Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 20-Aug-2008 15:13 Email | Share | | Bookmark
Vietnam Trip Part XII - Furama Resort di Waktu Malam

Lampu dan malam di Furama Resort
Courtyard dan bayangan tempayan di waktu malam
Panorama Furama Resort dan kolam renang di waktu malam
View all 5 photos...
Balik dari Hoi An pada satu malam itu, aku bergegas ke bilik untuk mengambil tripod. Mata sebenarnya dah mengantuk tapi sebab kawan-kawan ajak lepak-lepak di kolam renang dan sememangnya aku mahu mengambil gambar di resort ini pada waktu malam, aku turutkan saja. Lagipun penat saja bawa tripod yang memaksa aku membawa beg galas besar datang ke sini kalau tidak merakam suasana malam di sini.

Ramai pengunjung di sini lepak di bar. Di Vietnam, kebanyakan hotel atau resort utama ada kasino. Jadi yang kaki judi itu, kira memang syurga la walaupun kasino itu bersaiz mini. Seorang uncle yang merupakan pengunjung tetap Genting turut memperjudikan nasibnya dan seperti biasa, dia menang. Yang lain bagi duit padanya dan pergi menyaksikan acara Miss World.. Isyk isyk..


Lampu dan malam di Furama Resort


Courtyard dan bayangan tempayan di waktu malam


Panorama Courtyard di waktu malam


Panorama Furama Resort dan kolam renang di waktu malam


Panorama Furama Resort di waktu malam


Monday, 18-Aug-2008 00:25 Email | Share | | Bookmark
Vietnam Trip Part XI - Pantai di Furama Resort

Tenang di pantai Furama Resort
Kerusi rehat di bawah teduhan
Pasir memutih yang luas untuk pelbagai aktiviti
View all 12 photos...
Pantai di Furama Resort ini memang cantik dan rasanya amat rugi kalau hanya berenang di kolam renang dan tidak berenang di sini. Kawasan pasir putihnya jauh ke tengah dan memang sesuai untuk pelbagai aktiviti. Lautnya pula tenang dan memang sesuai untuk aktiviti berenang.

Pada masa ke sana, matahari terbit awal iaitu jam 5.30 pagi (6.30 pagi waktu kita) dan mesyuarat pula bermula jam 9.00 pagi, jadi waktu pagi adalah waktu terluang yang agak panjang. Budak-budak Indonesia yang tak tidur selepas Subuh pergi berenang di pantai. Kata mereka best. Memang apabila aku ke sana pada waktu pagi, itulah waktu terbaik untuk berenang. Hari masih belum panas terik, udara pula nyaman dan berenang memang sesuai pada waktu ini.

Namun, harus hati-hati kerana ketika berenang, aku ternampak beberapa ekor obor-obor sedang berenang di bawahku melalui goggle yang dipakai.. Yang tak berwarna, yang lutsinar itu tak bahaya tetapi yang berwarna itu bahaya. Gatal. Walaupun begitu, obor-obor itu bukanlah penghalang untuk tidak terus berenang di sini. Di mana-mana pun ada obor-obor.

Di sekitar kawasan ini, memang syurga untuk para penyelam iaitu di Semenanjung Son Tra yang juga dikenali dengan Monkey Mountain ataupun Pergunungan Monyet.


Tenang di pantai Furama Resort


Kerusi rehat di bawah teduhan


Pasir memutih yang luas untuk pelbagai aktiviti


Sebuah pulau kelihatan di kejauhan


Jom naik basikal air di Furama Resort


Ramai yang mandi pagi di pantai. Di belakang adalah Monkey Mountain.


Antara banyak resort baru yang sedang naik


Air yang tenang di pantai Furama Resort


Rasa nak terloncat-loncat tengok gambar ni...


Tenang mengadap mentari pagi naik


Panorama Monkey Mountain


Panorama Pantai Furama Resort


Wednesday, 13-Aug-2008 01:27 Email | Share | | Bookmark
Vietnam Trip Part X - Jalan-Jalan ke Hoi An

Rumah sempit memanjang di Viet Nam
'Not so' Full Moon Festival at Hoi An
Jual tanglung di Hoi An di malam hari
View all 14 photos...
Setelah bosan bermesyuarat di hotel, nasib baik ada aktiviti luar. Kami ke Hoi An.

