Location: http://www.fotopages.com
Window-target: _top

<?xml version="1.0" encoding="UTF-8"?>

<rss version="2.0"
 xmlns:blogChannel="http://backend.userland.com/blogChannelModule"
>

<channel>
<title><![CDATA[Fotopagesku Yang Dah Berhabuk... -  - Fotopages.com]]></title>
<link>http://strozze.fotopages.com/</link>
<description><![CDATA[I love travelling and taking pictures. Adventurous and independent person. Sometimes get crazy. ]]></description>
<pubDate>Wed, 10 Feb 2010 13:28:29 GMT</pubDate>
<lastBuildDate>Wed, 10 Feb 2010 13:28:29 GMT</lastBuildDate>

<image>
<title><![CDATA[]]></title>
<url>http://www.fotopages.com/images/rss_logo.gif</url>
<link>http://www.fotopages.com/</link>
<width>40</width>
<height>60</height>
</image>
<item>
<title><![CDATA[Tutup]]></title>
<description><![CDATA[Dah 5 tahun di FP ni. Every good things must come to an end. Dengan ini, fp ini telah ditutup dan berpindah ke rumah baru di http://strozze.blogspot.com(strozze.blogspot.com). Sila berkunjung ke sana untuk perkembangan terkini.]]></description>
<guid isPermaLink="true">http://strozze.fotopages.com/?entry=1815434</guid>
<pubDate>Fri, 06 Mar 2009 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>
<item>
<title><![CDATA[Sarawak Trip Part VIII - Bazaar]]></title>
<description><![CDATA[Terletak berdekatan dengan Waterfront adalah bazaar. Di sinilah tempat popular untuk para pelancong luar membeli kraftangan Sarawak terutamanya tikar Sarawak. Harga di sini jauh lebih murah kerana di sini memang tempat asalnya. Harga tikar yang dijual tidak termasuk kos penghantaran. 

Kalau naik MAS dan masih ada lagi baki berat bagasi 20kg itu, bolehlah dilipat dan didaftar masuk.. Tetapi aku ini memang dah sarat bawa barang, terpaksalah Poslaju saja.. Masa diaorang nak hantar ke rumah, aku pula tiada, terpaksalah pergi ambil sendiri.. Dah la panjang, nak kena bukak seat belakang lagi.. Takpela.. tikar Sarawak punya pasal..

Di bazaar juga ada dijual kek lapis Sarawak. Harganya bergantung kepada kualiti. Kalau nak yang lebih murah, boleh pergi sendiri ke kampung seberang sungai menghala ke Pengkalan Haji Salleh iaitu tempat pembuatan kek-kek ini.. :P 

Ini adalah entri terakhir untuk Sarawak Trip.. :-( 

Jom berkunjung ke http://strozze.blogspot.com(strozze.blogspot.com).

Lebih banyak foto http://picasaweb.google.com/strozze/SarawakTripKuching#(di sini).

Nak tahu peta di mana gambar-gambar di bawah ini diambil, sila klik http://picasaweb.google.com/strozze/SarawakTripKuching/photo#map(di sini).

 













]]></description>
<guid isPermaLink="true">http://strozze.fotopages.com/?entry=1811218</guid>
<pubDate>Fri, 27 Feb 2009 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>
<item>
<title><![CDATA[Sarawak Trip Part VII - Kuching Waterfront]]></title>
<description><![CDATA[Sungai atau laut merupakan nadi utama sesebuah tempat and di sinilah semua orang tertumpu. Begitu juga di Kuching di mana Sungai Santubong menjadi penghubung penduduk di sini.

Untuk memodenkan tebing sungai ini, Waterfront telah dibangunkan. Di sinilah pelbagai aktiviti dijalankan. Selain menjadi pengkalan bot penambang, di sini juga diadakan kawasan lapang untuk pameran, kawasan pejalan kaki, tempat makan dan bazar yang menjual hasil kraftangan dan juadah tempatan juga terletak tidak jauh dari sini.

Jom berkunjung ke http://strozze.blogspot.com(strozze.blogspot.com).

Lebih banyak foto http://picasaweb.google.com/strozze/SarawakTripKuching#(di sini).

Nak tahu peta di mana gambar-gambar di bawah ini diambil, sila klik http://picasaweb.google.com/strozze/SarawakTripKuching/photo#map(di sini).


