Want your
own Fotopage?








 
Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 3-Jan-2007 14:11 Email | Share | Bookmark
Ikan Bakar Alai - Petunjuk Arah

Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Wah, lama tak kemaskini ni. Cuti sakan aka larikan diri dari banjir walaupun rumahku tak banjir. Camne rumah aku tu...

Atas permintaan ramai, disiarkan di sini petunjuk arah untuk ke Medan Ikan Bakar Alai.

1. Bagi yang tak biasa, untuk ke Alai dari bandar Melaka atau Alor Gajah atau Ayer Keroh, mesti mengambil jalan lama mengarah ke Muar (Gambar 1).

2. Kalau dari Ayer Keroh melalui Masjid Al Azim, di lampu syarat simpang tiga di Kandang, jalan terus. Kalau dari bandar Melaka (melalui kawasan Portugis/Muara Duyong), sampai di lampu isyarat Kandang, belok kanan ke arah Muar (Gambar 2).

3. Selepas lampu isyarat, ada jambatan/sungai pertama. Belok ke susur di sebelah kanan jambatan dan melalui lorong sebelah sungai. Selepas jambatan kecil, belok kanan dan nampaklah gerai-gerai di situ (dalam bulatan merah Gambar 3). Cari Medan Ikan Bakar Haji Musa. Kakak di situ boleh cakap Cina...

4. Kalau terlepas susur dekat jambatan tadi, boleh masuk ke sebuah jalan yang pertama di sebelah kanan. Setelah masuk dan sampai di simpang empat, belok kanan dan sampai.









View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net