Pertama kali ke sana pada waktu malam konon-konon nak tengok Festival Bulan Mengambang di sana. Alih-alih bulan tak muncul. Di sini memang banyak awan (lihat entri terdahulu). Semasa festival ini, lilin-lilin yang diletakkan di atas hiasan daun teratai dan dihanyutkan ke sungai. Pada malam itu juga, tidak banyak kelihatan bot-bot atau perahu-perahu kecil di sungai yang menghanyutkan lilin-lilin tersebut. Mungkin bulan tak kelihatan agaknya.


Not-so-Full Moon Festival at Hoi-An

Kebetulan aku duduk semeja sewaktu makan malam dengan salah seorang penganjur berasal dari Thailand, aku komplain kepadanya. Bukannya marah, tapi sekadar berlawak. Sebelum ke sana, dia menjanjikan yang terbaik. Namun katanya dia tak mampu mengawal bulan. Karakternya bersahaja namun lawak. Maklumlah dia sebenarnya orang yang terkenal di Thailand. Beliau sering muncul di kaca TV di sana membuat lawak dan juga talk show. Penonton sanggup membayar mahal mendengar celotehnya.

Bercakap pasal makan, seperti entri terdahulu, kukatakan di sini setiap kali makan ada bab* . Bila dibakar daging special itu, maka menerawanglah aroma kurang mengasyikkan ke lubang hidung.. Isyk... Aku duduk semeja bersama sekumpulan orang Indonesia yang perlukan special arrangement. Seorang rakan dari situ tak berselera nak makan. Alih-alih duk gelak je buat lawak..

Berbalik kepada Hoi An, bandar ini merupakan salah satu World Heritage Site, macam Melaka dan Pulau Pinang yang baru dapat tu. Di sini merupakan kota purba yang pernah menjadi pelabuhan entreport dan maritim utama dahulu yang juga merupakan salah satu persinggahan penting laluan rempah. Di sini menjadi tumpuan para backpackers menikmati makanan, shopping dan aktiviti-aktiviti laut. Kami ke sana kali kedua di waktu petang kerana ada pertandingan ala-ala mencari harta karun di situ.


Jual tanglung di Hoi An di malam hari


Jual tanglung di Hoi An di siang hari


Seorang pekedai membuat tanglung.


Tukang jahit di Hoi An


Wisel tanah liat pelbagai bentuk termasuklah bab*...


Makanan tradisional Vietnam. Tak tahu apa di dalamnya. Yang macam kayu tu wangi bau dia.


Hanya boleh berjalan kaki dan berbasikal di sini


Local specialty - Cao Lau. Yang ni pun ada bab*...


Masih cara lama menggunakan kandar. Macam ni agaknya bawak nasi kandar dulu...


Jambatan Bertutup Jepun dibina pada zaman pendudukan Jepun.

Di sini juga terletak Pulau Cham yang sungguh bersejarah yang terkait dengan bangsa Melayu kita. Dulu, Da Nang dipanggil Indrapura dan di sini adalah pusat kegemilangan kerajaan Hindu-Buddha Champa. Mengikut salah-satu teori yang berasaskan tinggalan sejarah, orang Melayu berasal daripada orang Champa.

Mengikut sejarah, kerajaan Champa telah dikalahkan kerajaan Viet Nam dan pemerintah terakhirnya bersama-sama rakyat telah lari ke Kemboja (Cambodia) dan berpusat di tebing Sungai Mekong yang dipanggil Kampong Cham. Jika dilihat daripada nama tempat di sini, bahasa Cham dan bahasa Melayu mempunyai persamaan. Memang ada beberapa perkataan lain yang sama seperti sungai, banyak, ikan dan orang. Ada juga yang lari ke Terengganu, Kelantan dan wilayah-wilayah Selatan Thai dan juga ke utara iaitu ke Pulau Hainan, China.

Walau bagaimanapun, tidak semua yang ikut lari dan masih tinggal di Viet Nam. Selain Pulau Cham, ada juga yang masih tinggal di Nha Trang. Pada zaman kegemilangannya, kerajaan Champa telah diIslamkan oleh pedagang Arab dan mempunyai hubungan dengan kerajaan Abbasiyyah di Baghdad dan juga membantu kerajaan Johor menentang Portugis di Melaka. Aku tidak berapa pasti sama ada mereka di Pulau Cham itu orang Islam. Orang Cham ini macam orang Jawa, masih kuat pengaruh Hindunya walaupun sudah Islam.


Bot sebagai pengangkutan utama untuk ke Pulau Cham. Di belakang adalah Pulau Cham. Kenderaan seperti motor sahaja boleh naik bot.

