Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 17-Dec-2007 13:27 Email | Share | Bookmark
Ayam Penyek

 
 
Ayam Penyek Surabaya merupakan satu makanan wajib apabila aku ke Orchard Road, Singapura. Selain halal, restoran Ayam Penyek ini terletak di lokasi strategik di Orchard Road iaitu di Lucky Plaza (tingkat 2), tempat di mana para pembantu rumah 'bersidaian' di hujung minggu, terutamanya dari Filipina. Selain itu, harganya relatif murah jika dibandingkan dengan restoran Indonesia lain yang lebih eksklusif seperti House of Sundanese.

Restoran ini boleh dikatakan sebagai 'Mini Indonesia' kerana selain masakan Indonesia, lagu-lagu popular Indonesia juga diperdengarkan di samping para pelanggan yang rata-ratanya terdiri daripada pelancong Indonesia ke Singapura.

Cuma kelemahan di sini ialah restoran ini agak sempit dan jarak antara meja adalah rapat. Terasa seperti tiada privasi. Aku mahu berkomunikasi dengan para pekerja termasuk bos di situ, namun kerana ketidaksamaan loghat menghambat perbualanku. Aku cakap Melayu, dibalasnya Bahasa Inggeris. Boring betul. Kenapa? Jawapannya di sini. Mereka lebih senang berbual dengan para pelanggan lain dari Indonesia dengan loghat pekat Jakartanya. Akhirnya, aku panggil seorang pekerja Melayu di situ, lebih senang aku hendak berkomunikasi.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net