Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 29-Sep-2006 13:27 Email | Share | Bookmark
Makanan Bulan Puasa - Hari Keenam (Rezeki)

Nasi Lemak
Karipap
Hari ini kurasa bagai zombi. Pertimbangan fikiranku seolah-olah tidak betul gara-gara sudah beberapa hari tidak cukup tidur. Kumasih dengan tabiat lama iaitu tidur lambat dan di bulan puasa sebegini bangun seawal empat pagi untuk sahur.

Sebelum sembahyang Jumaat, kutidur dulu. Namun ketika di masjid, badanku masih terasa lemah. Lantas selepas kerja, kusambung tidur lagi. Kononnya kumahu bangkit jam enam untuk membeli makanan berbuka puasa tapi kumasih tidur. Jam enam setengah baru betul-betul kubangkit dari tidur.

Sememangnya sudah lambat, kubercadang berbuka dengan kurma dan air masak saja. Selepas Maghrib baru pergi ke kedai makan. Sedang kupanaskan air, anak jiranku datang mengetuk pintu. Alhamdulillah, rezeki datang kepadaku. Pastinya waktu-waktu begini jiranku datang bersedekah makanan. Memang benar kerana anaknya membawa sebungkus Nasi Lemak dan beberapa biji karipap.

Syukur, kutersenyum kerana di bulan mulia ini datang kejutan yang menggembirakan.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net