Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 18-Oct-2008 08:14 Email | Share | | Bookmark
Back, Up and Running

 
Sakit jiwa layan Telekom Malaysia TM ni. Memang lembab.. Sebulan lebih baru nak selesai masalah line telefon dengan internet ni. Sebulan jugak terputus hubungan dengan dunia luar.. macam orang terperangkap banjir..

Anyway, masih belum terlambat untuk kuucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin buat semua. Sekarang tiga lampu modem tu dah menyala, harapnya dapat terus update FP ni..



Sunday, 14-Sep-2008 22:31 Email | Share | | Bookmark
Makanan Bulan Puasa 1429 - Hari Keempat Belas

Ketupat sotong
Ketupat sotong dimakan dengan kuah
Puff kaya
View all 4 photos...
Akhirnya, kutemui juga yang dicari-cari selama ini iaitu ketupat sotong. Memang susah nak cari juadah ini lebih-lebih lagi di KL. Yang aku jumpa ini dijual di bazar Ramadan Beserah, Kuantan.

Ketupat sotong merupakan pulut yang disumbat ke dalam sotong, dikukus seperti ketupat palas dan disediakan dengan kuah lemak putih. Tak tahu pula apa ramuannya tapi adalah nampak halia, halba dan bawang di dalamnya.

Di sini juga, kutemui kuih puff kaya. Memang sedap kerana teksturnya yang lembut, sama ada intinya di dalam ataupun kulitnya di luar. Masih sedap walaupun disimpan di dalam peti untuk hidangan sahur.

Bercakap pasal kawasan Beserah ini, di sinilah di antara kawasan yang boleh ditemui makanan asli Pantai Timur atau lebih tepat lagi masakan Terengganu. Kalau ke Indera Mahkota, makanan di sana sudah agak "ke-KL-an".

Sebenarnya banyak makanan asli Pantai Timur setelah dibawa ke KL hilang rasanya. Mungkin kesukaran mendapatkan bahan-bahan mentah asli terutamanya ikan. Kalau di Pantai Timur, ikan yang dibeli mesti baru dibawa naik dari laut. Jadi, banyak makanan asli Pantai Timur berkisar dengan ikan. Kalau inti, mesti ada ikan termasuklah pulut panggang aka pulut lepa, satar, otak-otak ataupun mini murtabak.

Kalau di Pantai Barat, inti berasaskan ikan diganti dengan yang lain. Contohnya pulut panggang yang berintikan isi kelapa parut yang berwarna kekuningan yang aku tidak berapa tahu ramuannya. Satu lagi otak-otak yang sudah lain teskturnya terutamanya otak-otak Kempas yang berwarna merah dan dah macam jelly. Aku tak berapa suka otak-otak Kempas yang dihasilkan secara mass production itu.

Hasil pembawaan makanan Pantai Timur ke Pantai Barat, juga wujud makanan 'baru'. Keropok goreng yang nipis berwarna keputihan itu bukan berasal dari Pantai Timur dan dulu langsung tidak ditemui di Pantai Timur (kini mungkin ada kerana pengaruh dari Pantai Barat yang pulang semula ke Pantai Timur). Asalnya keropok itu seperti keropok lekor namun digentel bulat besar sebelum dipotong nipis untuk membuat keropok keping ataupun keropok lejer (keropok yang bentuknya macam french fries).

Mungkin kerana keropok untuk keropok keping itu tahan lebih lama berbanding keropok lekor yang pastinya berbau sebelum sampai ke KL yang masa perjalanannya panjang iaitu selama 6-12 jam (sebelum adanya lebuhraya), ini dijadikan pilihan buat para penjual keropok. Di sana, keropok ini dihiris halus untuk memaksimakan keuntungan dan digoreng. Kalau dihiris kasar, rasanya mungkin seperti keropok lekor asli.

Keropok yang kelihatan lebih putih itu sebenarnya diletak banyak sagu berbanding ikan buat menjimatkan kos. Sayangnya trend ini semakin menjadi-jadi sekarang kerana kenaikan kos pengeluaran..









Sunday, 7-Sep-2008 10:27 Email | Share | | Bookmark
Makanan Bulan Puasa 1429 - Hari Keenam

Murtabak kecil RM2.00
Dua jenis kuah murtabak - kuah bawang dan kuah kari
Pasembur RM3.00
View all 4 photos...
Hari ini, makan murtabak dan pasembur. Bercakap pasal murtabak, orang KL atau Pantai Barat makan dengan kuah kari manakala orang Pantai Timur makan dengan kuah bawang yang berwarna merah itu. Di Johor dulu, amat susah mencari murtabak berkuah bawang ini. Secara peribadi, aku suka kuah bawang itu.









Thursday, 4-Sep-2008 05:43 Email | Share | | Bookmark
Selamat Berpuasa Ramadhan 1429H

Dah lama tak kemaskini FP ni.. maklumlah pindah rumah.. Anyway, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa buat semua kawan-kawan dan pengunjung-pengunjung beragama Islam. Semoga puasa kali ini lebih baik daripada yang lepas-lepas. Jangan lupa tambahkan amal ibadat kerana Ramadhan yang akan datang belum tentu kita dapat merasainya..



Sunday, 24-Aug-2008 04:30 Email | Share | | Bookmark
Vietnam Trip Part XIII - Good Bye

Menyusuri sebuah jambatan di Da Nang
Di sini, memandu di lorong kanan, satu pengaruh Amerika
Da Nang yang pesat membangun. Sebuah stadium sedang dibina.
View all 11 photos...
Bahagian terakhir perjalanan ke Viet Nam ini menyingkap pembangunan Viet Nam yang kian pesat, bahkan pertumbuhan ekonomi Viet Nam adalah lebih pantas daripada Malaysia sendiri.

Berjalan-jalan di Ho Chi Minh City dan Da Nang dan melihat keadaan sekeliling, seolah-olah kita lupa bahawa negara ini pernah musnah di kancah peperangan. Pelaburan dari luar sedang masuk berpusu-pusu ke Viet Nam. Indo China kini menjadi tumpuan selain China dan India.

Namun sedikit masalah berlaku kerana kadar inflasi di Vietnam adalah yang tertinggi. Negara pesat membangun dan akibatnya kos semakin naik seiring dengan perubahan dunia manakala gaji dan upah yang masih rendah tidak mampu mengimbangi kos sara hidup yang semakin naik.


Menyusuri sebuah jambatan di Da Nang.


Di sini, memandu di lorong kanan, satu pengaruh Amerika.


Da Nang yang pesat membangun. Sebuah stadium sedang dibina.


Pandangan sebatang jalan raya di Da Nang.


Lapangan terbang Da Nang berlatarbelakangkan sebuah pergunungan.


Sumbangan sosial Petronas di Viet Nam - bas Petronas digunakan di terminal domestik lapangan terbang Ho Chi Minh. Petronas terlibat dalam kerja-kerja carigali minyak dan gas di Vietnam.


Terminal antarabangsa baru di lapangan terbang Tan Son Nhat.


Sebuah kereta klasik di tengah kota Ho Chi Minh yang moden.


Suasana di dalam lapangan terbang baru Ho Chi Minh.


Good bye Viet Nam! Panjang umur jumpa lagi...


Panorama di lapangan terbang Da Nang.


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net