Aku bersembang pendek dengan salah seorang penjual air tebu di Hoi An. Apabila ditanya dari mana berasal, dia menjawab berasal dari Cham (singkatan untuk Champa). Tidak dijawabnya dari Vietnam kerana fikirku mereka tahu mereka telah dijajah.. Aku tak sempat bertanya sama ada dia itu Islam kerana kesuntukan masa. Kami terkejar ke sana ke mari mencari barang atau tugasan untuk disiapkan.

Kumpulan aku tu memang dari awal dah tahu kalah. Geng-geng Thailand datang sini nak shopping, bukannya mencari harta karun.. Aku menyesal tak shopping sekali sebab harga di sini murah jika dibandingkan dengan Ho Chi Minh City. Aku pulak santai ambik gambar!!!

Semasa perjalanan ke Hoi An, kelihatan bekas depot udara tentera Amerika semasa perang Vietnam dahulu. Di sekitar Da Nang, nampak kesan-kesan pertempuran berlaku. Di tengah kawasan-kawasan berpasir, kelihatan ada banyak lubang besar bekas kena bom. Sebuah candi tinggalan kerajaan Champa juga sedang diperbaiki setelah hancur kena bom.


Bekas depot udara tentera Amerika

Rumah-rumah orang Viet Nam sebenarnya unik. Bukaan depannya amat sempit, boleh muat sebuah kereta manakala panjangnya jauh ke belakang macam dua buah rumah teres kita. Kalau yang kaya dan mahukan rumah lebih besar, mereka buat sampai tiga tingkat! Tak tahulah aku kenapa mereka tak buat lebar lebih... Mungkin geran tanah dia macam tu kot..


Rumah yang sempit dan memanjang di Viet Nam (gambar blur sbb bas laju...)

Satu keunikan lagi ialah di belakang rumah ada kubur!!!! Dulu, orang Viet Nam suka tanam mayat di halaman rumah mereka. Namun kerajaan Viet Nam tidak membenarkan lagi menanam mayat di belakang rumah dan kini disediakan tanah perkuburan khas macam di negara kita. Di sini, mereka macam orang Cina kuburnya. Jadi kira jiratlah.


Friday, 8-Aug-2008 10:29 Email | Share | | Bookmark
Vietnam Trip Part IX (Furama Resort - External)

Beranda resort di celah pokok-pokok kelapa
Laluan koridor ke bilik
Kolam renang di Furama Resort
View all 14 photos...
Bila berada di luar bilik ataupun laman Furama Resort ini, sekali imbas macam di Malaysia pula. Mungkin kerana rekabentuk yang kukatakan itu. Tambahan pula, pokok-pokok di sana memang sama dengan yang di sini. Mungkin apabila melihat orang di sana ataupun bila mereka bercakap, baru tahu berada di Viet Nam.

Selain mengadap Laut China Selatan, Furama Resort ada sebuah taman yang di tengah-tengahnya terletak sebuah lagun buatan kecil. Di taman ini juga dihidupkan aroma terapi untuk menambah wangian dan juga menghalau nyamuk..


Beranda resort di celah pokok-pokok kelapa


Laluan koridor ke bilik


Kolam renang di Furama Resort


The Furama Resort


Pandangan resort dari luar


Tak banyak beza dengan suasana Malaysia


Pandangan dari taman


Lagun di tengah-tengah taman


Lampu yang menarik


Kolam renang yang tenang


Laluan di tengah taman


Beranda yang mengadap taman


Tangga di samping lif yang tersedia


Lampu aromaterapi yang unik


Monday, 4-Aug-2008 11:43 Email | Share | | Bookmark
Vietnam Trip Part VIII (Furama Resort - Courtyard)

Lapangan di resort yang mengadap laut
Hari yang mendung di Furama Resort
Susunan tempayan besar menghiasi suasana
View all 6 photos...
Kali ini, bergambar di luar bilik di Furama Resort pula iaitu di central courtyard. Bahagian ini terletak di antara lobi dan kolam renang dan menghadap laut. Aku suka hiasan tempayan besar di sini yang disusun di tepi kolam kecil yang ada ikan dan teratai.


Lapangan di resort yang mengadap laut


Hari yang mendung di Furama Resort


Susunan tempayan besar menghiasi suasana


Tempayan di Furama Resort yang aku suka


Tempayan - budaya Indochina


Teratai dan ikan di kolam air


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net