Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 26-Sep-2006 11:27 Email | Share | Bookmark
Makanan Bulan Puasa - Hari Ketiga

 
 
Kuambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. Semoga Ramadhan ini adalah yang terbaik pernah kita lalui.

Kendatipun bulan Ramadhan adalah bulan tanpa makan dan minum di siang harinya, namun di bulan inilah kita dapat mencari pelbagai juadah yang jarang kita temui di bulan-bulan biasa. Mungkin inilah rezeki Ramadhan tetapi ini juga boleh membuatkan kita semua tamak dan membazir.

OK, kupersembahkan apa yang kumakan hari ini iaitu Rojak. Inilah makanan yang paling mudah. Mudah dari segi apa saja; baik mudah dibeli, mudah disediakan dan mudah untuk disimpan. Hari ini, kubeli agak banyak kerana kumahu simpan untuk sahur sekali. Juga mudah kerana tidak kuperlu memikirkan apa makanan lain untuk dibeli untuk sahur.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net