Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  19  20  21  22  23  24  25  26  27  28  29  30  31  32  [33]  >  >>]    [Archive]
Saturday, 10-Jul-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Wisata Ke Betawi

Arca di Soekarno Hatta, Bandara
Monumen, Ancol
Monumen Nasional (Monas)
View all 25 photos...
Waduh, asyik bangat! Dengan persepsiku yang kurang baik terhadap Jakarta sebelum ke sana, akhirnya aku pulang dengan suatu fikiran yang terbalik sama sekali terhadap Jakarta dan Indonesia umumnya. Dari Jakarta Selatan menyusuri jalan ke Puncak, lalu sampai ke Bandung dan disapa dengan 'Aa', aku rasa berbeza sekali. Dari Bandung ke Cempaka Mas dan terus ke Thamrin, memang lain dari yang lain.

Nah, lihatlah foto-fotoku ini. Ia menceritakan segala-galanya.

Sila klik di sini untuk membaca ceritaku yang lebih panjang lebar.


Monday, 29-Mar-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Malaysian F1 at Sepang

Sepang Circuit.
At the paddock.
Teams preparing.
View all 7 photos...
These pictures taken from F1 Race at Sepang, Malaysia. It was really not a good time for me caused Kimi Raikkonen crashed out. At the same time I skipped voting in the latest Malaysia Election and it added to the misery to hear former Terengganu State Government lost to "the robber and his phantoms"...

Nevertheless, I was among the luckiest person cause I had chance to go to McLaren team paddock. It was just Kimi not at the place when we arrived...


Sunday, 11-Jan-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Koleksi Gambarku II

Bunga... Orkid lah!
Pantai Kundur, Melaka
Gubahan tisu
View all 9 photos...
Satu lagi koleksi gambarku. Aku suka gambar orkid. Tapi yang paling menarik adalah buah belimbing yang berbucu 11 itu. Maha Suci Allah yang menciptakan belimbing ini pelik dari yang lain. Kebiasaannya, belimbing hanya berbucu lima.


Sunday, 4-Jan-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Koleksi Gambarku

Bunga Kertas
Bunga Raya
Kiambang bertaut...
View all 9 photos...
Inilah antara beberapa gambar yang aku ambil di beberapa tempat. Yang paling aku suka ialah gambar buah kelapa bertaburan di Nenasi, Pekan, Pahang. Aku pernah lihat sedutan filem pendek, Malaikat Di Jendela yang dilakonkan oleh Ning Baizura di televisyen, yang mana penggambaran telah dilakukan di tempat ini. Lalu aku terfikir kalau dalam perjalanan balik ke Terengganu, baik aku cari tempat itu dan ambil gambarnya. Dan inilah hasilnya seperti di atas. Tempat itu boleh dikatakan masih dara lagi dan tak ramai orang yang datang berkunjung.

Gambar Pantai Penarik diambil semasa aku ke rumah Naza untuk 'menebus' ketidakhadiran aku ke majlis perkahwinannya.


Tuesday, 9-Dec-2003 00:00 Email | Share | | Bookmark
Berkelana ke Temasek dengan Artis dari Bumi Kenyalang

Esplanade - Teater Di Pesisiran, Singapura
Melion, Singapura
Orchard Road, Singapura
View all 9 photos...
Lebih sepurnama yang lalu, hamba bersama seorang jejaka yang kurang tampan dari Bumi Kenyalang telah berkelana ke Temasek. Jejaka ini dikenali sebagai Artis. Artis telah lama berkelana ke Tanah Melayu, bukan menggunakan kolek mahupun rakit, tetapi menaiki belon. Katanya belon memang pantas. Mmm... tidak pelik...

Lalu berkelanalah kami berdua ke sana. Sampai di pintu masuk, hamba ditegah dari memasuki Temasek kerana wajah hamba di paspot tidak sama dengan wajah sebenar hamba sekarang. Almaklumlah, wajah hamba ditekap dengan kamera sewaktu hamba berguru di Tronoh, tempat Long Jaafar lalu dengan gajahnya. Hamba menyangka hanya hamba ditahan, tetapi Artis juga ditahan. Pelik. Takkan kerana jerawat di muka ditegah juga?! Setelah ditunjukkan kad pengenalan, kami berdua dilepaskan. Selepas itu, sekumpulan yang lain memeriksa bungkusan barang hamba. Lepas dan hamba terus berjalan tanpa menoleh ke belakang. Sungguh sukar untuk masuk.

"Tuan hamba, cepatlah sikit! Nanti tertinggal bas!", kata hamba. Senyap, tiada jawapan. Hamba menoleh ke belakang. Ah, malu sungguh hamba! Orang lain rupanya. Di mana Artis? Setelah menunggu sebentar, muncullah Artis.

"Ke mana tuan hamba tadi?", tanya hamba.

