Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 30-Sep-2006 18:06 Email | Share | Bookmark
Makanan Bulan Puasa - Hari Ketujuh (Rezeki Lagi)

Kuih Keria
Hari ini sudah kusembuh dari "penyakit zombi". Selepas "pekena" Nasi Lemak semalam, terasa segar tubuhku. Ini disegarkan lagi dengan tidur sampai jam 11 pagi tadi setelah terlepas sahur (hish...) dan Nasi Goreng yang kubeli sebelum tidur malam tadi pula terbiar di dapur. Hanya setelah pagi kumasukkan Nasi Goreng itu ke peti sejuk.

Kononnya kumahu panaskan Nasi Goreng itu untuk dijadikan makanan berbuka namun nasi itu sudah agak masam! Kucari bahagian yang tidak masam kerana kufikir yang masam itu dari sambal belacan yang diletakkan ke dalam nasi itu. Tidak kumahu kukeracunan makanan nanti. Akhirnya kenyang juga - kerana kuminum banyak air.

Sebenarnya jam 5.30 tadi, anak jiranku datang mengetuk pintu rumahku sedang enak kudibuai mimpi (tidur lagi...) Ah, rezeki lagi! Anak jiranku itu memberi beberapa biji kuih keria. Masih panas lagi dan isinya sangat lembut. Ini jiranku yang berlainan dari yang semalam. Yang ini di sebelah kanan manakala yang semalam di sebelah kiri. Murah rezekiku di bulan yang mulia ini. Alhamdulillah...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net