Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  19  20  21  22  23  24  25  26  27  28  29  [30]  31  32  33  >  >>]    [Archive]
Thursday, 11-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Putrajaya

Excellent architecture - Jambatan Seri Wawasan.
View of Jambatan Seri Wawasan from predestrian walk.
Another view of Jambatan Seri Wawasan.
View all 9 photos...
Selepas ke Port Dickson, kubermalam di Putrajaya sebelum pulang ke JB keesokannya. Jadi kuambil kesempatan ini menjenguk persekitaran Putrajaya khasnya di Boulevard di mana konsert pada malam sebelumnya diadakan. Apabila sampai ke sana, mereka sedang merobohkan pentas. Gambar-gambar di atas diambil semasa ku berada di atas Jambatan Seri Wawasan yang amat unik.





Tuesday, 9-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Avillion Resort, Port Dickson

Avillion Resort dibina di atas air.
Katil siap dengan kelambu.
Hanya iklan Astro Ria, takde nye Astro Ria di hotel/resort...
View all 24 photos...
Pada bulan lepas, kuberkesempatan menyertai Pertandingan Mencari Harta Karun di Avillion Resort Port Dickson. Memang seronok dan mengujakan. Pertama kali kakiku menjejak pasir Port Dickson. Namun ada juga yang tak seronok dan mengujakan iaitu ku tak temui sebuah kedai pun yang menayangkan rangkaian Ria, apalagi Astro. Melepaslah konsert langsung dari Putrajaya...

Untuk cerita lanjut, sila klik di sini.





Sunday, 7-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Lawatan ke Bangkok III

Grand Palace - tempat acara rasmi diRaja Thai.
Kubah emas di Grand Palace.
Pandangan di pintu masuk Grand Palace.
View all 39 photos...
Inilah bahagian terakhir koleksi gambar-gambar di Bangkok. Di sebalik Grand Palace yang tersergam indah, sebenarnya ia sedang berduka kerana majlis penyempurnaan mendiang cucunda Raja yang terkorban dek tsunami yang lalu baru selesai diadakan. Walau bagaimanapun, buat penawar duka, keluarga diRaja sudah dikurniai seorang lagi putera sebagai pengganti yang bakal menerajui sistem beraja negara Gajah Putih itu.

Klik di sini untuk membaca pos lawatan ke Bangkok.





Thursday, 4-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Lawatan ke Bangkok II

Di mana saja pasti ada potret Raja Thai..
Siam Center, gedung perniagaan utama di Bangkok.
Hectic Bangkok. Lihat landasan bertingkat Skytrain di Siam.
View all 27 photos...
Siam - jangan terkeliru yang nama ini merujuk kepada nama lama Thailand. Siam adalah satu kawasan perniagaan utama di Bangkok, seperti di Bukit Bintang, KL. Kawasan ini sangat sibuk dan sesak. Hanya orang yang sabar dapat memandu di sini, mungkin...

OK, enjoy my pictures. For the full story, click here.



Monday, 1-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Lawatan Ke Bangkok I

Di KLIA, sebelum berlepas.
Panorama KLIA.
Masih kosong di KLIA.
View all 15 photos...
Sawadikap! Sabai di mai kap? Phom chue Strozze. Ha ha... kecek Sie... Dah tiga bulan aku pergi Bangkok tapi tak sempat nak upload gambar-gambar ni sampai hari ini. Nah, lihatlah foto-foto menarik di Negera Gajah Putih ini.

Untuk cerita berkenaan lawatan ke Bangkok, sila klik di sini.



[<<  <  19  20  21  22  23  24  25  26  27  28  29  [30]  31  32  33  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net