Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 31-Jul-2008 09:35 Email | Share | | Bookmark
Vietnam Trip Part VII (Furama Resort)

Katil di Furama Resort
Terasa nak beradu
Pandangan sebahagian bilik di Furama Resort
View all 12 photos...
Di Da Nang, kami tinggal di Furama Resort. Resort ini terletak di sebuah pantai menarik yang menghadap Laut China Selatan, laut yang sama dengan Pantai Timur kita. Sekali imbas, senibina resort ini macam yang berada di Malaysia. Mereka menggunakan konsep tropika dan direka oleh arkitek Australia.

Bangun pagi yang pertama di sini lawak betul. Confident je waktu di sini macam Malaysia iaitu siang dan malam masanya lebih kurang 12 jam. Kuncilah jam pukul 5.30 pagi (6.30 pagi waktu Malaysia). Sedar-sedar je hari dah cerah! Disebabkan Da Nang berkedudukan agak ke atas dan sekarang musim panas di hemisfera utara, maka siang di sini lebih panjang daripada malam. Subuh di sini pukul 3.45 pagi (4.45 pagi waktu Malaysia) manakala Maghrib pukul 6.45 ptg (7.45 ptg Malaysia) dan Isyak 8.00 mlm (9.00 mlm Malaysia). Nasib baik bukan bulan puasa..


Katil di Furama Resort


Terasa nak beradu


Pandangan sebahagian bilik di Furama Resort


Deko di tingkap bilik air


Pandangan dari toilet


Penyidai tuala yang aku suka


Jubah mandi dan selipar (terlupa nak bawak balik...)


Lagi pandangan dalam bilik


Kerusi rehat di balkoni


Pandangan ke luar


Pandangan dari luar


Toiletries di Furama Resort


Sunday, 27-Jul-2008 14:28 Email | Share | | Bookmark
Vietnam Trip Part VI (Da Nang)

Pesawat Vietnam Airlines yang kami naik ke Da Nang
Awan tebal menaungi Da Nang
Sebatang sungai disinari mentari di Da Nang
View all 7 photos...
Selepas penat shopping di Ben Thanh, kami bertolak ke Da Nang, destinasi sebenar kami. Da Nang terletak di tengah-tengah Viet Nam. Tempat ini mengadap Laut China Selatan dan berlatarbelakangkan pergunungan. Beberapa batang sungai ada di sini mengairi kawasan lembah.


Pesawat Vietnam Airlines yang kami naik ke Da Nang


Awan tebal menaungi Da Nang


Sebatang sungai disinari mentari di Da Nang


Sungai berlengkang-lengkok di Da Nang


Mentari di balik awan tebal


Sungai makin melebar di Da Nang


Turun kapal terbang melalui tangga dan naik bas


Friday, 25-Jul-2008 22:33 Email | Share | | Bookmark
Vietnam Trip Part V (Pasar Ben Thanh)

Salah satu pintu utama pasar Ben Thanh
Bahagian kraftangan
Diagram pasar Ben Thanh
View all 5 photos...
Kami pergi shopping di pasar Ben Thanh. Banyak pakaian, cadar, lukisan dan kain termasuk sutera dijual di sini. Yang nak cari kain baju kurung, baju kebaya ataupun yang nak kahwin, boleh datang ke sini.

"Murah! Murah!" "Bang, murah! Murah!" para pekedai memanggil kami dalam bahasa Melayu.. Mungkin mereka pernah kerja di Malaysia atau duduk di Malaysia ataupun mungkin terlalu ramai orang Malaysia pergi ke sana.

Di sini juga para peserta Miss World membuat lawatan. "Xin Chao, Viet Nam!" (Hello Vietnam). Kebetulan pada masa yang sama di sana, pertandingan Miss World sedang berlangsung. Tapi tak terserempak pun..


Salah satu pintu utama pasar Ben Thanh


Bahagian kraftangan


Diagram pasar Ben Thanh


Bahagian pakaian


Kedai lukisan di pasar Ben Thanh


Saturday, 19-Jul-2008 08:52 Email | Share | | Bookmark
Vietnam Trip Part IV

Pejabat Jetstar Vietnam
Kedai lukisan
Kedai peralatan dapur
View all 7 photos...
Koleksi gambar kedai-kedai sekitar Ho Chi Minh City.


Pejabat Jetstar Vietnam


Kedai lukisan


Kedai peralatan dapur


Kedai Avon


Sebuah restoran


Pra sekolah


KFC Vietnam


Thursday, 17-Jul-2008 12:44 Email | Share | | Bookmark
Vietnam Trip Part III

Terminal baru aiport HCMC
10.24 kami sampai
Ambil bagasi
View all 9 photos...
Selepas mendarat and masuk ke terminal, aku agak impresif dengan terminal antarabangsa di sini. Bangunan baru, kemudahan baru dan tandas yang bersih. Sekali pandang, macam ada persamaan dengan airport baru Kota Kinabalu ataupun KLIA kerana dinding kacanya yang senget ke luar.

Selepas melalui imigresen dan kastam, kami tinggalkan beg di airport dulu untuk shopping! Ini kerana kami ada beberapa jam lagi sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi kami seterusnya iaitu Da Nang.

Di atas jalan raya, terdapat berjuta-juta motosikal. Amat jarang kereta di sini kerana kenderaan mesti dibeli cash! Hanya orang kaya yang mampu memiliki kereta. Yang kurang berada hanya mampu membeli motosikal. Dengan motosikal itulah mereka mengangkut segala barang-barang termasuk yang besar seperti peti ais!! Yang paling best, semua binatang dia angkut sekali seperti itik, ayam, anjing dan termasuklah bab* alias khinzir..

Yang miskin pula hanya mampu naik basikal. Namun basikal tidaklah teruk sangat kerana kelajuan basikal adalah sama dengan kelajuan motosikal!! Jalan di sini sangat sesak dengan motosikal namun bergerak lancar walaupun perlahan.

Kalau orang Malaysia memandu dengan cara Malaysia di sini, sure dah maki hamun sumpah seranah kat orang lain. Bayangkan walaupun jalan kita dah hijau, ada van atau motosikal dari arah lain nak cross kita tapi semuanya possible.

Vietnam Boleh!!


Terminal baru aiport HCMC


10.24 kami sampai


Ambil bagasi


Motosikal yang banyak di jalan raya


Semua orang naik motor


Motor menunggu di traffic light


Sampai penuh jalan dengan motosikal


Cool.. Aku suka stail mamat ni


Tengah-tengah orang jalan, boleh 4WD ni cross..


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net