Fotopagesku Yang Dah Berhabuk...

By: Sang Pramuwisata

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 2-Oct-2006 11:24 Email | Share | Bookmark
Makanan Bulan Puasa - Hari Kesembilan

Nasi Kerabu
Air Kathira
Kuih apa ni?
Hari ini selepas ke PTP (lihat foto PTP teman kita ini), kumelencong ke Stadium Larkin sebentar. Kumahu ke bazar Ramadhan di sana. Sudah lama kumengidam Nasi Kerabu Tepi Mahkamah, Air Kathira Abu Bakar dan Rojak Asma yang dijual di sana. Sebelum ini, tidak kuberkesempatan untuk ke sana. Kalau tiada tujuan, tidak kumahu ke sana kerana memikirkan kesesakan lalulintas yang bakal kuhadapi.

Selepas memarkir keretaku, detinasi pertama ialah Nasi Kerabu Tepi Mahkamah. Namun setelah kuberjalan agak lama, tidak kutemui kedai itu. Adakah sudah berubah tempat atau sudah ditutup? Kucari klu lain iaitu asap yang banyak dari tempat pembakaran ayam dan daging kedai itu.

Akhirnya kutemui satu kedai yang membakar ayam dan daging tetapi asapnya agak kurang. Mungkin asapnya kurang kerana masih kurang ayam dan daging yang dibakar ataupun masa jerebu begini semua tempat berasap dan asapnya tidak jelas... Masih kusangsi ini tempatnya kerana nama gerai itu adalah Warung Sup Abah. Mungkin ini bukan tempatnya. Kutenung menu yang tertera - Nasi Kerabu Special. Terdengar pula brader di sebelahku kecek Klate. Hmm, sah inilah tempatnya! Hanya nama yang bertukar.

Kumembeli Nasi Kerabu Special iaitu nasi kerabu yang disediakan dengan ayam dan daging bakar. Setelah itu, kubeli juga Air Kathira. Yang ini bukan Air Kathira Abu Bakar seperti tahun lepas, yang kukira harganya naik selaras dengan minyak walaupun ini adalah air, tetapi ini lain kerana harganya RM2. Air Kathira Abu Bakar berharga RM2.50 tahun lepas. Juga kubeli satu kuih yang selalu kubeli di kedai Bai. Mungkin yang tahu boleh tolong berikan namanya. Rojak Asma kubeli lain kali saja...

Rujuk pos tahun lepas berkenaan Nasi Kerabu dan Air Kathira







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net