Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  17  18  19  20  21  22  23  [24]  25  26  27  28  29  30  31  >  >>]    [Archive]
Sunday, 14-May-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Wisata ke Indonesia - Hari Ketiga - Dataran Tinggi Dieng

Kompleks Candi Arjuna.
Inilah antara pusat awal agama Hindu di sini.
Bunga Sundal Malam.
View all 12 photos...
Selepas ke Borobudur, kami ke Dataran Tinggi Dieng. Jalan ke sana agak mencabar. Kami mendaki bukit dan gunung melalui jalan-jalan yang berbengkang-bengkok. Walau bagaimanapun, kepenatan berbaloi dengan pemandangan indah dan udara nyaman di Dieng. Untuk cerita selanjutnya, sila klik di sini.







Friday, 12-May-2006 05:45 Email | Share | | Bookmark
Wisata ke Indonesia - Hari Ketiga - Borobudur

Gunung Merapi yang berasap di puncaknya.
Pemandangn Borobudur dari pintu masuk.
Peraturan untuk para pengunjung.
View all 19 photos...
Hari ini, kami ke Borobudur dan seterusnya ke Dataran Tinggi Dieng. Walaupun jadual asal hendak ke Dieng dahulu, pemandu kami mencadangkan ke Borobudur dahulu kerana bimbangkan hujan yang sering berlaku di sebelah petang. Selepas di Borobudur barulah ke Dieng. Kami bernaisb baik kerana membuat keputusan tepat. Di sebelah petang, hujan lebat berlaku di Borobudur. Kalau tidak, pasti kami kehujanan seperti semalam di Prambanan.

Amati gambar-gambar berikut. Untuk kisah lanjut, sila klik di sini.










Tuesday, 9-May-2006 12:42 Email | Share | | Bookmark
Wisata ke Indonesia - Hari Kedua - Prambanan

Pandangan Prambanan dari hadapan.
Candi Prambanan - warisan dunia.
Pemandangan Prambanan yang lebih dekat.
View all 12 photos...
10 April 2006

Selepas ke Trangsan, kami ke Prambanan, salah satu candi lama di Indonesia. Candi ini dibina oleh penganut Hindu, agama anutan penduduk di sini, malah di rantau ini juga, sebelum kedatangan Islam. Candi ini terletak dekat dengan Jogja dan berada di tengah perjalanan antara Jogja ke Lapangan Terbang Adi Sucipto. Nasib kami kurang baik kerana kehujanan. Nasib baik ada disediakan khidmat menyewa payung namun masih kempunan untuk mengambil gambar. Ini saja yang berhasil.







Saturday, 6-May-2006 09:54 Email | Share | | Bookmark
Wisata ke Indonesia - Hari Kedua - Menjejak Pusat Perabot

Membajak sawah untuk tanaman padi.
Padi sudah mula masak.
Laluan kereta api yang membelah kawasan sawah.
View all 9 photos...
10 April 2006

Pada hari kedua kami menyewa sebuah van untuk mencari pusat pembuatan perabot di Desa Trangsan. Di sini, perabot diperbuat daripada rotan, batang pisang dan juga kertas! Perjalanan sungguh mengasyikkan kerana berlatarbelakangkan sawah padi yang menghijau serta suasana desa yang nyaman dan damai.







Wednesday, 3-May-2006 10:41 Email | Share | | Bookmark
Wisata ke Indonesia - Hari Pertama - Sampai ke Jogjakarta

Pemandangan sawah padi menghijau menghiasi perjalanan ke Jogja.
Kereta kuda - salah satu alat pengangkutan.
Jl. Parang Tritis - untuk ke Jl. Prawirotaman.
View all 12 photos...
9 April 2006

Dari Solo, kami ke Jogjakarta. Mahu singgah di Klaten untuk mencari perabot tapi pemandu teksi kurang arif lokasinya. Terus ke Jogja saja. Kami tinggal di Delta Homestay yang kami temui di Internet. Kami bertemu Mas Adi, pengayuh beca yang sangat informatif. Mas (Abang) Adi membawa kami ke kawasan Keraton dan Jalan Malioboro. Untuk cerita lanjut, sila klik di sini.







[<<  <  17  18  19  20  21  22  23  [24]  25  26  27  28  29  30  31  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net