Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  16  17  18  19  20  21  22  [23]  24  25  26  27  28  29  30  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 4-Jul-2006 15:28 Email | Share | | Bookmark
Hotel Maya

Nice bed and chair.
Entertainment set and working desk.
Sliding desk with complimentary Internet access.
View all 24 photos...
Koleksi gambar di Hotel Maya, Jalan Ampang, KL. Hotel ini terletak bersebelahan Wisma Selangor Dredging dan berhadapan dengan Menara BSN.

Baru saja diubahsuai, rekaan dalaman sungguh kontemporari dan yang paling menarik, bilik air dan tandas hanya berdindingkan kaca sahaja. Namun, usah risau, ada langsir yang boleh menutup dinding itu. Lockbox juga unik kerana ada disediakan plag di dalamnya. Boleh mengecaj laptop atau telefon bimbit jika ditinggal di dalamnya.

Di samping itu, ada akses jalur lebar Internet percuma - sama ada wired atau wireless yang kata laluannya boleh diperolehi semasa sambungan wired digunakan. Sarapan pagi juga tidak kurang enaknya. Roti, kek, buah-buahan dan yogurt disediakan secara buffet manakala menu sarapan ala American ataupun Continental dan juga masakan tempatan disediakan secara hidang. Namun boleh dipesan banyak kali selagi termampu. Kegemaranku adalah Nasi Goreng.













Tuesday, 23-May-2006 12:31 Email | Share | | Bookmark
Lawatan Ke Indonesia - Hari Ketujuh - Uluwatu

Mentari berlabuh pulang di Uluwatu
Senja bersama alunan ombak
Ombak memecah di kaki bukit
View all 11 photos...
Setelah ke Pasar Sukawati pada sebelah pagi, kupergi ke Uluwatu pula di sebelah petang. Suasana senja di Uluwatu sungguh mengasyikkan. Sebelum pulang, kusaksikan persembahan tarian Kecak.

Untuk cerita lanjut, sila ke sini.







Sunday, 21-May-2006 01:17 Email | Share | | Bookmark
Lawatan Ke Indonesia - Hari Keenam - Tanah Lot

Pura Tanah Lot
Penganut Hindu sesudah bersembahyang
Pandangan kebiruan di Tanah Lot
View all 21 photos...
Hari pertama ku di Bali. Teruja kerana ini kali pertama ke Pulau Dewata ini. Budayanya sungguh unik. Kuberkesempatan ke Tanah Lot yang mana terdapat sebuah pura yang menjadi pulau jika air laut pasang. Di sana juga ada terdapat ular suci yang dikatakan membawa tuah jikalau sesiapa memegangnya.

Untuk kisah lanjut, sila ke sini.












Thursday, 18-May-2006 13:03 Email | Share | | Bookmark
Lawatan Ke Indonesia - Hari Kelima - Jalan Malioboro

Monumen Serangan Umum.
Pemandangan di Jalan Malioboro.
Beca - pangangkutan utama.
View all 6 photos...
Selepas ke Keraton, kami ke Jalan Malioboro. Jalan ini terkenal kerana di sinilah pusat perekonomian Jogja. Kami berjalan kaki sepanjang-panjang jalan ini. Setelah penat, kami soto ayam dan lumpia ayam. Sedap...

Untuk kisah lanjut sila ke sini.



Tuesday, 16-May-2006 11:42 Email | Share | | Bookmark
Lawatan Ke Indonesia - Hari Kelima - Keraton Ngayogyakarta

Pameran alat-alat gamelan.
Susunan gamelan.
Lambang Keraton.
View all 18 photos...
Hari ini hari terakhir di Jogja dan kami mengambil kesempatan untuk melawat ke Keraton Ngayogyakarta. Keraton ini adalah tempat kediaman Sultan Hamengku Buwono ke-X, pemerintah Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY) dan juga sebagai pusat kebudayaan Jawa. Untuk cerita lanjut sila ke sini.





[<<  <  16  17  18  19  20  21  22  [23]  24  25  26  27  28  29  30  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net