Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 10-Dec-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
Pulau Sentosa

Pandangan ke Timur.
Pandangan ke Barat.
Banyak kapal berlabuh.
Pulau-pulau kecil.
Pandangan dari tengah.
Lagi pemandangan Sentosa.
Pemandangan dari bilik.
Meja beralaskan taburan pasir.
Panorama Rasa Sentosa.
Blessing in disguise. Itulah ungkapan yang boleh dikatakan untuk perjalananku ke Singapura tempoh hari. Semua hotel utama sudah habis ditempah kerana cuti sekolah dan sebuah acara golf sedang diadakan di negeri pulau itu. Puas kami mencari hotel yang masih kosong namun tak ketemu. Akhirnya setelah memperjudikan nasib, kami mendapat bilik di Shangri-La Rasa Sentosa di Pulau Sentosa.

Dengan menaiki kereta, bayaran di adalah SG$4. SG$2 untuk bayaran masuk setiap orang manakala SG$ 2 lagi untuk bayaran masuk kereta (di sini tak ada yang percuma!).

Sampai di bilik, aku tak sabar lagi untuk indulge habis-habis. Bilikku terletak di tengah-tengah menghadap laut. Sungguh strategik. Pemandangan di sini sangat unik. Banyak kapal-kapal berlabuh sementara ke Pelabuhan Keppel yang sebahagiannya terletak di pulau bersebelahan iaitu Pulau Brani.

Di hujung sebelah Barat, kelihatan Pulau Jurong yang menempatkan kompleks petrokimia. Di tengah-tengah nampak beberapa pulau kecil yang tak berpenghuni di dalam wilayah Sungapura. Di sebelah Timur kelihatan Kepulauan Riau, Indonesia iaitu Pulau Batam dan Pulau Bintan.

Setelah waktu kerja, kufikir nak bermain bola tampar pantai atau bola sepak tapi tak ada yang bermain. Ada yang memegang bola tampar tapi main baling-baling saja. Sigh...

Lalu kuberjalan saja di tepi pantai. Ambil angin dan melihat pemandangan di situ. Rupanya kusangka panas sampai ke petang, setelah berjalan beberapa kilometer, kudapati tapak kasutku sudah diselaputi dengan minyak! Ini mesti dari kapal-kapal tersebut.

Dari jauh pantai tampak bersih tetapi jika diamati dengan dekat, ada tompokan kecil minyak bertaburan di sepanjang pantai. Kalau berjalan jarak dekat pasti tak terlekat sebegitu, tetapi aku dah berjalan jauh. Hmm potong mood betul! Memang betul kata temanku berkenaan keadaan pantai di sini sebelum ini. Yang kupelik ramai juga Mat Salleh yang mandi dan berjemur di sini. Kalau di Malaysia, tak laku pantai jenis begini. Mereka patut ke Pantai Timur Semenanjung sebenarnya...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net