Bangunan DUN yang terletak di tebing Sungai Santubong yang masih dalam pembinaan.


Sebuah bot sedang bergerak di hadapan bangunan DUN yang sedang dalam pembinaan.


Kawasan kampung di seberang sungai (tempat membuat kuih lapis..) 


Kuching Waterfront berlatarbelakangkan Gunung Santubong.


Meja-meja minum di Waterfront.


Gerai-gerai di Waterfront.


Hotel Hilton Kuching di Waterfront.


Bangunan DUN dari dekat.]]></description>
<guid isPermaLink="true">http://strozze.fotopages.com/?entry=1807003</guid>
<pubDate>Fri, 20 Feb 2009 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>
<item>
<title><![CDATA[Sarawak Trip Part VII - Tugu Kucing]]></title>
<description><![CDATA[Terletak tidak jauh dari Kuching Water Front iaitu di persimpangan Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Abell, ialah Tugu Kucing atau Cat Statue. Dari nama kucing inilah Kuching mendapat nama. Mungkin juga daripada buah mata kucing yang terdapat banyak di tebing sungai ketika dulu. Tidak sah kalau ke Kuching tidak mengambil gambar di sini.  :-D 

Jom berkunjung ke http://strozze.blogspot.com(strozze.blogspot.com).

Lebih banyak foto http://picasaweb.google.com/strozze/SarawakTripKuching#(di sini).

Nak tahu peta di mana gambar-gambar di bawah ini diambil, sila klik http://picasaweb.google.com/strozze/SarawakTripKuching/photo#map(di sini).













]]></description>
<guid isPermaLink="true">http://strozze.fotopages.com/?entry=1799771</guid>
<pubDate>Mon, 09 Feb 2009 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>
<item>
<title><![CDATA[Sarawak Trip Part VI - Hilton Kuching]]></title>
<description><![CDATA[Setelah hinggap di Kuching, duduk di Hotel Hilton. Lokasi hotel ini amat strategik kerana terletak di Waterfront. Bazaar tempat membeli tikar Sarawak serta pelbagai kraftangan lain dan tugu kucing juga tidaklah jauh dari sini.

Dari bilik, nampak jelas Sungai Santubong mengalir. Di seberang sungai kelihatan Fort Magherita dan Bangunan DUN yang masih dalam pembinaan (semasa gambar diambil). Di sana juga banyak perkampungan Melayu yang terkenal dengan Kek Lapis Sarawaknya.

Entah kenapa tidak terfikir pula semasa di sana untuk menaiki bot penambang ke kampung seberang sana. Di sana banyak juga tarikan seperti gerai makan yang menyediakan makanan tempatan yang sedap. Kadang-kadang kita selalunya terikut-ikut dengan tempat-tempat pelancongan yang dikomersilkan. Kampung-kampung juga merupakan satu tarikan kerana dapat mengenali cara hidup dan adat penduduk tempatan. Jadilah backpackers... dan jangan lupa jenguk http://wikimapia.org(WikiMapia) untuk peta..  Lain kali kalau berkesempatan, boleh pergi ke sana.. :-D 

Jom berkunjung ke http://strozze.blogspot.com(strozze.blogspot.com).

Lebih banyak foto http://picasaweb.google.com/strozze/SarawakTripKuching#(di sini).

Nak tahu peta di mana gambar-gambar di bawah ini diambil, sila klik http://picasaweb.google.com/strozze/SarawakTripKuching/photo#map(di sini).

Gambar-gambar di dalam bilik Hotel Hilton Kuching:









Bilik hotel dan kampung di seberang sungai kelihatan di luar:





Bangunan DUN yang masih dalam pembinaan ketika gambar diambil:



Fort Magherita:



Kampung di seberang sungai. Pengkalan Haji Salleh kelihatan:

]]></description>
<guid isPermaLink="true">http://strozze.fotopages.com/?entry=1795350</guid>
<pubDate>Tue, 03 Feb 2009 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>
<item>
<title><![CDATA[Sarawak Trip Part V - Terbang ke Kuching]]></title>
<description><![CDATA[Setelah di Sibu, terbang pula ke Kuching. Seperti dikenali umum, Sarawak memang banyak sungai. Dari atas, sungai-sungai ini nampak berbengkang-bengkok dan sangat menarik.

