Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 13-Nov-2008 09:07 Email | Share | | Bookmark
Bandung Trip Part V

Aquarius - tempat kami membeli CD
Sebuah papan iklan di Bandung
Pandangan hadapan teksi Vios
View all 9 photos...
Kami ke Dago lagi untuk makan tengah hari. Tak ada idea, kami ke Chicken Story lagi. Selepas itu, shopping sikit. Kami beli seluar, buku dan beg troli extra - dah banyak barang nak bawa balik ni.. Dahlah murah ada sale.. Kami juga dapat cari CD Drive setelah disyorkan oleh sebuah kedai muzik yang tiada stok. Aku pun beli CD Matta juga. Harga CD kumpulan Indonesia tidak sampai separuh harga yang dijual di Malaysia. Cuma Airen tak dapat jumpa beg tangannya. (Khabarnya ada dijual di Rumah Moder atau singkatannya Rumah Mod yang kami skip ).

Kami cuba mencari kalau-kalau ada hotel yang boleh kami inap malam nanti namun yang ada lebih daripada bajet kami. Aku telefon kawan-kawan dari Jakarta namun yang disyorkan masih mahal. Aku buntu tak tahu nak buat apa. Mungkin patut kami pergi ke Ciater seperti yang pernah disyorkan seorang rakan dari Jakarta semasa di Vietnam tempoh hari..

Aku pun dah bingung. Balik dululah ke hotel. Nanti fikirkan. Rasa macam percutian ni dah tak best lagi. Pening pun ada. Taktik main redah rupanya tak menjadi. Hotel yang dijangka dapat memberi maklumat nampaknya tidak seperti yang diharapkan. Banyak lagi tempat-tempat menarik yang kami terlepas. Bandung salah satu kelemahannya adalah tempat-tempat tarikannya agak jauh antara satu sama lain. Jadi, pelancong terpaksa mengeluarkan wang lebih sedikit untuk pengangkutan.

Sedang kami duduk memikirkan apa yang patut dilakukan, tiba-tiba datang seseorang yang boleh membantu kami. Seorang pemandu teksi yang membawa kami pulang dari Cihampelas tadi mempelawa kalau kami mahu ke Ciater. Sebenarnya aku bertanya dengannya berkenaan Ciater.

Aku yang dah tak boleh nak fikir apa, aku bersetuju saja. Nantikan entri seterusnya berkenaan Ciater. Rupanya tidak sia-sia kami ke Ciater!

p/s: teksi di sini pakai Vios. Vios terbaru.. cis.. tapi model dia Vios J la kot... basic dan gear manual.. Teksi yang kami naik ke Ciater pula adalah Proton Wira..


Aquarius - tempat kami membeli CD


Sebuah papan iklan di Bandung


Pandangan hadapan teksi Vios


Pandangan belakang teksi Vios


KFC di Bandung


Plaza Dago, Bandung


Pizza Hut di Bandung


Astro Nusantara Indonesia yang kini sudah pun berkubur..


Sebuah jejambat di Bandung


Friday, 7-Nov-2008 14:51 Email | Share | | Bookmark
Bandung Trip Part IV

Laluan ke Ciwalk
Di hadapan pintu masuk Ciwalk
Laluan di Ciwalk
View all 15 photos...
Hari ini tak ada idea nak pergi mana. Terfikir nak pergi Cihampelas Walk atau Ciwalk yang depa baru buka tu. Lalu ambil teksi ke sana. Tiada apa yang menarik di sana. Ciwalk adalah tempat jalan-jalan tepi shopping complex ala-ala Bintang Walk. Kalau yang suka seluar jeans, Cihampelas adalah syurga seluar jeans. Kami membeli key chain yang pedagang asongan atau penjaja jalanan jual untuk dibahagi-bahagikan sebagai cenderahati apabila balik nanti.

Setelah agak kebosanan di Cihampelas, kami kembali semula ke hotel. Kami terpaksa check out hari ini kerana sebuah rombongan dari Malaysia juga bakal check in. Setelah check out, kami tinggalkan bagasi di hotel dulu kerana mahu keluar makan dulu dan memikirkan bagaimana untuk mencari tempat penginapan malam nanti. Rasa nak marah pun ada kat orang hotel tu. Masa nak check in bukan main lagi berjanji nak tolong tapi bila dah time nak kena keluar, dia buat tak tahu je. Bukannya nak tolong..


