Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  19  20  21  22  23  24  25  26  27  28  29  30  31  [32]  33  >  >>]    [Archive]
Friday, 4-Feb-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Beaches in Terengganu

Rantau Abang Beach.
Coconut trees at Rantau Abang.
Kemasek Beach.
View all 9 photos...
Enjoy my pictures taken during my latest trip to Terengganu. Terengganu, located on East Coast part of Penisular Malaysia, is famous for its beautiful beaches and isle. With relatively untouched nature, nice people and unique, delicious foods, it's an ideal place to spend holiday.



Saturday, 11-Dec-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kembali Ke Alami

Bunga Raya. Berasal dari rumah Mok Wang Midoh, Kg. Padang.
Buah nyior.
Pucuk ubi kayu.
Gambar-gambar ni aku ambil semasa balik kampung sebelum raya lepas. Dah lama tersimpan. Tak dimuat naik.


Saturday, 4-Sep-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Melaka - Bumi Hang Tuah

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
Muzium Melaka - replika Istana Sultan Melaka
A Famosa
View all 12 photos...
Sebenarnya aku selalu ke Melaka dan melalui kawasan-kawasan bersejarah ini tetapi tak pernah aku ambil peduli. Tapi kali ini aku tergerak hati untuk mengambil foto-foto di sini. Tambahan pula, sekarang tengah 'demam' Puteri Gunung Ledang. Walaupun aku dah menonton filem ini di Johor Bahru, tetapi kerana tak tahu nak buat apa pada suatu malam ketika di Melaka, aku menontonnya sekali lagi. Sekurang-kurangnya aku dapat merasa menonton filem ini di tempat asalnya. Pelbagai bangsa menonton filem ini, tidak seperti kebiasaannya yang filem Melayu hanya ditonton oleh orang Melayu sahaja. Mungkin rakyat di Melaka ini semacam ada rasa kebanggaan melihat suatu cerita yang memperlihatkan suasana silam di negeri yang mereka tinggal sekarang.

Kalau dilihat gambar-gambarku di atas, bangunan tinggalan lama hanyalah milik bangsa Eropah! Menurut cerita, setelah Portugis menguasai Melaka, mereka memusnahkan semua tanda kegemilangan tamadun Islam di Melaka dan menggantikannya dengan bangunan dan kota mereka dan menerapkan pengaruh Kristian di Melaka. Khabarnya mereka membina sebahagian kota lama itu dari batu-batu nisan di kuburan orang Melaka. Muzium Melaka itu dibina kembali hasil dari rujukan lama dan juga gambaran-gambaran yang dipercayai. Ia dibina kembali untuk tatapan masakini.

Begitulah kerakusan orang Eropah zaman dahulu... ironi dengan orang Asia seperti China, India dan Arab yang secara damai berdagang di Melaka.



Tuesday, 24-Aug-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Singapore At Night

Singapore City Centre at night
Boat Quay - eating and boat cruising place.
Fullerton Hotel
View all 15 photos...
After putting up a few kilos while in Sabah a week before and having a heavy dinner - not-to-be-missed Hainanese Chicken Rice, I decided to do an exercise. The excercise was very interesting though - walking along Singapore River, watching people and taking photos. The scenery was great and this opportunity doesn't always come as I normally go to the places during daylight.

Enjoy one of my most beautiful collections above!



Tuesday, 17-Aug-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Lawatan Ke Kota Kinabalu dan Labuan

Sutera Harbour Resort
Masjid Negeri
Bangunan Yayasan Sabah
View all 19 photos...
Pertama kali aku menjejakkan kaki ke Pulau Borneo. Aku teruja dengan suasana di Kota Kinabalu. Orang Semenanjung, rata-rata, kalau ditukarkan ke sini, pasti akan menolak bulat-bulat. Tapi aku rasa lain. Macam-macam ada di sini... kata Mas AF2...

Labuan pula sebuah tempat yang tak jauh beza dengan Semenanjung kerana statusnya sebagai Wilayah Persekutuan (tak payah isi borang imigresen...). Aku "envy" melihat kereta-kereta murah ni sini! Tapi kalau tak boleh bawa laju, buat apa ya...?

OKlah, tengoklah gambar-gambar di KK dan Labuan ni!




[<<  <  19  20  21  22  23  24  25  26  27  28  29  30  31  [32]  33  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net