Jom berkunjung ke http://strozze.blogspot.com(strozze.blogspot.com).

Lebih banyak foto http://picasaweb.google.com/strozze/SarawakTripSibu#(di sini).

Nak tahu peta di mana gambar-gambar di bawah ini diambil, sila klik http://picasaweb.google.com/strozze/SarawakTripSibu/photo#map(di sini).


Meninggalkan Sibu


Bandar Sibu dari atas.


Bandar Sibu dan Sungai Rajangnya.


Pandangan Bandar Sibu dari atas awan.


Muara-muara sungai di Sarawak.


Lagi gambar muara-muara sungai di Sarawak.


Mula terbang di ruang udara Kuching. Gunung Santubong sudah kelihatan..


Pemandangan Bandaraya Kuching dari atas.]]></description>
<guid isPermaLink="true">http://strozze.fotopages.com/?entry=1793162</guid>
<pubDate>Sat, 31 Jan 2009 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>
<item>
<title><![CDATA[Sarawak Trip Part IV - Keunikan Sibu]]></title>
<description><![CDATA[23 Julai 2008

Setelah agak lama tidak dikemaskini, kini aku sambung kembali (dan tengah mencari laman alternatif untuk album online aku ini - yang lain semua kena bayar kecuali Fotopages ini.. Hmm..)

Ada banyak keunikan Sibu sebenarnya namun tidak sempat kerana waktu yang singkat. Ada beberapa perkara tentang Sibu yang aku ingin kongsikan.

Jalan-jalan di sini ada tulisan Cina di samping tulisan Bahasa Malaysia. Ini yang menjadi kontroversi di Pulau Pinang tahun lepas kerana mahu diadakan tulisan Cina di papan-papan tanda jalan. Aku sebenarnya tidak bersetuju sangat dengan papan tanda pelbagai bahasa ini kerana kita hanya perlukan satu bahasa yang boleh difahami oleh semua orang. Lihat ada sesetengah negara, mereka tak pedulikan bahasa asing. Papan tanda mereka hanya dalam bahasa kebangsaan sendiri macam di Jepun, Perancis ataupun Jerman. Lantaklah pelancong tak faham. Nak faham, belajarlah bahasa-bahasa itu.

Di Sibu ini majoritinya penduduk berbangsa Cina. Banyak taman-taman bertemakan budaya Cina yang dibawa oleh para pendatang yang mula-mula sampai ke sini dulu.

Di Sibu juga banyak piring satelit di rumah-rumah. Pada mulanya aku ingat undang-undang di sini berlainan daripada Semenanjung namun menurut seorang yang kutemui, ini sebenarnya tetap salah namun tiada penguatkuasaan. Jadi, banyak rumah memasang piring-piring satelit macam di Indonesia. Mereka banyak menala piring mereka ke satelit-satelit dari China dan Taiwan untuk menerima siaran dari sana. Bankraplah Astro di sini...

Selain itu, di sebuah kilang yang kulawati, kutemui ada disediakan sebuah kedai runcit. Senang untuk para pekerja membeli barang keperluan di sini. Ada juga disediakan kuarters. Tidak susah lagi bagi mereka kerana jarak kilang dengan bandar agak jauh.

Berakhir sudah entri untuk Sibu. Nantikan entri di Kuching pula.. :-D 

Senang-senang, lawatilah http://strozze.blogspot.com(strozze.blogspot.com)


Papan tanda berbahasa Cina di Sibu.Perhatikan longkang penuh dengan air tanah kerana baru saja dilanda banjir kilat.


Satelit untuk menerima siaran luar negara di Sibu


Sebuah kedai runcit di sebuah kilang di Sibu


Lapangan terbang Sibu]]></description>
<guid isPermaLink="true">http://strozze.fotopages.com/?entry=1790168</guid>
<pubDate>Tue, 27 Jan 2009 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>
<item>
<title><![CDATA[Tawar Hati]]></title>
<description><![CDATA[Rasanya mungkin terhenti di sini saja. Tempat ini adalah tempat gelap. Laman ini mungkin ini berkait dengan kekejaman.