Laluan ke Ciwalk


Di hadapan pintu masuk Ciwalk


Laluan di Ciwalk


J.Co Donuts di Ciwalk


Breadtalk di Ciwalk


Pandangan di dalam Ciwalk


Sebuah kedai di Ciwalk.


Sebuag gerai aksesori di Ciwalk.


Papan arah di Ciwalk.


Sebelum keluar di pintu utama ke Ciwalk.


Sehingga ketemuk lagik...


Big sale di Ciwalk.


Cihampelas Walk


Sebuah kompleks membeli-belah lain di Cihampelas


Sebatang jalan sempit di Cihampelas


Friday, 31-Oct-2008 12:45 Email | Share | | Bookmark
Bandung Trip Part III

Di dalam Pasar Baru, Bandung yang baru hendak dibuka.
Kalau nak pergi haji, di sini banyak kelengkapan dijual.
Sebuah kedai kain di Pasar Baru, Bandung.
View all 10 photos...
Pada hari kedua, kami ke destinasi utama kami iaitu ke Pasar Baru untuk mencari telekung sembahyang dan tudung. Aku pulak beli kemeja, kopiah dan kompas kiblat. Senang sikit bila travel, supaya tak jadi macam di Vietnam dulu, main agak-agak je. Kadang-kadang hotel di Malaysia sendiri pun bukan main susah lagi nak cari anak panah kiblat. Macam main permainan mencari harta karun ataupun barang-barang tersembunyi pulak.. Takut offend guest kafir konon..

Untuk ke Pasar Baru, pengangkutan tak susah. Teksi pun senang untuk dicari. Pelbagai barang-barang terutamanya barangan muslimin dan muslimah dijual di sini dengan harga yang sangat murah berbanding dengan yang di Malaysia.

Selepas ke Pasar Baru, kami balik semula ke Dago. Pergi makan tengah hari di BMK tapi tak sedap langsung. Chicken Story lebih sedap.. Tengah-tengah makan, terdengar lagu yang best. Tanya pelayan di situ, itulah lagu kumpulan Drive, Bersama Bintang. Tak glamer pun grup ni di Malaysia.. Selepas makan, jalan-jalan sekitar Dago.


Di dalam Pasar Baru, Bandung yang baru hendak dibuka.


Kalau nak pergi haji, di sini banyak kelengkapan dijual.


Sebuah kedai kain di Pasar Baru, Bandung.


Lagi suasana di Pasar Baru, Bandung.


Barang-barang yang dijual di Pasar Baru, Bandung


BMK di Bandung


BMK - Baso Malang Karapitan


Istana Sepatu, Bandung


Point Samudra, Bandung.


Toko Gunung Agung, Bandung


Thursday, 23-Oct-2008 13:42 Email | Share | | Bookmark
Bandung Trip Part II

Chicken Story di Bandung Indah Plaza (BIP)
Pandangan di hadapan BIP
Pandangan di dalam BIP
View all 8 photos...
Sebenarnya taktik redah kami itu kurang berjaya. Guest house yang kami menginap nampaknya kurang dapat memberi maklumat yang kami kehendaki i.e. apa-apa yang murah e.g. teksi sewa murah, tempat makan paling best, tempat paling banyak barang-barang shopping etc. Akhirnya kami membayar pada harga yang biasa.. Banyak lagi cerita pasal ini menanti tapi biarkan bercerita dulu tentang hari kami mula-mula sampai di Bandung.

Patradissa Guest House yang kami tinggal itu sebenarnya tidak dapat memenuhi kehendak kami untuk berada empat malam di sana. Pekerja di situ berjanji untuk berusaha sedaya-upaya membantu kami (akhirnya tidak! - nantikan). Rupanya ramai juga rombongan Malaysia yang sudah menempah di situ.

Pada petang kami sampai, kami tidak ke mana-mana. Hanya ke Dago, ke shopping mall ataupun di sini dipanggil mal. Kami makan Chicken Story sebagai makan tengah hari kami yang terlewat. Ingatkan ayam di sini besar macam di Wong Solo namun kecil sahaja. Pun begitu, makanannya tetap sedap.

