Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  19  20  21  22  23  24  25  26  27  28  [29]  30  31  32  33  >  >>]    [Archive]
Thursday, 6-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Makanan Di Bulan Puasa - Hari Kedua - Ayam

Nasi Ayam
Nasi Goreng Ayam
Ayam Percik
Hari ini aku "patah kaki", tak boleh berjalan, yakni keretaku sudah dihantar ke bengkel gara-gara disondol dari belakang di Lebuhraya Pasir Gudang hujung minggu lepas. Walaupun leceh dan banyak membuang masa berurusan dengan pihak polis dan insurans, masih ada hikmahnya kerana aku memang dah bercadang nak mengecat balik bumperku itu. Sekarang aku mendapat bumper baru dengan percuma lagi!

Jadinya hari ini aku berbasikal sahaja. Mulanya aku ke Giant mencari mungkin ada gerai-gerai Ramadan di situ. Namun tak ada. Yang ada hanyalah khemah menjual kasut di kawasan letak kereta di situ.

Aku berpatah balik. Di depan kedai-kedai yang berhadapan dengan Jalan Johor Jaya yang semakin sibuk itu, terdapat banyak gerai-gerai yang menjual juadah buat berbuka puasa. Tak banyak pilihan dan jenis, tapi sudah memadai buat berbuka puasa.

Hari ini aku membeli juadah berasaskan ayam. Mula-mula membeli ayam percik yang ku dah jeling semasa berbasikal ke Giant tadi. Lepas itu membeli pula nasi ayam. Buat sahur nanti, aku juga membeli nasi goreng ayam. Ha, ambik kau, semuanye ayam.....



Wednesday, 5-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Makanan Di Bulan Puasa - Hari Pertama

Nasi Ambang
Dadih
Bulan puasa adalah bulan yang ditegah makan dan minum di siang hari. Ironinya, bulan ini juga kita dapat menemui lebih banyak makanan dan minuman jika dibandingkan dengan bulan-bulan biasa.

Hari pertama puasa di sini cuti. Makanan pertama yang kufikir untuk berbuka nanti ialah nasi ambang. Walaupun bercuti, aku ke Pasir Gudang untuk menghantar cek. Semasa pulang kusinggah di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang untuk mencari nasi ambang ini.

Nasi ambang yang popular di Selatan ini berasal dari makanan Jawa. Nasinya dicampur dengan mi, sayur campur, ikan kering, ayam, tempe dan beberapa bahan lain.

Sebagai dessert, kubeli dadih. Kalau yang asli dibuat daripada susu, yang biasa dijual dibuat dari agar-agar dan susu cair. Tapi yang kubeli ini tak sedap...



Saturday, 20-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Awana Kijal

Lobi Awana
Bendera tergantung di setiap lantai.
Lagi gambar lobi.
View all 6 photos...
Pemandangan malam di lobi Awana Kijal bersempena Bulan Kemerdekaan. Juga ada gambar kolam renang di Awana yang juga merupakan kolam renang terbesar di antara resort di Pantai Timur. Seronok berenang di sini, baru betul-betul exercise..



Monday, 15-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Balik Kampung

Menghampiri penghujung usia...
Hmm buat sambal belacan pun sedap...
Bunga yang jarang ditemui.
View all 24 photos...
Balik kampung memang best terutamanya bila dapat melihat tumbuhan-tumbuhan yang menghijau. Rasa tenang. Ditambah pula dengan kucing-kucing yang suka bermanja, mengikut ke mana saja pergi.



Saturday, 13-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Hyatt Kuantan

Pagi yang nyaman di Kuantan.
Masih belum ramai lagi di pantai ataupun kolam renang.
Panorama pagi di Teluk Chempedak.
View all 9 photos...
Kali ini aku ke Kuantan pula. Ada kerja di Kemaman tapi kena bermalam di Kuantan kerana ada "big-boss" dari Australia turun di sini. Aku memang indulge habis-habis semasa di sini. Aku pulang lambat satu hari kerana mahu lebih lama di sini. Bangun seawal 5.30 pagi (sebenarnya sakit perut...), aku bersiap untuk exercise pada pagi itu selepas solat Subuh.

Mula-mula pergi jogging di tepi pantai sejauh 1.5km. Wah, memang terasa hebat! Di waktu pagi yang hening dan nyaman bersama beberapa orang early birds di situ, aku berkaki ayam berlari di tepi pantai. Wah, memang seronok menghidup udara segar berlatarbelakangkan bunyi ombak-ombak kecil menghempas dada pantai!

Selepas itu, aku pergi ke kolam renang pula. Dek kerana masih terlalu awal, tak ada orang bertugas di situ. Yang jaga tuala pun belum masuk kerja lagi. Ah lantaklah! Aku terjun saja ke kolam renang itu. Memang rasa nyaman dan menyegarkan apabila dapat merendam kaki yang dah lenguh berlari itu. Setelah berenang beberapa pusingan, kelihatan ada orang datang. Rupanya penjaga di situ mahu membersihkan kolam. Tak apalah, dah setengah jam aku di dalam kolam renang. Cukuplah...

Selepas itu, aku bersiap dan mengambil sarapan masih dalam berpeluh (makan open air, tak ada penghawa dingin), aku pulang ke JB.

Cuma satu yang frust, tak dapat main beach volley. Yang ada main pun "ala-ala main"... Kalau ada temanku ini, kan best?! Dah empat tahun aku tak main sejak graduate. Teringat zaman dulu-dulu....

p/s: sedang aku ambil gambar monyet-monyet itu, tak sedar aku ada bapak monyet duduk di atas kepalaku di hujung beranda tingkat atas sambil memandang tepat kepadaku! Nasib baik dia tak rampas kamera aku...





[<<  <  19  20  21  22  23  24  25  26  27  28  [29]  30  31  32  33  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net