Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  19  20  21  22  23  24  25  26  [27]  28  29  30  31  32  33  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 3-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Melaka - Bandaraya Bersejarah

 
Panorama sebahagian Bandaraya Melaka masakini - sebuah pelabuhan yang sibuk suatu ketika dulu yang menjadi asas sejarah moden Malaysia. Kelihatan Sungai Melaka yang dari dulu menjadi nadi kehidupan Melaka



Monday, 19-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Christmas Lamps at Orchard Road

 
 
Few snaps at Orchard Road, Singapore recently after having Chicken Rice at Chatterbox.



Saturday, 17-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Opera Sungai Singapura

 
Hmm, takde gambar nak upload. Yg ni je ada...



Saturday, 10-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Pulau Sentosa

Pandangan ke Timur.
Pandangan ke Barat.
Banyak kapal berlabuh.
View all 9 photos...
Blessing in disguise. Itulah ungkapan yang boleh dikatakan untuk perjalananku ke Singapura tempoh hari. Semua hotel utama sudah habis ditempah kerana cuti sekolah dan sebuah acara golf sedang diadakan di negeri pulau itu. Puas kami mencari hotel yang masih kosong namun tak ketemu. Akhirnya setelah memperjudikan nasib, kami mendapat bilik di Shangri-La Rasa Sentosa di Pulau Sentosa.

Dengan menaiki kereta, bayaran di adalah SG$4. SG$2 untuk bayaran masuk setiap orang manakala SG$ 2 lagi untuk bayaran masuk kereta (di sini tak ada yang percuma!).

Sampai di bilik, aku tak sabar lagi untuk indulge habis-habis. Bilikku terletak di tengah-tengah menghadap laut. Sungguh strategik. Pemandangan di sini sangat unik. Banyak kapal-kapal berlabuh sementara ke Pelabuhan Keppel yang sebahagiannya terletak di pulau bersebelahan iaitu Pulau Brani.

Di hujung sebelah Barat, kelihatan Pulau Jurong yang menempatkan kompleks petrokimia. Di tengah-tengah nampak beberapa pulau kecil yang tak berpenghuni di dalam wilayah Sungapura. Di sebelah Timur kelihatan Kepulauan Riau, Indonesia iaitu Pulau Batam dan Pulau Bintan.

Setelah waktu kerja, kufikir nak bermain bola tampar pantai atau bola sepak tapi tak ada yang bermain. Ada yang memegang bola tampar tapi main baling-baling saja. Sigh...

Lalu kuberjalan saja di tepi pantai. Ambil angin dan melihat pemandangan di situ. Rupanya kusangka panas sampai ke petang, setelah berjalan beberapa kilometer, kudapati tapak kasutku sudah diselaputi dengan minyak! Ini mesti dari kapal-kapal tersebut.

Dari jauh pantai tampak bersih tetapi jika diamati dengan dekat, ada tompokan kecil minyak bertaburan di sepanjang pantai. Kalau berjalan jarak dekat pasti tak terlekat sebegitu, tetapi aku dah berjalan jauh. Hmm potong mood betul! Memang betul kata temanku berkenaan keadaan pantai di sini sebelum ini. Yang kupelik ramai juga Mat Salleh yang mandi dan berjemur di sini. Kalau di Malaysia, tak laku pantai jenis begini. Mereka patut ke Pantai Timur Semenanjung sebenarnya...



Saturday, 29-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Menara Berkembar PETRONAS.
Lampu-lampu di Jalan Raja Chulan.
Lagi lampu-lampu.
View all 9 photos...
Di kesempatan terakhir sebelum kubalik kampung ini, kuucapkan Selamat Hari Raya dan kususun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin jika terkasar bahasa dan tutur kata. Berhati-hati pulang ke kampung, semoga selamat perjalanan pergi dan balik.

Ku juga ingin persembahkan gambar suasana "raya" yang diambil di KL tempoh hari. Seperti biasa, kemeriahan tak terasa langsung di KL. Lampu dipasang ala kadar sahaja.

OK, wassalam.


[<<  <  19  20  21  22  23  24  25  26  [27]  28  29  30  31  32  33  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net