Chicken Story sebenarnya terletak di Bandung Indah Plaza (BIP). Selepas makan, kami masuk ke BIP, cucuk duit dulu sebab tak sempat nak jadi jutawan aka tukar duit di Malaysia. Aku keluarkan dua juta Rupiah. Kami jalan-jalan ke Bread Talk dan masuk ke Hypermart untuk membeli sedikit alas perut.

Pada malamnya, kami tak keluar lagi sebab dah penat. Lagipun kami sampai ke hotel masa dah Maghrib. Makan malam dengan makanan yang dibeli tadi. Esok mahu ke Pasar Baru - main reason kami ke Bandung.


Chicken Story di Bandung Indah Plaza (BIP)


Pandangan di hadapan BIP


Pandangan di dalam BIP


Now on Sale. Tengok di tepi jalan, Proton Wira jadi teksi di Indonesia..


Pasta, bukan makanan Itali dan sikat bukan hanya untuk rambut..


Holland Bakery di waktu senja - Bandung merupakan tempat berehat/bercuti para penjajah Belanda dulu.


Holland Bakery di tengah hari


Simpang berhampiran BIP


Monday, 20-Oct-2008 04:28 Email | Share | | Bookmark
Bandung Trip Part I

Pesawat Indonesia Airasia yang kami naik
Bandara (BANdar uDARA) Hussein Sastranegara di Bandung
Patradissa Guest House yang kami menginap pada mulanya
View all 8 photos...
Sebenarnya dah lama pergi Bandung ni, Jun lepas, tapi tak berkesempatan untuk kemaskini lebih awal. Kali ni, pakai taktik sama dengan yang pergi Solo-Jogja dulu - taktik redah je. Caranya beli tiket Airasia je, lepas tu pergilah ke sana macam nak keluar outing ke KL. Hotel dan lain-lain belakang cerita.

Masuk dalam flight, macam biasa, orang kita memang tamak. Kami masuk lambat dalam flight. Ada satu famili tu, pergi 6 orang tapi ambil 9 seat. Aku dengan Airen terpaksa duduk terpisah oleh laluan tengah tu. Memang boring duduk 2 jam dalam flight tu. Lepas duduk rasa macam nak terus sampai je.

Selepas sampai ke airport dan melalui pemeriksaan imigresen, kami bertanyakan teksi untuk membawa kami ke mana-mana hotel di Jalan Dago. Yang jaga kaunter pulak mahukan destinasi tepat, memang susah betul. Dia suruh book hotel dulu.

Ada kaunter booking hotel di airport tapi aku tahu memang mahal dia caj. Aku call beberapa hotel yang aku catat dari Internet tapi semuanya tidak ada bilik yang boleh disewa untuk beberapa malam, yang ada untuk satu atau dua malam sahaja. Rupa-rupanya sekarang musim cuti sekolah di sana. Ingatkan macam di Malaysia sebab Malaysia sudah habis cuti sekolah. Rupanya di sana baru bermula. Panik jugak dibuatnya.

Akhirnya, aku main bantai saja mana-mana hotel yang ada dalam senarai tu. Cakap je mana-mana hotel, dapatkan kupon teksi, lepas tu pandai-pandailah mintak tolong pemandu teksi tu. (Pemandu teksi tu tak habis-habis cerita pasal Siti Nurhaliza dengan Datuk K datang ke Bandung...)

Pemandu teksi itu agak informatif dan suka menolong tapi dalam hati aku, aku tahu orang-orang Indonesia ini suka mengambil kesempatan. Yang ada dalam kepalanya hanyalah Rp (Rupiah, bukan RM...). Ingat orang Malaysia semuanya cop duit ke...? Pantang dengar loghat Malaysia..

Dia berhenti di sebuah hotel atau lebih tepat guest house namun kami tidak bersetuju kerana jauh dari tempat-tempat shopping di Bandung. Akhirnya, dia terfikir satu guest house dekat dengan Dago iaitu Patradissa Guest House dan membawa kami ke sana. Aku masih ingat semasa ke sini pada tahun 2004 dulu, bangunan dan suasana di Dago masih sama.


Pesawat Indonesia Airasia yang kami naik


Bandara (BANdar uDARA) Hussein Sastranegara di Bandung


Patradissa Guest House yang kami menginap pada mulanya


Masjid Agung Al-Ikhuwwah yang terletak berdekatan.


Angkutan Kota - cara mudah dan murah untuk bergerak


Sebatang jalan di Bandung


Shopping mall di Dago


Factory outlet di Dago


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net