Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  19  20  21  22  23  24  25  26  27  [28]  29  30  31  32  33  >  >>]    [Archive]
Thursday, 13-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Makanan Bulan Puasa - Hari Kesembilan

Kuih-muih.
Air Katira Abu Bakar.
Nasi kerabu Tepi Mahkamah Kota Bharu.
Hari ini semasa pulang dari kerja, keberkesempatan ke Bazar Ramadan Stadium Larkin. Mencari juadah kegemaranku iaitu Nasi Kerabu. Diusahakan oleh orang Kelantan, ia dinamakan Nasi Kerabu Tepi Mahkamah Kota Bharu. Sebelum ini, tak pernah pula aku makan nasi kerabu ini di tepi Mahkmah Kota Bharu. Orang Kelantan mungkin boleh pastikan.

Satu lagi yang kucari ialah air katira. Air ini ada biji selasih, kurma dan beberapa herba lain dan berwarna hijau. Apabila membeli air ini pada tahun ini, kuterkejut sedikit. Manakan tidak, umpama dihasilkan dari bahan minyak mentah, harganya naik sejajar dengan harga minyak yang melambung ketika ini. Seingatku, tahun lepas harganya RM2.00 sebungkus, tahun ini harganya RM2.50 sebungkus. Kenaikan 25%! Entahlah, agaknya diesel memainkan peranan penting untuk menjual air ini.......




Wednesday, 12-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Ada Apa Dengan Geylang

Kebaya berwarna-warni.
Gerai-gerai di bawah kanvas besar.
Cute. Baju Melayu dan Baju Kurung kanak-kanak.
View all 13 photos...
Dah beberapa hari ku tak mengemaskini lamanku ini. Maklum kubekerja di luar, kali ini ke Singapura. Kusangka kemeriahan Ramadan tak seperti di Malaysia, kendatipun begitu suasananya juga meriah, cuma perlu tahu ke mana arah harus ditujui.

Di hari pertama dan kedua, kuberbuka puasa di Hyatt. Tak jemu walaupun dua hari kerana juadahnya amat banyak sehinggakan sehari tak habis merasa semuanya kecuali yang beruang besar di perut. Paling kusuka kurma yang diletak walnut di dalamnya. Lembut di luar, rangup di dalam.

Hari ketiga kumenjamah Ayam Penyek Surabaya di Lucky Plaza. Sedap juga. Tapi sayang, ku tak berkesempatan untuk mengambil gambar buat tatapan.

Semasa di sana, ku juga berkunjung ke Geylang untuk melihat Bazar Hari Raya di sana. Begitu ramai orang di sana. Suasana meriah dengan pelbagai lampu dan pintu gerbang multi rona yang cantik. Ada pelbagai barangan dari pakaian, permaidani, perabot, kuih raya, juadah berbuka puasa malah kereta juga dijual atau disewa.








Sunday, 9-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Makanan Di Bulan Puasa - Hari Kelima

Roti John
Hari ini berubah angin sikit. Nak cuba roti john pula.



Saturday, 8-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Makanan Di Bulan Puasa - Hari Keempat

Rojak
Akhirnya keretaku sudah siap. Rasa lega hati. Lepas ini bolehlah bergerak dengan lebih mudah. Hari ini tak ke mana-mana kecuali singgah di Seroja Jaya semasa perjalanan pulang dari mengambil kereta.

Hari ini kubeli rojak. Rojak ini adalah campuran pelbagai bahan-bahan yang digoreng seperti cucur udang, tempe, sosej, kek ikan, hati ayam, kentang dan sebagainya. Juga dicampur telur rebus dan sotong celur. Tak lupa juga ditambah sayur. Kesemua bahan tadi dimakan bersama kuah yang sama seperti kuah sate.

Kusuka yang kubeli ini kerana ada banyak sayur.



Friday, 7-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Makanan Di Bulan Puasa - Hari Ketiga

Mi bandung tapi tak ada di Bandung, Indonesia...
Nasi ambang lagi - alasannya kena beli nasi untuk sahur.
Hari ini "kaki"ku masih tak ada. Bayangkan naik basikal pergi sembahyang Jumaat di tengah-tengah hari buta yang panas di bulan puasa ini. Dahlah kawasan rumahku berbukit-bukit. Masa balik terbayang seteguk air sirap... Eh, astaghfirullah... Sampai rumah saja, pasang kipas kuat-kuat dan tidur sekejap...

Jam 5.30 petang keluar lagi mencari makanan untuk berbuka. Dah sakit pantatku ...oppss, itu kata orang Indonesia, dah sakit punggungku mengayuh basikal berlapikkan tempat duduk yang keras itu setelah mengayuh empat kilometer tengah hari tadi. Terpaksa juga kutahan. Kalau berjalan lebih penat dan lambat.

Hari ini ringkas sahaja. Beli mi bandung di Seroja Jaya, walaupun tak sedap rasanya. Ini tak boleh lawan mi bandung Taman Rinting atau Stulang atau Taman Scientex yang terkenal itu. Bolehlah. Buat sahur, kubeli nasi ambang lagi.

Tak apa, nanti bila kereta siap, bolehlah ke Kampung Melayu atau Stadium Larkin pula...



[<<  <  19  20  21  22  23  24  25  26  27  [28]  29  30  31  32  33  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net