Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 23-Oct-2008 13:42 Email | Share | Bookmark
Bandung Trip Part II

Chicken Story di Bandung Indah Plaza (BIP)
Pandangan di hadapan BIP
Pandangan di dalam BIP
Now on Sale. Proton Wira jadi teksi di Indonesia..
Pasta, bukan makanan Itali dan sikat bukan hanya untuk rambut..
Holland Bakery di waktu senja
Holland Bakery di tengah hari
Simpang berhampiran BIP
Sebenarnya taktik redah kami itu kurang berjaya. Guest house yang kami menginap nampaknya kurang dapat memberi maklumat yang kami kehendaki i.e. apa-apa yang murah e.g. teksi sewa murah, tempat makan paling best, tempat paling banyak barang-barang shopping etc. Akhirnya kami membayar pada harga yang biasa.. Banyak lagi cerita pasal ini menanti tapi biarkan bercerita dulu tentang hari kami mula-mula sampai di Bandung.

Patradissa Guest House yang kami tinggal itu sebenarnya tidak dapat memenuhi kehendak kami untuk berada empat malam di sana. Pekerja di situ berjanji untuk berusaha sedaya-upaya membantu kami (akhirnya tidak! - nantikan). Rupanya ramai juga rombongan Malaysia yang sudah menempah di situ.

Pada petang kami sampai, kami tidak ke mana-mana. Hanya ke Dago, ke shopping mall ataupun di sini dipanggil mal. Kami makan Chicken Story sebagai makan tengah hari kami yang terlewat. Ingatkan ayam di sini besar macam di Wong Solo namun kecil sahaja. Pun begitu, makanannya tetap sedap.

Chicken Story sebenarnya terletak di Bandung Indah Plaza (BIP). Selepas makan, kami masuk ke BIP, cucuk duit dulu sebab tak sempat nak jadi jutawan aka tukar duit di Malaysia. Aku keluarkan dua juta Rupiah. Kami jalan-jalan ke Bread Talk dan masuk ke Hypermart untuk membeli sedikit alas perut.

Pada malamnya, kami tak keluar lagi sebab dah penat. Lagipun kami sampai ke hotel masa dah Maghrib. Makan malam dengan makanan yang dibeli tadi. Esok mahu ke Pasar Baru - main reason kami ke Bandung.


Chicken Story di Bandung Indah Plaza (BIP)


Pandangan di hadapan BIP


Pandangan di dalam BIP


Now on Sale. Tengok di tepi jalan, Proton Wira jadi teksi di Indonesia..


Pasta, bukan makanan Itali dan sikat bukan hanya untuk rambut..


Holland Bakery di waktu senja - Bandung merupakan tempat berehat/bercuti para penjajah Belanda dulu.


Holland Bakery di tengah hari


Simpang berhampiran BIP


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net