Laman ini yang telah kukemaskinikan beberapa hari lepas dengan sebuah tajuk berkenaan pemulauan laman ini namun telah dipadamkan oleh pemilik laman ini. Dibuatnya satu Fotopages khusus untuk kekejaman tersebut namun adakah ini hanya satu sandiwara sahaja? Dia memang berketurunan orang-orang yang melakukan kekejaman itu namun adakah dia menentang kekejaman tersebut? Orang dia ini kita kena berhati-hati, memang kadang-kadang tak boleh dipercayai.

Mari kita pulaukan. Bila tengok bendera negara di Fotopages paling sohor itu yang sepatutnya negara kita digantikan dengan bendera negara dia, terasa ada sesuatu yang tidak betul. Ada yang mahu diwar-warkan dan mahu mempengaruhi orang lain. Nampak sesuatu yang remeh namun dalam keadaan sekarang, itu satu perkara besar.

Kalau dia padam juga yang ini, tak tahulah. Aku dah tulis dengan perkataan semuanya berasal dari Bahasa Melayu kecuali Fotopages. $-) ]]></description>
<guid isPermaLink="true">http://strozze.fotopages.com/?entry=1777684</guid>
<pubDate>Fri, 09 Jan 2009 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>
<item>
<title><![CDATA[Sarawak Trip Part III - Panorama Bandar Sibu]]></title>
<description><![CDATA[Selamat Menyambut Tahun Baru 1430 Hijrah dan 2009 Masihi. 

22-23 Julai 2008

Rupanya bagunan tertinggi yang dilihat dari atas tadi merupakan hotel yang aku duduki. Dari hotel ini terserlah seluruh panorama Bandar Sibu yang terletak di tebing Sungai Rejang. Banjir kilat yang berlaku sebelum aku tiba tadi telah mulai surut. Namun warna Sungai Rejang masih kekuningan kerana membawa air hujan yang bercampur tanah.

Suasana kampung masih terasa di sini. Orang-orang di sini ramah-tamah. Apabila bertemu dengan aku yang pertama kali ke sini semasa di dalam lif, mereka menegurku seolah-olah sudah lama kenal.  :-D 


Bandar Sibu dan Sungai Rejang


Pemandangan sebahagian bandar Sibu


Pemandangan sebahagian lagi bandar Sibu


Antara bangunan di Sibu


Stesen minyak Xcel di Sibu


Pelabuhan Rejang


Panorama Bandar Sibu dan Sungai Rejang


Panorama Bandar Sibu]]></description>
<guid isPermaLink="true">http://strozze.fotopages.com/?entry=1769685</guid>
<pubDate>Thu, 01 Jan 2009 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>
<item>
<title><![CDATA[Sarawak Trip Part II - RH Hotel, Sibu]]></title>
<description><![CDATA[22-23 Julai 2008, Sibu

Setelah selamat sampai di Sibu, rupanya Sungai Rajang yang warnanya kuning macam teh tarik itu membawa makna. Sibu baru saja dilanda banjir kilat setelah dituruni hujan yang lebat. Nasib baik semasa pemandu teksi membawaku ke hotel, jalan sudahpun boleh dilalui.

Aku tinggal di Hotel RH, bangunan tertinggi yang boleh dilihat dari atas tadi. Di sini, tidak boleh mengharapkan hotel yang canggih-canggih tetapi hotel ini boleh tahan juga. Hotel ini juga terhubung ke kompleks membeli-belah di Wisma Sanyan yang terletak bersebelahan.

Di situlah aku makan KFC setelah tiada idea di mana hendak makan. Satu perkara unik di sini, kalau malam-malam itu orang-orang yang datang ke sini santai-santai saja. Ada budak-budak Melayu datang ke sini berbaju Melayu dan berkain pelikat setelah pergi bersembahyang di surau atau masjid. Sempoi la diaorang ni.. Di Semenanjung ada ke...?   LOL 


Pandangan di dalam bilik RH Hotel


Katil di RH Hotel


Air mineral percuma di RH Hotel


Minum teh setelah kesejukan hujan?


Rekabentuk tandas yang moden (suka mozek kecil tu)


Barangan kegunaan peribadi di RH Hotel


Koridor di RH Hotel


Pandangan di luar dari RH Hotel


Lobi RH Hotel


Lagi gambar Lobi RH Hotel]]></description>
<guid isPermaLink="true">http://strozze.fotopages.com/?entry=1758999</guid>
<pubDate>Fri, 19 Dec 2008 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>
</channel>
</rss>