"Hamba ditahan lagi. Mereka suruh hamba tunjukkan semua barang dalam bungkusan barang hamba", jawab Artis. Itulah hamba sudah beritahu tadi supaya Artis tinggalkan barang-barang yang tak penting tu di teratak. Ini tidak, dibawa kesemuanya. Mereka sungguh tegas sekarang kerana dikatanya ada 'teroris' hendak menyerang Temasek. Mereka tak mahu pisang berbuah dua kali. Tak sanggup lagi bergadai nyawa seperti peristiwa diserang todak dahulu.

Sejurus kemudian, kami menaiki bas yang lain kerana bas yang kami naik tadi terlepas. Terus ke Stesen Kranji, kami menaiki MRT. Kalau di negeri hamba, dipanggilnya LRT. Tetapi di sini lain sikit, lebih panjang kocnya. Kami berhenti di Stesen Jalan Kebun Buahan. Barangan dari seantero buana diperdagangkan di sini. Kami hanya mampu melihat kerana harganya yang tinggi melangit. Setelah puas berjalan, kami mengalas perut di Ayam Goreng Kentucky. Halal dan harganya lebih kurang sama sahaja di negeri hamba.

Setelah itu, kami meneruskan perjalanan ke Tempat Raffles. Di sinilah Raffles, si Inggeris keparat itu, mula membangunkan Temasek dengan membayar ufti kepada Sultan, yang gelap matanya dengan ufti yang tak seberapa itu. Kami pergi ke tebing Sungai Singapura. Barang arca patung di sini. Kami bertemu seorang Inggeris, lupa namanya, seorang penghulu Melayu dan seorang kapitan Cina. Entah apa diperkatakan mereka. Artis cuba mengganggu perbualan mereka (gambar), tetapi tidak dilayan mereka.

Seterusnya, hamba terlihat beberapa orang kanak-kanak riang terjun ke sungai untuk bermandi-manda. Kanak-kanak kecil itu sebenarnya adalah suatu kontroversi. Mereka mengatakan itu adalah anak-anak Cina terawal yang sampai di sini. Penduduk asal di sini mengatakan itu adalah anak-anak kecil dari kalangan mereka. Semasa mula-mula melihat, hamba fikir itu adalah anak-anak Orang Laut yang bermandi-manda. Entahlah.

Kami mahu berangkat ke Durian pula. Mahu melihat durian besar yang tak boleh dimakan itu. Artis pula begitu bersungguh-sungguh mahu melihat singa tersohor yang Sang Nila Utama tersua itu. Eloklah tu, singa itu tinggal berdekatan dengan Durian. Tapi hamba tak tahu bagaimana hendak ke sana. Lalu hamba bertanya di tempat bersoal MRT. Katanya boleh berhenti di Stesen Dewan Bandaraya. Kami naik MRT dan berhenti di sana. Ternampaklah papan tanda Padang di situ. Itu adalah tempat bersejarah di nama rusuhan berlaku semasa Perarakan Maulidur Rasul S.A.W. dulu. Bertitik tolak dari peristiwa itu, maka Temasek dipisahkan dari negeri hamba. Setelah berjalan di terowong bawah tanah, sampailah kami di Durian. Ianya suatu senibina yang mempesonakan. Di sinilah seniman-seniman dan artisan-artisan memperagakan bakat masing-masing.

Nun di seberang sungai, kami nampak singa yang dijumpai Sang Nila Utama itu. Terus kami ke sana. Ramai orang. Hamba lihat kebanyakannya dari negeri matahari terbit. Sang singa itu pula begitu riang melayani penziarahnya dengan meludahkan segala isi air perutnya. Dia juga duduk di tepi Sungai Singapura! Sesuatu yang pelik! Perbincangan antara tiga bangsa dan kanak-kanak bermain tadi juga berkedudukan di tepi sungai ini. Hamba berasa kami melakukan perkara yang pelik. Lalu hamba mengajak Artis meninjau kawasan itu. Sah, Tempat Raffles dekat sahaja dengan tempat tinggal sang singa tu! Nampaknya Tipah tertipu lagi bang! Kenapa tidak disuruh berjalan sahaja tadi?! Mungkin si dara MRT tadi mahu laba lebih agaknya.

Setelah lelah berjalan, kami terus ke Stesen Dewan Bandaraya, naik MRT hingga ke Stesen Kranji. Selepas itu, naik bas sehingga ke perbatasan. Pemeriksaan keluar begitu mudah. Akhirnya keluarlah kami dari negeri yang sudah terlepas dari ibu pertiwi hamba sejak tahun 1819 lagi. Timbul persoalan di benak hamba, "Kalaulah Temasek tidak..."


[<<  <  19  20  21  22  23  24  25  26  27  28  29  30  31  32  [33]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net