Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 9-Jan-2009 09:26 Email | Share | Bookmark
Tawar Hati

Rasanya mungkin terhenti di sini saja. Tempat ini adalah tempat gelap. Laman ini mungkin ini berkait dengan kekejaman.

Laman ini yang telah kukemaskinikan beberapa hari lepas dengan sebuah tajuk berkenaan pemulauan laman ini namun telah dipadamkan oleh pemilik laman ini. Dibuatnya satu Fotopages khusus untuk kekejaman tersebut namun adakah ini hanya satu sandiwara sahaja? Dia memang berketurunan orang-orang yang melakukan kekejaman itu namun adakah dia menentang kekejaman tersebut? Orang dia ini kita kena berhati-hati, memang kadang-kadang tak boleh dipercayai.

Mari kita pulaukan. Bila tengok bendera negara di Fotopages paling sohor itu yang sepatutnya negara kita digantikan dengan bendera negara dia, terasa ada sesuatu yang tidak betul. Ada yang mahu diwar-warkan dan mahu mempengaruhi orang lain. Nampak sesuatu yang remeh namun dalam keadaan sekarang, itu satu perkara besar.

Kalau dia padam juga yang ini, tak tahulah. Aku dah tulis dengan perkataan semuanya berasal dari Bahasa Melayu kecuali Fotopages.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net