mungkin asapnya kurang kerana masih kurang ayam dan daging yang dibakar ataupun masa jerebu begini semua tempat berasap dan asapnya tidak jelas... Masih kusangsi ini tempatnya kerana nama gerai itu adalah Warung Sup Abah. Mungkin ini bukan tempatnya. Kutenung menu yang tertera - Nasi Kerabu Special. Terdengar pula brader di sebelahku kecek Klate. Hmm, sah inilah tempatnya! Hanya nama yang bertukar.

Kumembeli Nasi Kerabu Special iaitu nasi kerabu yang disediakan dengan ayam dan daging bakar. Setelah itu, kubeli juga Air Kathira. Yang ini bukan Air Kathira Abu Bakar seperti tahun lepas, yang kukira harganya naik selaras dengan minyak walaupun ini adalah air, tetapi ini lain kerana harganya RM2. Air Kathira Abu Bakar berharga RM2.50 tahun lepas. Juga kubeli satu kuih yang selalu kubeli di kedai Bai. Mungkin yang tahu boleh tolong berikan namanya. Rojak Asma kubeli lain kali saja...

Rujuk pos tahun lepas berkenaan Nasi Kerabu dan Air Kathira







Saturday, 30-Sep-2006 18:06 Email | Share | | Bookmark
Makanan Bulan Puasa - Hari Ketujuh (Rezeki Lagi)

Kuih Keria
Hari ini sudah kusembuh dari "penyakit zombi". Selepas "pekena" Nasi Lemak semalam, terasa segar tubuhku. Ini disegarkan lagi dengan tidur sampai jam 11 pagi tadi setelah terlepas sahur (hish...) dan Nasi Goreng yang kubeli sebelum tidur malam tadi pula terbiar di dapur. Hanya setelah pagi kumasukkan Nasi Goreng itu ke peti sejuk.

Kononnya kumahu panaskan Nasi Goreng itu untuk dijadikan makanan berbuka namun nasi itu sudah agak masam! Kucari bahagian yang tidak masam kerana kufikir yang masam itu dari sambal belacan yang diletakkan ke dalam nasi itu. Tidak kumahu kukeracunan makanan nanti. Akhirnya kenyang juga - kerana kuminum banyak air.

Sebenarnya jam 5.30 tadi, anak jiranku datang mengetuk pintu rumahku sedang enak kudibuai mimpi (tidur lagi...) Ah, rezeki lagi! Anak jiranku itu memberi beberapa biji kuih keria. Masih panas lagi dan isinya sangat lembut. Ini jiranku yang berlainan dari yang semalam. Yang ini di sebelah kanan manakala yang semalam di sebelah kiri. Murah rezekiku di bulan yang mulia ini. Alhamdulillah...



Friday, 29-Sep-2006 13:27 Email | Share | | Bookmark
Makanan Bulan Puasa - Hari Keenam (Rezeki)

Nasi Lemak
Karipap
Hari ini kurasa bagai zombi. Pertimbangan fikiranku seolah-olah tidak betul gara-gara sudah beberapa hari tidak cukup tidur. Kumasih dengan tabiat lama iaitu tidur lambat dan di bulan puasa sebegini bangun seawal empat pagi untuk sahur.

Sebelum sembahyang Jumaat, kutidur dulu. Namun ketika di masjid, badanku masih terasa lemah. Lantas selepas kerja, kusambung tidur lagi. Kononnya kumahu bangkit jam enam untuk membeli makanan berbuka puasa tapi kumasih tidur. Jam enam setengah baru betul-betul kubangkit dari tidur.

Sememangnya sudah lambat, kubercadang berbuka dengan kurma dan air masak saja. Selepas Maghrib baru pergi ke kedai makan. Sedang kupanaskan air, anak jiranku datang mengetuk pintu. Alhamdulillah, rezeki datang kepadaku. Pastinya waktu-waktu begini jiranku datang bersedekah makanan. Memang benar kerana anaknya membawa sebungkus Nasi Lemak dan beberapa biji karipap.

Syukur, kutersenyum kerana di bulan mulia ini datang kejutan yang menggembirakan.



[<<  <  14  15  16  17  18  19  20  [21]  22  23  24  25  26  27  28  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net