Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 4-Sep-2004 00:00 Email | Share | Bookmark
Melaka - Bumi Hang Tuah

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
Muzium Melaka - replika Istana Sultan Melaka
A Famosa
Bekas gereja di Bukit St. Paul
Plat tinggalan Belanda
Corak pada plat
Beca
Christ Church Melaka
Lagi Christ Church Melaka
Stadhuys - tinggalan Belanda
Menara jam
Bandaraya Melaka hari ini
Sebenarnya aku selalu ke Melaka dan melalui kawasan-kawasan bersejarah ini tetapi tak pernah aku ambil peduli. Tapi kali ini aku tergerak hati untuk mengambil foto-foto di sini. Tambahan pula, sekarang tengah 'demam' Puteri Gunung Ledang. Walaupun aku dah menonton filem ini di Johor Bahru, tetapi kerana tak tahu nak buat apa pada suatu malam ketika di Melaka, aku menontonnya sekali lagi. Sekurang-kurangnya aku dapat merasa menonton filem ini di tempat asalnya. Pelbagai bangsa menonton filem ini, tidak seperti kebiasaannya yang filem Melayu hanya ditonton oleh orang Melayu sahaja. Mungkin rakyat di Melaka ini semacam ada rasa kebanggaan melihat suatu cerita yang memperlihatkan suasana silam di negeri yang mereka tinggal sekarang.

Kalau dilihat gambar-gambarku di atas, bangunan tinggalan lama hanyalah milik bangsa Eropah! Menurut cerita, setelah Portugis menguasai Melaka, mereka memusnahkan semua tanda kegemilangan tamadun Islam di Melaka dan menggantikannya dengan bangunan dan kota mereka dan menerapkan pengaruh Kristian di Melaka. Khabarnya mereka membina sebahagian kota lama itu dari batu-batu nisan di kuburan orang Melaka. Muzium Melaka itu dibina kembali hasil dari rujukan lama dan juga gambaran-gambaran yang dipercayai. Ia dibina kembali untuk tatapan masakini.

Begitulah kerakusan orang Eropah zaman dahulu... ironi dengan orang Asia seperti China, India dan Arab yang secara damai berdagang di Melaka.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net