Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 3-Feb-2009 14:58 Email | Share | Bookmark
Sarawak Trip Part VI - Hilton Kuching

Setelah hinggap di Kuching, duduk di Hotel Hilton. Lokasi hotel ini amat strategik kerana terletak di Waterfront. Bazaar tempat membeli tikar Sarawak serta pelbagai kraftangan lain dan tugu kucing juga tidaklah jauh dari sini.

Dari bilik, nampak jelas Sungai Santubong mengalir. Di seberang sungai kelihatan Fort Magherita dan Bangunan DUN yang masih dalam pembinaan (semasa gambar diambil). Di sana juga banyak perkampungan Melayu yang terkenal dengan Kek Lapis Sarawaknya.

Entah kenapa tidak terfikir pula semasa di sana untuk menaiki bot penambang ke kampung seberang sana. Di sana banyak juga tarikan seperti gerai makan yang menyediakan makanan tempatan yang sedap. Kadang-kadang kita selalunya terikut-ikut dengan tempat-tempat pelancongan yang dikomersilkan. Kampung-kampung juga merupakan satu tarikan kerana dapat mengenali cara hidup dan adat penduduk tempatan. Jadilah backpackers... dan jangan lupa jenguk WikiMapia untuk peta.. Lain kali kalau berkesempatan, boleh pergi ke sana..

Jom berkunjung ke strozze.blogspot.com.

Lebih banyak foto di sini.

Nak tahu peta di mana gambar-gambar di bawah ini diambil, sila klik di sini.

Gambar-gambar di dalam bilik Hotel Hilton Kuching:









Bilik hotel dan kampung di seberang sungai kelihatan di luar:





Bangunan DUN yang masih dalam pembinaan ketika gambar diambil:



Fort Magherita:



Kampung di seberang sungai. Pengkalan Haji Salleh kelihatan:



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net