Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 20-Oct-2008 04:28 Email | Share | Bookmark
Bandung Trip Part I

Pesawat Indonesia Airasia yang kami naik
Bandara (BANdar uDARA) Hussein Sastranegara di Bandung
Patradissa Guest House yang kami menginap pada mulanya
Masjid Agung Al-Ikhuwwah yang terletak berdekatan.
Angkutan Kota - cara mudah dan murah untuk bergerak
Sebatang jalan di Bandung
Shopping mall di Dago
Factory outlet di Dago
Sebenarnya dah lama pergi Bandung ni, Jun lepas, tapi tak berkesempatan untuk kemaskini lebih awal. Kali ni, pakai taktik sama dengan yang pergi Solo-Jogja dulu - taktik redah je. Caranya beli tiket Airasia je, lepas tu pergilah ke sana macam nak keluar outing ke KL. Hotel dan lain-lain belakang cerita.

Masuk dalam flight, macam biasa, orang kita memang tamak. Kami masuk lambat dalam flight. Ada satu famili tu, pergi 6 orang tapi ambil 9 seat. Aku dengan Airen terpaksa duduk terpisah oleh laluan tengah tu. Memang boring duduk 2 jam dalam flight tu. Lepas duduk rasa macam nak terus sampai je.

Selepas sampai ke airport dan melalui pemeriksaan imigresen, kami bertanyakan teksi untuk membawa kami ke mana-mana hotel di Jalan Dago. Yang jaga kaunter pulak mahukan destinasi tepat, memang susah betul. Dia suruh book hotel dulu.

Ada kaunter booking hotel di airport tapi aku tahu memang mahal dia caj. Aku call beberapa hotel yang aku catat dari Internet tapi semuanya tidak ada bilik yang boleh disewa untuk beberapa malam, yang ada untuk satu atau dua malam sahaja. Rupa-rupanya sekarang musim cuti sekolah di sana. Ingatkan macam di Malaysia sebab Malaysia sudah habis cuti sekolah. Rupanya di sana baru bermula. Panik jugak dibuatnya.

Akhirnya, aku main bantai saja mana-mana hotel yang ada dalam senarai tu. Cakap je mana-mana hotel, dapatkan kupon teksi, lepas tu pandai-pandailah mintak tolong pemandu teksi tu. (Pemandu teksi tu tak habis-habis cerita pasal Siti Nurhaliza dengan Datuk K datang ke Bandung...)

Pemandu teksi itu agak informatif dan suka menolong tapi dalam hati aku, aku tahu orang-orang Indonesia ini suka mengambil kesempatan. Yang ada dalam kepalanya hanyalah Rp (Rupiah, bukan RM...). Ingat orang Malaysia semuanya cop duit ke...? Pantang dengar loghat Malaysia..

Dia berhenti di sebuah hotel atau lebih tepat guest house namun kami tidak bersetuju kerana jauh dari tempat-tempat shopping di Bandung. Akhirnya, dia terfikir satu guest house dekat dengan Dago iaitu Patradissa Guest House dan membawa kami ke sana. Aku masih ingat semasa ke sini pada tahun 2004 dulu, bangunan dan suasana di Dago masih sama.


Pesawat Indonesia Airasia yang kami naik


Bandara (BANdar uDARA) Hussein Sastranegara di Bandung


Patradissa Guest House yang kami menginap pada mulanya


Masjid Agung Al-Ikhuwwah yang terletak berdekatan.


Angkutan Kota - cara mudah dan murah untuk bergerak


Sebatang jalan di Bandung


Shopping mall di Dago


Factory outlet di Dago


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net